TG.Nik Aziz Dengan Isu Syurga Neraka…Apa salahnya?
Dalam menggunakan bahasa Melayu puak2 UMNO selalu kantoi payah nak faham sebabtu Datuk A. Samad Said dan ramai lagi yang bersependapat dengan beliau tak berhenti menuntut kerajaan UMNO memansuhkan terus PPSMI takut nanti lebih ramai orang melayu sendiri yang buta bahasa melayu macam puak-puak UMNO sekarang.
Apa yang diperkatakan oleh TGNA berhubung isu syurga neraka yang mana telah dijadikan modal politik oleh puak-puak UMNO hakikatnya menjerat semula UMNO dalam membuka pekung mereka sendiri.
Jika benar TGNA mengatakan mengundi PAS membolehkan seseorang itu masuk syurga adalah satu kenyataan yang dibuat dalam bahasa yang UMUM. Hakikatnya kalau mengundi mahupun menyokong PAS semata-mata dengan niat mengharapkan laba serta keuntungan dunia tanpa mengambilkira kepentingan Islam mana mungkin kita boleh perolehi syurga Allah.
Adapun dalam usaha PAS yang mengajak masyarakat kepada Islam yang sebenar adalah menjadi suatu tuntutan yang wajib kepada kita semua yang mengaku Islam dan yang berpegang teguh serta kepada mereka yang ikhlas kerana Allah. Kerana apa?? Sebabnya ialah kerana kita adalah orang muslim(Islam) Apakah tidak Allah menjanjikan Syurga kepada orang Islam?. Sesuai dengan firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhamad)"Wahai ahli kitab (golongan Yahudi dan Nasrani), marilah kita menuju ke satu kata sepakat diantara kita iaitu kita tidak menyembah kecuali Allah; tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, tidak pula mengangkat sebagian dari kita tuhan yang bukan Allah." Maka bila mereka berpaling katakanlah: "Saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang Muslim" (Al-Imran :64).
Cikgu, Murid dan Pelabur
Apabila seorang cikgu menyatakan kepada anak muridnya “ sesiapa yang belajar rajin dan bersungguh-sungguh sampai ke universiti akan hidup senang dan boleh kaya.” Itu adalah bahasa UMUM. Berapa ramai pulak yang dah menuntut dan keluar dari Universiti tapi sampai sudah tak jugak kaya dan tak jugak senang pun sampai ke sudah malah orang yang tak sekolahpun boleh jadi taukeh besar dan hidup senang – lenang. Ape citer?!!
Begitu juga kalau dulu ada iklan dalam tv yang mengatakan “melaburlah dalam ASN boleh cerah masa depan”. Sekarang berapa ramai orang melayu kita yang dah hidup senang- lenang sejak melabur dalam ASN? Kemudian pulak cerah ke masa depan hingga ke akhirat?
Maknanya ucapan sebegini adalah bahasa yang UMUM dan biasa, bukan sesuatu yang ganjil atau keterlaluan kepada kita semua akan tetapi apabila ianya telah dijadikan bahan oleh puak-puak UMNO yang ketandusan idea dan modal kemudian diperbesar-besarkan pulak oleh media massa mereka maka terjadilah ianya kalut seperti sekarang. Inilah satu-satunya bakat yang mereka ada: Provokasi, putar alam, mengadu domba, ‘batu api’ serta pembohongan.
Pernahke korang dengar ada cikgu-cikgu yang kena penerajang atau penampar dengan bekas anak murid yang gagal dalam kehidupan setelah menuntut di universiti atau korang dengan pelabur ASN menyaman bank atau kerajaan kerana mereka masih miskin walaupun sudah melabur lama dalam ASN? Makna rakyat tidaklah sesempit atau sedangkal akal pemimpin UMNO yang memalukan kerana tak reti berbahasa melayu. Tetapi kalau PPSMI diteruskan jugak tak hairan kita kalau ada cikgu makan penampar bekas anak murid atau pelabur ASN saman kerajaan kerana tak reti beristilah dalam berbahasa melayu. Berat!!!,berat!!!
Mufti
Paling malang dan tersangat mengecewakan semua ialah apabila ada mufti yang tak mampu lagi menunjukkan sifat berkecuali dan professional dalam menjalankan amanah malah secara terang-terangan memihak kepada UMNO membuta tuli lantas sanggup menghukum peribadi TGNA sebagai menyesatkan. Sedangkan perkara yang menjadi pertikaian dan diperbesar-besarkan oleh UMNO itu tidak pula dirujuk terlebih dahulu dengan TGNA. Sampai macamtu hilang kreabiliti seorang Mufti demi mengampu.
ISA Dan Ulamak
Undang-undang rimba yang bergelar ISA yang wujud adalah suatu bukti yang terang , jelas lagi nyata bagi kita semua bahawa dalam menghukum manusia atau seseorang yang lain UMNO adalah juaranya. Sudah jelas ianya (ISA) bercanggah dengan Islam malah bercanggah juga dengan prinsip kemanusian sejagat yang ditolak oleh mana-mana juga bangsa di dunia kecuali Zionis Yahudi kerana membenarkan menghukum dan memenjarakan seseorang tanpa dibicarakan dan dibukti kesalahannya terlebih dahulu. Ape yang dikesali dan sangat mendukacitakan kita ialah bilamana ulamak dalam kerajaan membisu seribu bahasa malah tidak berani menyatakan pendirian lalu menjadi ‘syaitan bisu’ umpama menyokong perbuatan itu secara terang-terangan.
Makna jelas kepada kita bahawa puak-puak UMNO dan penyokongnya lebih mudah dan berani menghukum secara tepat kepada individu seseorang tanpa diselidiki dan terbukti kesalahannya. Sedang jika diperhatikan secara jujur dan amanah TGNA tidak pernah menghukum secara tepat kepada mana-mana individu dan peribadi seseorang yang lain baik kepada UMNO atau lawan dalam politiknya.
“Pergi Jahanam Dengan UMNO”
Kalimah ini juga dimainkan sebagai isu oleh UMNO bagi merendah-rendahkan TGNA sebagai ulamak sedangkan jika dikaji dari segi penggunaan bahasa istilah ini juga adalah terlalu UMUM. ‘Jahanam’ yang dimaksud adalah ditujukan kepada pertubuhan UMNO
yang dirujuk kepada dasar parti itu yang mennyanggahi Islam dan bukan tepat kepada individu tertentu, ahli mahupun penyokong UMNO.
Tidak Masuk Syurga
TGNA mengakui bahawa beliau ada mengatakan penyokong UMNO tidak layak atau tidak boleh masuk syurga merujuk kepada tindak tanduk mereka yang menyanggahi kehendak dan tuntutan yang dikehendaki oleh Islam itu sendiri. Ini dibuktikan dengan beberapa perlaksanaan samada di segi ekonomi, sosial dan perundangan seperti ISA yang kita bincangkan sebelum ini didalam Negara. Amat jelas di dalam Al-Quran menyebut:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah- 275).
Dengan ini marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita tergolongan dari golongan yang hatinya redha dan ikhlas menerima Islam walaupun terlalu banyak kekurangan kepada kita dan jauhkan sejauh-jauhnya dari detik hati kita dari merasakan berat kepada kehendak Islam dan tuntutannya.. Moga dengan kesediaan kita kepada Islam Allah akan menguatkan pegangan dan keyakinan kita serta membimbing kita memperbaiki kelemahan kita sedia ada juga yang bakal kita hadapi
Wallahua’alam ..
No comments:
Post a Comment