Sunday, August 16, 2009

PAS KHAWARIJ??

Dalam suasana dan iklim pemerintahan di malaysia adalah telah di persetujui oleh semua rakyat kita bahawa kerajaan yang ada bukan lah hakiki kerana ia boleh bertukar ganti melalui undi yang dibuat oleh rakyat di dalam pilihanraya setiap 4-5 tahun sekali mengikut perlembagaan negara.

Yang memerintah sekarang juga bukannya datang dari seorang Raja atau sultan. Ape yang jelas di Malaysia parti-parti yang menang dalam pilihanraya akan naik sebagai pemerintah dan ia secara dasar dan bertulis telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk raja dan Agong. Parti2 ini pula membawa idealogi masing2 bagi memikat hati rakyat.

Jika ia diterima jujur secara profesional oleh semua pihak maka kita akan dapati Kuasa memerintah negara sudah tentunya akan bertukar ganti atau mungkin akan bergilir-gilir secara adil dalam kontek suasana politik di Malaysia sebagai mana yang kita telah persetujui bersama.

Kalu kita menghormati perjanjian yang telah kita buat maka itu bermakna semua rakyat kita berpeluang untuk mentadbir dan memimpin negara Malaysia. Jika kita cuba mengingkari perjanjian ini adalah lebih baik kita memberikan sepenuh kuasa Negara kepada pemerintah yang satu dalam kontek negara iaitu kepada Agong atau raja dan kita tidak memerlukan parti-parti untuk bertanding dan memerintah negara. Semua kita tunduk di bawah satu kuasa sahaja tanpa berbelah bahagi.

Oleh kerana perjanjian yang telah dibuat tadi bukan sahaja telah dipersetujui malah telah dimeterai dalam perlembagaan tertinggi di dalam negara maka adalah dianggap salah dan mengingkari perjanjian jika kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO menganggap parti yang bersaing dengannya sebagai penderhaka mahupun Khawarij. Memang lumrah dalam bersaing atau bertanding masing2 akan berusaha mempersembahkan sesuatu yang terbaik untuk memikat hati orang ramai dan suasana berlumba-lumba akan terjadi.

Bagaimanapun di dalam persaingan itu selama ini parti BN telah berjaya meninggalkan persaing mereka jauh kebelakang antaranya PAS, DAP dan beberapa parti yang lain.Hal ini menyebabkan BN dapat kuasa mentadbir yang agak lama.

Masa yang agak lama memerintah inilah yang menyebabkan Kerajaan BN telah mula lupa dengan prinsip perjanjian yang telah dibuat tadi. Ditambah pula kerajaan BN mula lupa dan menganggap Kuasa memerintah yang diberikan kepada mereka adalah kuasa mutlak yang tak boleh diambil oleh sesiapa dan hanya mereka yang layak memerintah. Perasaan tamak dan angkuh telah semakin menebal dalam kerajaan BN hatta sanggup menganggap harta negara sebagai harta peribadi BN dan jugak apa yang diberikan kepada rakyat adalah dari mereka. Lalu menganggap rakyat telah terhutang budi dengan apa yang diperolehi daripada Kerajaan BN.

Negeri-negeri yang berjaya dimenangi secara adil oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu dinafikan hak sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, ditindas dan disisih dari mendapatkan peruntukkan yang sewajarnya secara profesional dari kerajaan BN selaku kerajaan pusat.

Parti2 yang lain bukan lagi dianggap sebagai rakan saingan malah dikatakan dan dilayan sebagai musuh peribadi dan ada yang ditangkap, dipenjara dan diperlakukan sebagai pengganas menerusi beberapa undang2 yang mereka cipta seperti ISA.

Dalam hal ini parti PAS adalah dianggap sebagai musuh yang paling besar kerana PAS mempunyai sokongan undi yang besar dari rakyat selepas mereka.

Untuk memudahkan mereka menyingkir PAS dalam senarai saingan mereka maka BN terutama UMNO telah mula melobi parti2 lain dan rakyat supaya menganggap PAS sebagai Sesat Agama dan merbahaya. Kemudahan kerajaan dan negara yang ada di tangan BN digunakan sepenuh dan sewenang-wenang untuk menyerang PAS secara keterlaluan dan tidak adil termasuklah di media massa, letronik dan tv.

Adapun begitu PAS dengan komitmen yang kuat,sabar serta istiqamah tetap dengan prinsip perjanjian dan perlembagaan terus menapak sedikit demi sedikit mengorak langkah memantap jentera parti dan jamaah serta ahli dengan segala usaha yang termampu agar dapat menjadi persaing yang baik di sisi UMNO demi memperjuangan ideologi Islam yang bakal dibawa ke dalam pemerintahan jika ditakdirkan menang dan berkuasa.

Semangat ini membuatkan PAS terus berkembang dan mula dihormati dikalangan parti lain yang juga turut bersaing dalam pilihanraya. Sehinggakan dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh PAS menyebabkan timbulnya kepercayaan dan membawa kepada beberapa kerjasama yang baik dikalangan beberapa parti yang bertanding tadi dan terbarunya ialah PKR dan DAP yang membawa kepada nama PAKATAN RAKYAT.

Kerjasama PAS dalam PAKATAN RAKYAT telah membuatkan gabungan ini mendapat sokongan ramai dari kalangan rakyat di beberapa negeri di Malaysia hatta membolehkan PAKATAN RAKYAT berjaya mentadbir beberapa negeri setelah memenangi PRU12. Ini membuatkan UMNO dan BN semakin beria-ria memburuk-burukkan PAS dan cuba melaga-laga sesama PAKATAN RAKYAT dengan memainkan isu bangsa dan Agama tanpa segan silu.

Jika kerana ini kita ingin menganggap PAS sebagai KHAWARIJ hanya kerana menjadi persaing yang kuat kepada satu kelompok parti yang bernama BN yang diketuai UMNO sedangkan hakikatnya semuanya adalah dalam senarai yang sama dari taraf yang sama sebagai parti yang bertanding dalam pilihanraya maka kita adalah ZALIM dan lebih khawarij dari khawarij. Semuanya hanya kerana semata-mata kita dari kalangan BN/UMNO atau penyokong mereka.

Mengapa kita tidak mengatakan KHAWARIJ kepada mereka yang bersetuju dan tunduk dengan British dulu dan yang mengubal perlembagaan hinggakan terciptanya pilihanraya di Malaysia yang membolehkan parti-parti membawa ideologi masing2 untuk bertanding dan memenangi pilihanraya?

Apakah UMNO pula nanti yang akan kita dianggap sebagai KHAWARIJ apabila menentang sebagai pembangkang apabila mereka ditakdirkan kalah dalam PRU13 nanti ditangan PAS atau PAKATAN?

Atau boleh saja kita mansuhkan same sekali pilihanraya dan menyerahkan sepenuh kuasa negara kepada raja atau Agong untuk memerintah?

Maka UMNO juga boleh dianggap sebagai KHAWARIJ kerana cuba menumbangkan kerajaan Kelantan sekarang yang juga diperintah oleh orang Islam dan sedang cuba merealisasikan Islam di negeri itu!!!

Atau haramkan terus semua parti dari bertanding dalam pilihanraya dan BN/UMNO memerintah tanpa perlu pilihanraya dengan makna lain jangan ikut perlembagaan yang sedia ada??


Setuju????

Namun aku percaya bukan niat rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa yang lembut dan sopan santun untuk bangkit menyatakan pendirian secara terang-terang seandainya BN khususnya UMNO bersikap profesional dan jujur dalam mentadbir dan mengguruskan negara dalam tempoh yang diberikan kepada mereka.

Apa yang nak ditakuti oleh UMNO jika diberikan peluang kepada PAS atau PAKATAN umpamanya untuk memerintah negara? Mungkin mereka ada idea2 yang baru untuk dilaksanakan demi kepentingan bersama rakyat dan negara.

Lagipun dengan terhadnya monopoli terlalu lama sesebuah parti yang memerintah itu akan memberikan impak yang positif kepada ketelusan pentadbiran negara dan menjauhkan daripada ketirisan.

Suatu hal yang sangat penting ialah sebagai kerajaan, perlu sedar pemikiran rakyat kita telah terlalu jauh berkembang dan luas berpengetahuan dan cerdik untuk berfikir. Adalah silap besar jika kerajaan masih menganggap rakyat sebagai kanak2 yang masih bertahtih sampai tidak mampu menilai dan memilih.


Renungkan dengan hati tentukan dengan Iman!!!

wallahualam...

No comments: