Kuasa Politik Sebenarnya Menguasai Undang-Undang. Kotornya Politik Adalah Kerana Kotornya Tangan Yg. Memegang Pemerintahan.
Sekarang sepatutnya semua orang Islam patut dah sedar kenapa Nabi kita berpolitik dan dalam Islam ada politik. Hakikatnya dengan dengan ada kuasa politik di tangan lah maka barulah kita dapat memerintah.
Dengan kuasa memerintah kita boleh menentukan apa sahaja peraturan dan undang-undang yang nak kita laksanakan.
Tinggal lagi kalau yang berkuasa itu taat kepada Allah dan agama maka peraturan dan undang-undang tu sejajarlah dengan kehendak Allah dalam Al Quran jika sebaliknya maka jadi le macam apa yang di buat oleh kerajaan Barisan Nasional.
Undang-undang yang dibuat pun ikut suka hati dia. Dia nak patuh atau tidak pada peraturan itu pun ikut suka dia orang .
Dun Perak adalah suatu contoh yang sangat besar kepada kita mengapa kuasa memerintah perlu diberikan kepada orang yang amanah dan jujur. Kalau tak undang-undang dan peraturan hanya akan jadi alat untuk kepentingan sendiri semata-mata dan tak bernilai dari segi keadilan mahupun kemanusiaan.
BN dengan kuasa yang ada macam dah tak ada ‘air muka’ dan maruah langsung, mencemarkan undang-undang dan perlembagaan yang ada tanpa punya rasa malu, muka tebal. Janji kuasa ada kat tangan. Peduli apa orang atau dunia nak kata.
Macam Isu pondok panas di musim pilihanraya jugalah. SPR mula cuba menguatkuasakan agar pondok panas ini dihapuskan. Mengapa?
Tak lain tak bukan ialah kerana kerajaan BN yang berkuasa telah mula sedar bahawa peranan pondok panas dalam pilihanraya telah tidak memberikan keuntungan apa-apa kepada mereka malah ianya lebih besar memberi faedah kepada Pakatan Rakyat.
Kalau sebelum penguasaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, populariti pondok panas dimonopoli sepenuhnya oleh Barisan Nasional maka kerana itu walaupun konon ianya menyalahi peraturan pilihanraya tetapi waktu itu ia sangat menguntungkan Barisan Nasional maka pondok panas tidaklah diharamkan malah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional.
Namun setelah beberapa pilihanraya kecil telah menunjukkan pondok panas mula dikuasai sepenuh oleh Pakatan Rakyat maka kerajaan BN mengunakan peraturan untuk menutup peranan pondok panas. Sedangkan Barisan Nasional sebelum ini mengambil sepenuh kesempatan di pondok panas membahagi-bahagikan air mineral secara percuma yang berlambang logo Barisan Nasional dan tanpa disedari dibawa ke tempat mengundi sedangkan ia terang-terang menyalahi peraturan.
Kotornya Politik dan peraturan apabila ianya kekal di tangan Barisan Nasional. Barisan Nasional akan terus menodai dan mencabul peraturan selagi mana kita rakyat Malaysia ini terus tidur dan lena dibuai mimpi dek lagu sumbang yang didodoi oleh mereka.
Hakikat dan realitinya kuasa politik yang menguasai undang-undang maka kerana itu orang Islam jangan mudah terpedaya dan bodoh tertipu jika ada yang mengatakan Islam tiada politik dan politik itu kotor kerana sebenarnya kotornya politik itu adalah kerana kita yang membenarkan kuasa politik itu dipegang oleh tangan yang kotor lagi bernajis maka bernajis dan kotorlah seluruh politik itu.
No comments:
Post a Comment