Monday, August 24, 2009

Minta Dihormati - Zulkifli Nordin

Menjawab Komen Zulkifli Nordin Isu ADUN Lunas Keluar Parti.
Sila rujuk : - http://zul4kulim.blogspot.com/

Mana ada organisasi yang tak punya mesalah dalaman? Dimana? sebut sahaja, syarikat,persatuan2 termasuklah pasukan bola ke apeke hatta dalam rumah tangga sekalipun? Tambahan pulak dalam satu organisasi pertubuhan politik macam PKR,UMNO,DAP baikpun PAS.

PAS sendiri yang sama naik dengan tempoh kemerdekaan negara apa kurangnya dengan masalah dalaman sejak zaman Datuk Asri lagi. Begitu jugak dengan UMNO. Sebabtu P.Ramle kata dalam lagunya"sedangkan lidah lagi tergigit".

YB Zul mengajak kita menghormati ADUN Lunas dengan keputusannya maka YB Zul juga kena mengambil kira pulak dengan menghormati keputusan PKR dan kerajaan Negeri Kedah dengan tindakan yang bakal mereka buat susulan tindakan Adun Lunas.

Kalau ADUN Lunas sekadar meninggalkan PKR atas dasar parti tetapi masih bersama dengan Kerajaan Kedah maka aku sendiri setuju kalau MB Kedah tidak memecat beliau sebagai Exco Kedah. Akan tetapi apabila beliau secara terbuka menyatakan sokongan kepada Najib mana mungkin kita boleh menjamin Kesetiaan ADUN Lunas dalam mempertahankan dasar kerajaan negeri apalagi untuk melaksanakan dasar-dasar negeri selepas ini. Itu macam membela biawak dalam reban ayam. Itu kerja gila namanya.

Najib sendiri tak akan buat kerja gila macamtu membenarkan orang yang berlainan Fahaman dengannya bekerja dalam organisasinya, hatta sekalipun orang itu bergelar UMNO. Contohnya Khairy Jamaludin.Apatah lagi kalau orang itu bertentangan dengan dasar idealogi parti seperti Anuar Ibrahim. Ini biasa dan tak ada apa yang pelik!

Lainlah kalau ADUN UMNO yang lompat kepada PKR atau PAS kemudian duduk dalam pentadbiran negeri kita tak lah bimbang sangat tak timbullah isu lepas jawatan.Tapi Ezam pun tak dapat jawatan penting bila lompat kat UMNO takat nak bagi benda UMNO tak hairan duit rakyat kat tangan diorang.Zaid Ibrahim pun keluar UMNO lepaskan jawatan dia takkan Najib nak biar dia duduk dalam pertadbiran pusat lagi. Seteruk-teruk Najibpun tak buat macamtu.


Kalau segi moral sekalipun ADUN Lunas kalau beliau ada maruah memang sebaik-baiknya beliau melepaskan jawatan Exco Kedah bagi digantikan dengan orang lain yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri bagi memudahkan negeri menyelaraskan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Lepastu terpulang kepadanya nak masuk UMNO atau menyokong UMNO.Apa kita boleh buat?
Soal tanggapan dan pandangan orang lain kepada ADUN Lunas sudah semestinya akan berlaku dan itu beliau sendiri dah terlebih maklum. Kalau apa yang disaran oleh YB Zul, YB Lunas pulak mesti menghormati tanggapan dan pendapat orang lain kepada beliau dan jangan pulak terasa hati kerana berapa ramai pulak yang terguris dan kecewa dengan tindakan beliau adakah beliau ambil kira. Kena adillah!!

Perkara yang orang lain boleh pertikai susulan tindakan beliau antaranya ialah:

- Mengapa beliau mengistiharkan keluar PKR sekarang yakni di saat PR berdepan dengan kempen PRK Permatang Pasir sedangkan masalah yang konon dihadapi telah lama. Apasalahnya beliau menunggu suatu masa yang sesuai yang tidak akan memberi impak kepada mana2 pihak dalam situasi yang tertentu begini melainkan beliau ada agenda negatif pada pihak tertentu terutama Pakatan Rakyat dan agenda positif untuk kepentingan diri beliau sendiri. Jangan marah orang menilai.


- Mengapa perlu beliau menyatakan sokongan kepada Najib? kalau dah sampai itu tahapnya tak salah kalau orang lain menanggap negatif kepada beliau kerana itu sekali gus menunjukkan beliau menolak same sekali ketaatan dan kesetian kepada kerajaan Negeri Kedah yang memang ada usaha Najib nak merampasnya secara tak bermaruah. Jadi memang teramat patut MB Kedah keluarkan dia dari exco Kedah.

- Kemudian pulak suatu yang ramai sedar selalu pengumuman keluar parti sebegini kerap dibuat di Kuala Lumpur dalam situasi yang tertentu, nampak sangat ada tangan2 tertentu yang menjadi 'puppet master' dibelakang mangsa-mangsani.Mereka2 yang memang ternyata mampu memberikan apa jua jumlah kebendaan yang diminta sebab harta rakyat ditangan mereka.

Malas nak aku kaitkan tindakan beliau ini dengan soal prinsip,dasar dan pegangan perjuangan. Penat je!! Tapi kalau beliau (ADUN Lunas)masih ada prinsip dan pegangan yang kuat kepada perjuangan Amal Maaruf Nahi Mungkar beliau seharus terus memberi sokongan kepada PAS bukan kepada UMNO sebagai mana yang disaran oleh YB Zulkifli Nordin kepadanya.

Itupun kalau beliau masih boleh menerima bahawa ngan PAS beliau tak akan boleh buat lombong mas dan istana mewah yang tersergam indah kerana dalam PAS nanti cabarannya, perjuangannya adalah lebih besar,sakit, menderita, namun PAS menjamin kekayaan ketenangan Hati jika beliau meletakkan niat yang betul hanya kerana Islam dan Allah. Kerana PAS ditegakkan oleh dasar IMAN yang kukuh.

Friday, August 21, 2009

TG.Nik Aziz Dengan Isu Syurga Neraka…Apa salahnya?

TG.Nik Aziz Dengan Isu Syurga Neraka…Apa salahnya?

Dalam menggunakan bahasa Melayu puak2 UMNO selalu kantoi payah nak faham sebabtu Datuk A. Samad Said dan ramai lagi yang bersependapat dengan beliau tak berhenti menuntut kerajaan UMNO memansuhkan terus PPSMI takut nanti lebih ramai orang melayu sendiri yang buta bahasa melayu macam puak-puak UMNO sekarang.

Apa yang diperkatakan oleh TGNA berhubung isu syurga neraka yang mana telah dijadikan modal politik oleh puak-puak UMNO hakikatnya menjerat semula UMNO dalam membuka pekung mereka sendiri.

Jika benar TGNA mengatakan mengundi PAS membolehkan seseorang itu masuk syurga adalah satu kenyataan yang dibuat dalam bahasa yang UMUM. Hakikatnya kalau mengundi mahupun menyokong PAS semata-mata dengan niat mengharapkan laba serta keuntungan dunia tanpa mengambilkira kepentingan Islam mana mungkin kita boleh perolehi syurga Allah.

Adapun dalam usaha PAS yang mengajak masyarakat kepada Islam yang sebenar adalah menjadi suatu tuntutan yang wajib kepada kita semua yang mengaku Islam dan yang berpegang teguh serta kepada mereka yang ikhlas kerana Allah. Kerana apa?? Sebabnya ialah kerana kita adalah orang muslim(Islam) Apakah tidak Allah menjanjikan Syurga kepada orang Islam?. Sesuai dengan firman Allah:

Katakanlah (wahai Muhamad)"Wahai ahli kitab (golongan Yahudi dan Nasrani), marilah kita menuju ke satu kata sepakat diantara kita iaitu kita tidak menyembah kecuali Allah; tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, tidak pula mengangkat sebagian dari kita tuhan yang bukan Allah." Maka bila mereka berpaling katakanlah: "Saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang Muslim" (Al-Imran :64).

Cikgu, Murid dan Pelabur
Apabila seorang cikgu menyatakan kepada anak muridnya “ sesiapa yang belajar rajin dan bersungguh-sungguh sampai ke universiti akan hidup senang dan boleh kaya.” Itu adalah bahasa UMUM. Berapa ramai pulak yang dah menuntut dan keluar dari Universiti tapi sampai sudah tak jugak kaya dan tak jugak senang pun sampai ke sudah malah orang yang tak sekolahpun boleh jadi taukeh besar dan hidup senang – lenang. Ape citer?!!

Begitu juga kalau dulu ada iklan dalam tv yang mengatakan “melaburlah dalam ASN boleh cerah masa depan”. Sekarang berapa ramai orang melayu kita yang dah hidup senang- lenang sejak melabur dalam ASN? Kemudian pulak cerah ke masa depan hingga ke akhirat?

Maknanya ucapan sebegini adalah bahasa yang UMUM dan biasa, bukan sesuatu yang ganjil atau keterlaluan kepada kita semua akan tetapi apabila ianya telah dijadikan bahan oleh puak-puak UMNO yang ketandusan idea dan modal kemudian diperbesar-besarkan pulak oleh media massa mereka maka terjadilah ianya kalut seperti sekarang. Inilah satu-satunya bakat yang mereka ada: Provokasi, putar alam, mengadu domba, ‘batu api’ serta pembohongan.

Pernahke korang dengar ada cikgu-cikgu yang kena penerajang atau penampar dengan bekas anak murid yang gagal dalam kehidupan setelah menuntut di universiti atau korang dengan pelabur ASN menyaman bank atau kerajaan kerana mereka masih miskin walaupun sudah melabur lama dalam ASN? Makna rakyat tidaklah sesempit atau sedangkal akal pemimpin UMNO yang memalukan kerana tak reti berbahasa melayu. Tetapi kalau PPSMI diteruskan jugak tak hairan kita kalau ada cikgu makan penampar bekas anak murid atau pelabur ASN saman kerajaan kerana tak reti beristilah dalam berbahasa melayu. Berat!!!,berat!!!

Mufti
Paling malang dan tersangat mengecewakan semua ialah apabila ada mufti yang tak mampu lagi menunjukkan sifat berkecuali dan professional dalam menjalankan amanah malah secara terang-terangan memihak kepada UMNO membuta tuli lantas sanggup menghukum peribadi TGNA sebagai menyesatkan. Sedangkan perkara yang menjadi pertikaian dan diperbesar-besarkan oleh UMNO itu tidak pula dirujuk terlebih dahulu dengan TGNA. Sampai macamtu hilang kreabiliti seorang Mufti demi mengampu.


ISA Dan Ulamak
Undang-undang rimba yang bergelar ISA yang wujud adalah suatu bukti yang terang , jelas lagi nyata bagi kita semua bahawa dalam menghukum manusia atau seseorang yang lain UMNO adalah juaranya. Sudah jelas ianya (ISA) bercanggah dengan Islam malah bercanggah juga dengan prinsip kemanusian sejagat yang ditolak oleh mana-mana juga bangsa di dunia kecuali Zionis Yahudi kerana membenarkan menghukum dan memenjarakan seseorang tanpa dibicarakan dan dibukti kesalahannya terlebih dahulu. Ape yang dikesali dan sangat mendukacitakan kita ialah bilamana ulamak dalam kerajaan membisu seribu bahasa malah tidak berani menyatakan pendirian lalu menjadi ‘syaitan bisu’ umpama menyokong perbuatan itu secara terang-terangan.

Makna jelas kepada kita bahawa puak-puak UMNO dan penyokongnya lebih mudah dan berani menghukum secara tepat kepada individu seseorang tanpa diselidiki dan terbukti kesalahannya. Sedang jika diperhatikan secara jujur dan amanah TGNA tidak pernah menghukum secara tepat kepada mana-mana individu dan peribadi seseorang yang lain baik kepada UMNO atau lawan dalam politiknya.

“Pergi Jahanam Dengan UMNO”
Kalimah ini juga dimainkan sebagai isu oleh UMNO bagi merendah-rendahkan TGNA sebagai ulamak sedangkan jika dikaji dari segi penggunaan bahasa istilah ini juga adalah terlalu UMUM. ‘Jahanam’ yang dimaksud adalah ditujukan kepada pertubuhan UMNO
yang dirujuk kepada dasar parti itu yang mennyanggahi Islam dan bukan tepat kepada individu tertentu, ahli mahupun penyokong UMNO.

Tidak Masuk Syurga
TGNA mengakui bahawa beliau ada mengatakan penyokong UMNO tidak layak atau tidak boleh masuk syurga merujuk kepada tindak tanduk mereka yang menyanggahi kehendak dan tuntutan yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Ini dibuktikan dengan beberapa perlaksanaan samada di segi ekonomi, sosial dan perundangan seperti ISA yang kita bincangkan sebelum ini didalam Negara. Amat jelas di dalam Al-Quran menyebut:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah- 275).

Dengan ini marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita tergolongan dari golongan yang hatinya redha dan ikhlas menerima Islam walaupun terlalu banyak kekurangan kepada kita dan jauhkan sejauh-jauhnya dari detik hati kita dari merasakan berat kepada kehendak Islam dan tuntutannya.. Moga dengan kesediaan kita kepada Islam Allah akan menguatkan pegangan dan keyakinan kita serta membimbing kita memperbaiki kelemahan kita sedia ada juga yang bakal kita hadapi

Wallahua’alam ..

Sunday, August 16, 2009

PAS KHAWARIJ??

Dalam suasana dan iklim pemerintahan di malaysia adalah telah di persetujui oleh semua rakyat kita bahawa kerajaan yang ada bukan lah hakiki kerana ia boleh bertukar ganti melalui undi yang dibuat oleh rakyat di dalam pilihanraya setiap 4-5 tahun sekali mengikut perlembagaan negara.

Yang memerintah sekarang juga bukannya datang dari seorang Raja atau sultan. Ape yang jelas di Malaysia parti-parti yang menang dalam pilihanraya akan naik sebagai pemerintah dan ia secara dasar dan bertulis telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk raja dan Agong. Parti2 ini pula membawa idealogi masing2 bagi memikat hati rakyat.

Jika ia diterima jujur secara profesional oleh semua pihak maka kita akan dapati Kuasa memerintah negara sudah tentunya akan bertukar ganti atau mungkin akan bergilir-gilir secara adil dalam kontek suasana politik di Malaysia sebagai mana yang kita telah persetujui bersama.

Kalu kita menghormati perjanjian yang telah kita buat maka itu bermakna semua rakyat kita berpeluang untuk mentadbir dan memimpin negara Malaysia. Jika kita cuba mengingkari perjanjian ini adalah lebih baik kita memberikan sepenuh kuasa Negara kepada pemerintah yang satu dalam kontek negara iaitu kepada Agong atau raja dan kita tidak memerlukan parti-parti untuk bertanding dan memerintah negara. Semua kita tunduk di bawah satu kuasa sahaja tanpa berbelah bahagi.

Oleh kerana perjanjian yang telah dibuat tadi bukan sahaja telah dipersetujui malah telah dimeterai dalam perlembagaan tertinggi di dalam negara maka adalah dianggap salah dan mengingkari perjanjian jika kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO menganggap parti yang bersaing dengannya sebagai penderhaka mahupun Khawarij. Memang lumrah dalam bersaing atau bertanding masing2 akan berusaha mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk memikat hati orang ramai dan suasana berlumba-lumba akan terjadi.

Bagaimanapun di dalam persaingan itu selama ini parti BN telah berjaya meninggalkan persaing mereka jauh kebelakang antaranya PAS, DAP dan beberapa parti yang lain.Hal ini menyebabkan BN dapat kuasa mentadbir yang agak lama.

Masa yang agak lama memerintah inilah yang menyebabkan Kerajaan BN telah mula lupa dengan prinsip perjanjian yang telah dibuat tadi. Ditambah pula kerajaan BN mula lupa dan menganggap Kuasa memerintah yang diberikan kepada mereka adalah kuasa mutlak yang tak boleh diambil oleh sesiapa dan hanya mereka yang layak memerintah. Perasaan tamak dan angkuh telah semakin menebal dalam kerajaan BN hatta sanggup menganggap harta negara sebagai harta peribadi BN dan jugak apa yang diberikan kepada rakyat adalah dari mereka. Lalu menganggap rakyat telah terhutang budi dengan apa yang diperolehi daripada Kerajaan BN.

Negeri-negeri yang berjaya dimenangi secara adil oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu dinafikan hak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, ditindas dan disisih dari mendapatkan peruntukkan yang sewajarnya secara profesional dari kerajaan BN selaku kerajaan pusat.

Parti2 yang lain bukan lagi dianggap sebagai rakan saingan malah dikatakan dan dilayan sebagai musuh peribadi dan ada yang ditangkap, dipenjara dan diperlakukan sebagai pengganas menerusi beberapa undang2 yang mereka cipta seperti ISA.

Dalam hal ini parti PAS adalah dianggap sebagai musuh yang paling besar kerana PAS mempunyai sokongan undi yang besar dari rakyat selepas mereka.

Untuk memudahkan mereka menyingkir PAS dalam senarai saingan mereka maka BN terutama UMNO telah mula melobi parti2 lain dan rakyat supaya menganggap PAS sebagai Sesat Agama dan merbahaya. Kemudahan kerajaan dan negara yang ada di tangan BN digunakan sepenuh dan sewenang-wenang untuk menyerang PAS secara keterlaluan dan tidak adil termasuklah di media massa, letronik dan tv.

Adapun begitu PAS dengan komitmen yang kuat,sabar serta istiqamah tetap dengan prinsip perjanjian dan perlembagaan terus menapak sedikit demi sedikit mengorak langkah memantap jentera parti dan jamaah serta ahli dengan segala usaha yang termampu agar dapat menjadi persaing yang baik di sisi UMNO demi memperjuangan ideologi Islam yang bakal dibawa ke dalam pemerintahan jika ditakdirkan menang dan berkuasa.

Semangat ini membuatkan PAS terus berkembang dan mula dihormati dikalangan parti lain yang juga turut bersaing dalam pilihanraya. Sehinggakan dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh PAS menyebabkan timbulnya kepercayaan dan membawa kepada beberapa kerjasama yang baik dikalangan beberapa parti yang bertanding tadi dan terbarunya ialah PKR dan DAP yang membawa kepada nama PAKATAN RAKYAT.

Kerjasama PAS dalam PAKATAN RAKYAT telah membuatkan gabungan ini mendapat sokongan ramai dari kalangan rakyat di beberapa negeri di Malaysia hatta membolehkan PAKATAN RAKYAT berjaya mentadbir beberapa negeri setelah memenangi PRU12. Ini membuatkan UMNO dan BN semakin beria-ria memburuk-burukkan PAS dan cuba melaga-laga sesama PAKATAN RAKYAT dengan memainkan isu bangsa dan Agama tanpa segan silu.

Jika kerana ini kita ingin menganggap PAS sebagai KHAWARIJ hanya kerana menjadi persaing yang kuat kepada satu kelompok parti yang bernama BN yang diketuai UMNO sedangkan hakikatnya semuanya adalah dalam senarai yang sama dari taraf yang sama sebagai parti yang bertanding dalam pilihanraya maka kita adalah ZALIM dan lebih khawarij dari khawarij. Semuanya hanya kerana semata-mata kita dari kalangan BN/UMNO atau penyokong mereka.

Mengapa kita tidak mengatakan KHAWARIJ kepada mereka yang bersetuju dan tunduk dengan British dulu dan yang mengubal perlembagaan hinggakan terciptanya pilihanraya di Malaysia yang membolehkan parti-parti membawa ideologi masing2 untuk bertanding dan memenangi pilihanraya?

Apakah UMNO pula nanti yang akan kita dianggap sebagai KHAWARIJ apabila menentang sebagai pembangkang apabila mereka ditakdirkan kalah dalam PRU13 nanti ditangan PAS atau PAKATAN?

Atau boleh saja kita mansuhkan same sekali pilihanraya dan menyerahkan sepenuh kuasa negara kepada raja atau Agong untuk memerintah?

Maka UMNO juga boleh dianggap sebagai KHAWARIJ kerana cuba menumbangkan kerajaan Kelantan sekarang yang juga diperintah oleh orang Islam dan sedang cuba merealisasikan Islam di negeri itu!!!

Atau haramkan terus semua parti dari bertanding dalam pilihanraya dan BN/UMNO memerintah tanpa perlu pilihanraya dengan makna lain jangan ikut perlembagaan yang sedia ada??


Setuju????

Namun aku percaya bukan niat rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang lembut dan sopan santun untuk bangkit menyatakan pendirian secara terang-terang seandainya BN khususnya UMNO bersikap profesional dan jujur dalam mentadbir dan mengguruskan negara dalam tempoh yang diberikan kepada mereka.

Apa yang nak ditakuti oleh UMNO jika diberikan peluang kepada PAS atau PAKATAN umpamanya untuk memerintah negara? Mungkin mereka ada idea2 yang baru untuk dilaksanakan demi kepentingan bersama rakyat dan negara.

Lagipun dengan terhadnya monopoli terlalu lama sesebuah parti yang memerintah itu akan memberikan impak yang positif kepada ketelusan pentadbiran negara dan menjauhkan daripada ketirisan.

Suatu hal yang sangat penting ialah sebagai kerajaan, perlu sedar pemikiran rakyat kita telah terlalu jauh berkembang dan luas berpengetahuan dan cerdik untuk berfikir. Adalah silap besar jika kerajaan masih menganggap rakyat sebagai kanak2 yang masih bertahtih sampai tidak mampu menilai dan memilih.


Renungkan dengan hati tentukan dengan Iman!!!

wallahualam...

Monday, May 11, 2009

UMNO Masih Belum Insaf Dan Tak Akan Insaf!!

Terlalu kerap benar kekalutan yang terjadi di dalam Negara akibat daripada sikap kegopohan dan ditambah dengan perangai ego serta angkuhnya pemimpin BN terutama UMNO di dalam melaksanakan peraturan mahupun perancangan dalam Negara.

Kalau dulu harga petrol dan diesel dinaikan walaupun dibantah oleh rakyat dan pemimpin pembangkang mahupun NGO . Namun apakan daya ketaksupan pemimpin kanan dan bawahan BN boleh dikatakan semua menyokong tindakan ketua mereka sambil memperlekehkan tentangan dan teguran yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT.

Diulangi secara langsung oleh DSAI di dalam debat perdana beliau yang diadakan secara langsung oleh RTM tidak lama dulu di mana DSAI menolak rancangan kerajaan BN untuk menaikan harga minyak tersebut. Berbagai hujah dikemukakan namun keangkuhan pihak kerajaan BN tidak mampu dipulihkan lagi.

DSAI jugak telah mengambarkan bahawa kemungkinan penurunan harga minyak dunia akan berlaku dan minta kerajaan bersabar dan tidak gopoh dalam melaksanakan harga baru.

DSAI juga telah berhujah dengan kemungkinan kenaikan harga diesel dan petrol akan menyebabkan kenaikan sama harga barangan keperluan lain dan itu bakal membebankan rakyat. Itu juga tidak dilayan oleh pemimpin Kerajaan BN.

Hakikatnya memang terbukti kenaikan mendadak barangan keperluan harian yang lain berikutan peningkatan harga petrol dan diesel walaupun pada peringkat awalnya pihak kerajaan mengatakan dengan sombongnya kemampuan mereka untuk membendung kenaikan sama harga barangan keperluan harian yang lain.

Akhir hingga kini walaupun harga diesel dan petrol telah diturunkan namun mekanisme kerajaan lumpuh untuk mengawal harga keperluan yang dimaksudkan. Ini keangkuhan kerajaan BN telah di pertontonkan oleh ALLAH SWT kepada rakyat jelata namun begitu dengan muka tak malu rakyat pula dipersalahkan dengan kenaikan harga barangan keperluan kerana tidak memboikot membeli agar barangan tersebut diturunkan harganya. Ini sikap buruk mentaliti kepala pemimpin BN yang tidak pernah rasa bertanggungjawab.

Dun Perak

Terbaru bukti keangkuhan BN terutama pemimpin UMNO ialah di dalam kerja kotor mereka merampas Perak dari tangan PAKATAN dengan cara yang sangat jijik dan lagi bernajis memerangkap adun PKR dengan kesalahan rasuah dan kemudian menculik serta peras ugut.

Tanpa segan silu dan bertanggungjawab mencemar kedaulatan Tuanku Sultan dengan melibatkan baginda dalam percaturan kemelut Dun Perak.

Sekali lagi dengan gopoh-gapah BN melantik Menteri Besar yang baru sungguhpun ia bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan sekali lagi kerajaan UMNO membuat tindakan yang memalukan malah mendedahkan kelemahan pemikiran dalam otak pemimpin mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan betapa payah dan susahnya para penguam UMNO untuk menyokong tindakan bodoh mereka sehingga keputusan memihak kepada Datuk Seri Nizar terpaksa dibuat.

Kalaulah UMNO bertanggungjawab dan berfikir panjang dan jujur dalam tindakan mereka sudah tentunya mereka tidak akan menerima tentangan yang begini hebat dari rakyat malah memalukan mereka sendiri.

Kita percaya tiada siapapun akan menentang perpindahan kuasa kerajaan negeri Perak ke tangan BN jika ianya benar dibuat dengan cara yang bersih penuh keredhaan dan teratur mengikut undang-undang yang sedia ada malah yang paling penting MARUAH Baginda Sultan yang kita kasihi tidak dicemari begitu rupa sehingga satu dunia.

Kalau BN terutamanya UMNO masih belum sedar dengan kesalahan dan kedurjanaan yang telah mereka lakukan maka selayaknya lah kita rakyat menyinkirkan terus mereka ini dari menerajui Negara Malaysia ini pada PRU13 nanti Insyaallah…

Orang melayu perlu sedar dan buka mata seluas-luasnya bahawa selama ini mereka hanya diperbodoh dan diperkudakan oleh UMNO demi kepentingan perut-perut mereka. Rakyat juga harus sedar ,bangun basuh muka dan celik mata besar-besar bagaimana demi perut pemimpin UMNO tergamak pula memperjudikan dan mencemar daulat sultan asalkan mereka terus berkuasa.

Sunday, May 10, 2009

KESUCIAN POLITIK TERCEMAR DAN BERNAJIS DI TANGAN BN

Kuasa Politik Sebenarnya Menguasai Undang-Undang. Kotornya Politik Adalah Kerana Kotornya Tangan Yg. Memegang Pemerintahan.

Sekarang sepatutnya semua orang Islam patut dah sedar kenapa Nabi kita berpolitik dan dalam Islam ada politik. Hakikatnya dengan dengan ada kuasa politik di tangan lah maka barulah kita dapat memerintah.

Dengan kuasa memerintah kita boleh menentukan apa sahaja peraturan dan undang-undang yang nak kita laksanakan.

Tinggal lagi kalau yang berkuasa itu taat kepada Allah dan agama maka peraturan dan undang-undang tu sejajarlah dengan kehendak Allah dalam Al Quran jika sebaliknya maka jadi le macam apa yang di buat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Undang-undang yang dibuat pun ikut suka hati dia. Dia nak patuh atau tidak pada peraturan itu pun ikut suka dia orang .

Dun Perak adalah suatu contoh yang sangat besar kepada kita mengapa kuasa memerintah perlu diberikan kepada orang yang amanah dan jujur. Kalau tak undang-undang dan peraturan hanya akan jadi alat untuk kepentingan sendiri semata-mata dan tak bernilai dari segi keadilan mahupun kemanusiaan.

BN dengan kuasa yang ada macam dah tak ada ‘air muka’ dan maruah langsung, mencemarkan undang-undang dan perlembagaan yang ada tanpa punya rasa malu, muka tebal. Janji kuasa ada kat tangan. Peduli apa orang atau dunia nak kata.

Macam Isu pondok panas di musim pilihanraya jugalah. SPR mula cuba menguatkuasakan agar pondok panas ini dihapuskan. Mengapa?

Tak lain tak bukan ialah kerana kerajaan BN yang berkuasa telah mula sedar bahawa peranan pondok panas dalam pilihanraya telah tidak memberikan keuntungan apa-apa kepada mereka malah ianya lebih besar memberi faedah kepada Pakatan Rakyat.

Kalau sebelum penguasaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, populariti pondok panas dimonopoli sepenuhnya oleh Barisan Nasional maka kerana itu walaupun konon ianya menyalahi peraturan pilihanraya tetapi waktu itu ia sangat menguntungkan Barisan Nasional maka pondok panas tidaklah diharamkan malah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

Namun setelah beberapa pilihanraya kecil telah menunjukkan pondok panas mula dikuasai sepenuh oleh Pakatan Rakyat maka kerajaan BN mengunakan peraturan untuk menutup peranan pondok panas. Sedangkan Barisan Nasional sebelum ini mengambil sepenuh kesempatan di pondok panas membahagi-bahagikan air mineral secara percuma yang berlambang logo Barisan Nasional dan tanpa disedari dibawa ke tempat mengundi sedangkan ia terang-terang menyalahi peraturan.

Kotornya Politik dan peraturan apabila ianya kekal di tangan Barisan Nasional. Barisan Nasional akan terus menodai dan mencabul peraturan selagi mana kita rakyat Malaysia ini terus tidur dan lena dibuai mimpi dek lagu sumbang yang didodoi oleh mereka.

Hakikat dan realitinya kuasa politik yang menguasai undang-undang maka kerana itu orang Islam jangan mudah terpedaya dan bodoh tertipu jika ada yang mengatakan Islam tiada politik dan politik itu kotor kerana sebenarnya kotornya politik itu adalah kerana kita yang membenarkan kuasa politik itu dipegang oleh tangan yang kotor lagi bernajis maka bernajis dan kotorlah seluruh politik itu.