Wednesday, April 30, 2008

Sidang Dewan Rakyat panas..


Cetak E-mail
Oleh Utusan
Rabu, 30 April 2008

KL: Menepati ramalan, hari pertama persidangan Dewan Rakyat hari ini berlangsung dalam suasana panas apabila masing-masing Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang saling teruja untuk bangkit bersuara mengemukakan pelbagai isu sehinggakan sesi soal jawab yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi hanya dimulakan setengah jam kemudian.

Awal-awal lagi anggota veteran pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan soal Ahli Parlimen tidak mengangkat tangan kanan semasa upacara angkat sumpah Isnin lalu, sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan keputusan mengesahkan pelantikan semua anggota Dewan itu.

Tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat jelas cukup menguji Pandikar apabila beliau terpaksa menghadapi satu demi satu Aturan Mesyuarat (Point of Order) daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang terutamanya yang tidak berpuas hati dengan keputusan beliau untuk tidak membenarkan soalan tambahan kepada soalan pertama daripada Razali Ibrahim (BN-Muar) kepada Perdana Menteri.

``Pada persidangan kali ini saya tidak boleh memberikan soalan tambahan,'' kata Pandikar, sambil memberi alasan masa sudah terlalu lama dihabiskan dengan melayan Aturan Mesyuarat sedangkan yang lebih penting ialah mengemukakan soalan-soalan untuk kepentingan rakyat.

Keputusan Pandikar itu menyebabkan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang melenting dan menyifatkannya tidak masuk akal.

``Ini `ridiculous'...Perdana Menteri sudah datang sini. Kalau tidak... tak payah datang pun tak apa,'' katanya.

Ketika ini lebih ramai Ahli-ahli Parlimen bangkit membantah dan ada juga yang menegur Kit Siang sehinggakan timbul kekecohan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudian bangun meminta izin Yang Dipertua untuk mendengar satu atau dua soalan tambahan.

Pandikar kemudian membenarkannya menyebabkan ramai yang bangun sebelum beliau memanggil Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan tambahan.


Tuesday, April 29, 2008

Stok minyak negara tenat?

Apakah benar stok minyak kita sudah hampir? Ada yang kata kita cuma ada 20-30 tahun saja lagi. Sampai kat sekolah cikgu sekolah ada cerita hal ni kat anak murid. Anak saya bertanya kat saya,katanya “kalu gitu yah nanti kita takleh lah pakai kereta lagi?”

Saya jawab mungkin begitulah kalau kita tak ada usaha mencari jalan keluar dari sekarang. Tapi minyak ni anugerah Allah kepada kita munkin ada tempat kat mana-mana telaga minyak orang tak jumpa lagi.

Apapun kita jangan berharap macam tu je tanpa kita memikir kaedah alternatif lain yang boleh kita ganti minyak, tapi mesti praktikal. Malaysia ada mencipta minyak daripada sawit tapi dengar kabarnya kos pemprosesan dan bahan campurannya pulak tinggi. Hendak diletakkan berapa lah agaknya harga nya seliter? mampu kah rakyat nak membayar harganya?

Sebab tu Amerika tak berhenti nak tawan negara yang ada saki-baki minyak ni agar nanti suka-hati diletakan harga minyak tu untuk menekan negara lemah macam kita.

Negara Iran punya pandangan yang jauh dalam perkara ini, sebab tu mereka dah mendirikan banyak loji nuklear untuk mengantikan sumber tenaga untuk negara mereka . Ada kemungkinan besar Iran akan menjual tenaga ini kepada negara lain. Apa mungkin Iran telah punya sumber tenaga yang lain bagi mengantikan petrol dan diesel untuk kenderaan mereka.?

Agaknya negara kita sudah betul-betul bersedia ke untuk menghadapi masalah ini?

Monday, April 28, 2008

Petugas media ghairah dekati Ahli Parlimen Pakatan Rakyat

Intan Abdullah
Mon | Apr 28, 08 | 5:29:30 pm MYT

KUALA LUMPUR,28 April (Hrkh) - Suasana majlis angkat sumpah Ahli Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, penggal pertama, Parlimen ke-12 menyaksikan suatu kelainan daripada penggal-penggal sebelum ini.

Ini kerana pada kali ini, para wartawan dan petugas media kelihatan begitu ghairah mendekati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat berbanding ahli parlimen BN bagi menjawab isu-isu terkini setelah pakatan rakyat berjaya menerajui lima buah negeri selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

Begitu juga dengan beberapa bantahan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parlimen sebelum dan semasa upacara mengangkat sumpah dijalankan termasuklah pertikaian mengenai pakaian yang dikenakan ahli parlimen Pasir Mas, Dato' Paduka Ibrahim Ali.

Hal tersebut dibangkitkan ahli Parlimen (BN-Kalabakan), yang menyatakan bahawa Ibrahim telah melanggar etika pakaian yang telah ditetapkan parlimen.

"Saya merujuk peraturan berpakaian ahli-ahli parlimen yang mengenakan 'black suit' sebagai pakaian rasmi pada hari ini selain baju Melayu," ujarnya.

Isu tersebut dijawab Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Hj Mulia yang menyatakan kedudukan Ibrahim Ali dalam parti politik semasa.

"Saya difahamkan ahli parlimen Pasir Mas adalah merupakan ahli bebas yang meminjam logo orang lain semasa pilihan raya yang lalu," jelasnya sambil disambut hilai ketawa dan sokongan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat lain.

Ibrahim yang merupakan ahli parlimen terakhir mengangkat sumpah hari ini mengucapkan terima kasih di atas jawapan YDP Dewan Rakyat tersebut sambil meneruskan upacara tersebut.

Antara peristiwa lain yang menarik perhatian dewan adalah apabila Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengangkat sumpah tanpa merujuk kepada teks upacara yang disediakan.

Sambil bersahaja dan tersenyum, Tan melafazkan ikrar tersebut memandangkan beliau adalah antara ahli parlimen yang paling lama menjadi ahli Dewan Rakyat.

Namun, terdapat juga ahli parlimen yang tidak mengangkat tangan semasa upacara tersebut menyebabkan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) menegur tindakan tersebut.

Walau bagaimanapun, Pandikar dengan berseloroh menjelaskan perkara tersebut sambil bergurau mengenai keadaan Karpal yang uzur serta tidak mampu mengangkat tangan kanannya sebagai memenuhi etika mengangkat sumpah.

"Oleh kerana saya tidak mampu untuk menggunakan tangan kanan, maka saya akan menggunakan tangan kiri sahaja,"katanya.

Upacara majlis angkat sumpah dimulai dengan pelantikan YDP Dewan Rakyat diikuti dengan majlis angkat sumpah ahli-ahli parlimen BN yang diketuai Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ia diikuti dengan 82 ahli parlimen pembangkang, bermula dengan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan) seterusnya Karpal mengetuai pihak DAP.

PAS pula diketuai Presidennya, yang juga merupakan ahli parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mengangkat sumpah sambil diikuti Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa.

Pada majlis tersebut juga, Menteri Dalam Negeri, Dato' Syed Hamid Albar membentangkan usul agar pihak Ketua Polis Negara dapat menjalankan peranan untuk memastikan jalan-jalan yang bakal dilalui ke Dewan Rakyat dikawal dengan baik untuk memastikan tiada kekacauan timbul.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli-ahli dewan tanpa sebarang bantahan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan ahli-ahli Dewan Rakyat di bankuet parlimen. - mks.

Saturday, April 26, 2008

Kunjungan hormat ke atas Perdana

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini.

Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Industri dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama Perdana Menteri terutama perkara berkaitan program penswastaan, Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Lapangan Terbang Subang, dan isu pekerja asing di Selangor.

Menurut kenyataan dikeluarkan Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar, pada pertemuan itu, Abdullah menasihatkan supaya Kerajaan Negeri menghubungi Kementerian Pengangkutan dalam membincangkan dan menangani isu PKFZ serta cadangan penggunaan Lapangan Terbang Subang.

"Perdana Menteri memberi respon positif bahawa terdapat ruang untuk Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut.," kata kenyataan itu.

Selain itu, dalam menangani isu air di Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor diminta berbincang bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pertemuan dua hala itu juga membincangkan isu pekerja asing yang kian meningkat di Selangor.

Beberapa perkara lain yang berkaitan juga dibincangkan seperti kenyataan-kenyataan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Pelancongan, dan Menteri Pelajaran yang tidak menyumbang kepada hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Wednesday, April 23, 2008

Kah Choon lebih rela keluar Gerakan

Posted on oleh HermanSamsudeen

lee kah choon lim guan eng penang 220408kemaskini 3:15pm Bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon mengambil tindakan keluar dari parti itu ekoran kontroversi yang tercetus selepas beliau menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

“Memandangkan, pucuk pimpinan Gerakan tidak boleh menerima keputusan saya (menerima jawatan tersebut), maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ekoran itu, katanya, beliau telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan Gerakan untuk keluar dari parti tersebut.

“Dengan ini, saya harap perkara ini akan selesai dan kita boleh meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting,” tambahnya.

Jumaat lalu, Kah Choon memulakan tugasnya sebagai pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan pengerusi jawatankuasa eksekutif InvestPenang.

Beliau melepaskan semua jawatan dalam Gerakan pada 31 Mac ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Reaksi BN

Tindakan Kah Choon telah mencetuskan bantahan dari kalangan pemimpin Gerakan dan Barisan Nasional (BN).

Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata terserah kepada Gerakan untuk mengambil tindakan terhadap Kah Choon, manakala timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata tindakannya bertentangan dengan prinsip BN.

mca and penang and election 120208Manakala mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Gerakan kelmarin memutuskan untuk memberi surat tunjuk sebab kepada Kah Choon kerana menerima jawatan dalam PDC dan InvestPenang.

Sementara itu, dalam kenyataannya itu, Kah Choon berkata beliau telah diminta memberi sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya berhubung perkara tersebut.

“Mengenai isu ini, saya ingin mengulangi pendirian saya menarik diri dari politik dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Sebelum ini, saya telah mengumumkan keputusan saya untuk bersara dari politik dan menerima peranan bukan politik demi kepentingan sosio-ekonomi Pulau Pinang.

“Keputusan saya itu bermotif hakikat bahawa kepentingan Pulau Pinang tidak boleh dikompromi oleh sebarang pertimbangan politik,” tambahnya.

Wujud peluang pekerjaan

Beliau menegaskan, dalam suku tahun akan datang, ekonomi global yang dijangka lembab, akan memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara yang berorientasikan eksport.

“Saya percaya, tumpuan kepada usaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan langkah-langkah bagi memastikan pertumbuhan yang mampan, adalah lebih penting daripada politiking yang berterusan.

“Matlamat saya adalah jelas dan kekal konsisten sepanjang karier politik saya, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat,” tambahnya.

Oleh itu, katanya, beliau mengambil keputusan untuk menerima jemputan kerajaan negeri untuk berkhidmat dalam kedua-dua agensi kerajaan negeri itu pada masa yang mencabar ini.

“Memandangkan keputusan saya itu tidak boleh diterima oleh pucuk pimpinan Gerakan, maka saya percaya langkah terbaik bagi saya ialah untuk menarik diri sepenuhnya daripada politik parti.

“Oleh itu, saya telah menghantar surat kepada pucuk pimpinan parti untuk menarik balik keahlian saya dalam Gerakan.

“Dengan ini, saya berharap perkara ini akan selesai dan kita dapat meneruskan langkah untuk mengendalikan tugas-tugas penting,” tambahnya.

‘Rekod jadi bukti’

Mengenai kritikan bahawa beliau kurang berpengalaman untuk menyandangkan jawatan-jawatan tersebut, Kah Choon berkata:

“Kritikan itu kurang tepat dan rekod profesional dan perkhidmatan saya dapat membuktikannya.

“Jika adapun, kritikan tersebut akan merangsang saya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik untuk Pulau Pinang.

“Ekoran itu, saya mahu bekerjasama dengan semua parti supaya Pulau Pinang terus maju,” katanya.

Kah Choon mengeluarkan kenyataan tersebut atas jawatannya sebagai pengarah PDC dan pengerusi jawatankuasa eksekuttif InvestPenang.

Beliau juga meletak nota meminta tidak sesiapapun menghubunginya kerana beliau sibuk dan beliau juga tidak berhasrat untuk membuat sebarang tambahan kepada kenyataannya itu.

Pemudawilayah - akhirnya pemimpin BN tunjuk kebodohan mereka lagi. Kita lantik orang mereka sebagai nak menunjukan ketelusan Kerajaan PR dan juga sikap toleran kita. Tapi pemimpin mereka degil. Kerana sentimen politik mereka lupa nasib rakyat yang mahukan perubahan. Tindakan Kah Choon adalah tepat kerana tiada gunanya lagi beliau duduk dalam parti yang buat kerja untuk kepentingan parti sahaja dan bukannya untuk rakyat. Seharusnya BN belajar dari kesilapan ini dan bekerjama dengan semua pihak. Jika Kerajaan PR berani lantik orang mereka jadi orang kanan kerajaan, adakah pemimpin BN sekarang berani lantik orang PR jadi orang kanan dalam organisasi kerajaan persekutuan?-dppw

PAS Sokong Tuntut Kembali Royalti, UMNO Terengganu sokong Perdana Menteri?


PDF Cetak E-mail
The image “http://buletinonline.net/images/berita/newcrisis.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Krisis Mac lalu berulang ?)

Kuala Terengganu - Selepas PAS Terengganu menyatakan pendirian meyokong gesaan Menteri Besar Terengganu Dato’ Mad Said menuntut kerajaan Pusat mengembalikan semula 5% royalti Petroleum kepada negeri Terengganu kelmarin, hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat pula menyokong penuh permintaan tersebut. Agensi Bernama melaporkan, Ketuanya Salahuddin Ayub berkata pergerakan itu berpendapat langkah itu harus diberi perhatian jika kerajaan mahu meningkatkan integriti pentadbiran.

"Dewan Pemuda PAS menolak pendekatan pusat menubuhkan Dana Khas Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan wang ihsan melalui program pembangunan ke Terengganu," kata Salahuddin.

Selain dari PAS, MAMPAT atau Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu sebuah gabungan NGO negeri Terengganu turut menyatakan sokongan terhadap tuntutan Menteri Besar Terengganu itu.

Namun sudah dua hari berlalu sejak Menteri Besar Terengganu membuat kenyataan meminta Kerajaan Persekutuan menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri, belum kedengaran mana-mana pihak dari UMNO Terengganu yang menyokong.

Ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak UMNO Terengganu dilihat kerana Perdana Menteri telah menafikan kenyataan Mad Said dengan membuat respon “Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu”

Ini adalah kali kedua UMNO Terengganu berbelah bahagi diantara menyokong Mad Said (pimpinan UMNO Terengganu) atau menyokong Perdana Menteri (Pimpinan UMO Pusat).

Sebelum ini keadaan yang serupa berlaku apabila Terengganu menghadapi kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.

Mad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang mewakili Sultan Terengganu telah ditentang oleh 22 orang wakil-wakil rakyat Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sabri Alwi yang turut menyertai kumpulan tersebut.

PAS konsisten didalam menyokong apa-apa isu yang memberikan kebaikan kepada rakyat, termasuk menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR dan tuntutan kembali royalti walaupun Mad Said adalah kepimpinan UMNO Terengganu.

Tindakan Mad Said meminta kerajaan Pusat serah kembali royalti minyak adalah membawa hasrat istana Terengganu dan mandat rakyat umum Terengganu.

Rakyat tidak puas hati dan mempersoalkan penggunaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DPPK) bagi projek-projek yang tidak membawa manfaat yang besar kepada negeri Terengganu.

Buletin Online juga dimaklumkan, isu pengurusan Dana Khas Kerajaan Persekutuan adalah antara perkara yang menjadikan istana murka kepada mantan Menteri Besar Terengganu.

Ditulis oleh SM Noor Wednesday, 23 April 2008

Tuesday, April 22, 2008

Sidang Dewan Rakyat Akan Bermula,Harapan Rakyat Kepada Pakatan Rakyat (PR)

Posted on oleh HermanSamsudeen

Oleh Bukit_Panau

Rakyat sudah lama terseksa, teraniaya dek kerakusan dan kebobrokan kerajaan yang dinamakan Barisan Nasional. Parti yang semata-mata berteraskan semangat kebangsaan dan sememangnya mementingkan diri dan kroni-kroninya.

Mereka menolak hukum Allah SWT dan tidak telus dalam menjalankan amanah untuk memberi kesejahteraan kepada rakyatnya.

Dulu menipu, Kini Menipu dan selama-lamanya Menipu, itulah agendanya kepada rakyat untuk menutup segala bentuk kronisme, rompakan wang rakyat dan segala macam rupa rasuah.

Dalam pada itu, kuasa rakyat sudah menjelma dengan izin Allah SWT, maka tiba masanya MP Pakatan Rakyat untuk berkhidmat dan berjuang untuk kebajikan rakyatWahai MP Pakatan Rakyat..

Bangunlah Sederap, Mara Sepakat..Janganlah melakukan kesilapan dan alpa. Isu-isu besar perlu diperjuangkan serta dibangkit di dewan rakyat nanti.

Pada Pengamatan penulis, isu-isu nasional yang utama perlu dibangkitkan ialah ;

  1. Pembebasan Tahanan di ISA. Hapuskan/Mansuhkan ISA
  2. Kembalikan Bahasa Melayu dalam matapelajaran Sains dan Matematik
  3. Kos Pentadbiran/Caj/Kadar Faedah pinjaman PTPTN perlu dihapuskan
  4. Perjelaskan Kenaikan Harga Minyak Petrol. Malaysia negara Pengeksport.Kenaikan harga global makin menguntungkan Malaysia.
  5. Kadar Jenayah meningkat begitu ketara
  6. Kenaikan harga barang yang tidak dikawal
  7. Gejala rasuah di kalangan pemimpin. BPR harus telus dan ahli poltik tidak berhak mencampuri urusan mereka. Segerakan BPR menjadi badan bebas.
  8. Projek mega yang tidak menguntungkan rakyat.
  9. Pendaratan minyak dan gas di kelantan.
  10. Media yang menyalahi etika penyiaran.
  11. SPR perlu telus.
-dppwp-

Kerajaan Negeri Selangor akan ambil alih sekolah menengah agama

Roy Rasul Foto Wan Zahari Wan Salleh
Tue | Apr 22, 08 | 8:31:00 am MYT

KUALA LUMPUR,22 April (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih semula Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk ditadbir sendiri, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhamad Khusrin Munawi.

ImageKatanya, pengambilalihan itu adalah satu keperluan bagi kerajaan Selangor memandangkan bilangan murid sekolah menengah semakin bertambah.

Tambahan pula katanya, memberi pendidikan agama setakat darjah enam tidak mencukupi.

"Kita amat perlu mendidik anak-anak ini kerana pada peringkat 13 hingga 17 tahun mereka memerlukan pendidikan.

"Kalau kita tidak memberi pendidikan yang secukupnya maka berlakulah gejala anak-anak muda yang melepak di pasar-pasar raya, masalah keruntuhan akhlak dan sebagainya," katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Pelajar Sesi 2007 di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Allam, pada Sabtu, 14 April lalu.

Katanya, pada usia tersebut, jika tidak diberi pendidikan yang secukupnya kaum remaja akan mengalami keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yang baru sekarang akan menambah sebanyak 40 buah sekolah agama yang dijangka siap pada tahun 2010.

Ini katanya, bagi menampung permintaan pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah agama.

"Dengan kemampuan yang kita ada dan bilangan sekolah yang ada, kita hanya dapat menampung kira-kira 60 peratus bilangan pelajar ke sekolah agama.

"Jadi kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah kemudahan-kemudahan tersebut," katanya.

Oleh sebab itu, beliau berharap di bawah kerajaan baru (Pakatan Rakyat) akan berlaku banyak lagi perubahan demi memantapkan syariah Islam.

Dalam pada itu katanya, dalam menangani masalah sosial yang semakin gawat melanda umat Islam, setiap orang Islam perlu bersama-sama pergiatkan usaha dakwah untuk menjadi umat yang cemerlang.

ImageMalah katanya, kerajaan negeri membenarkan Jais mengadakan program-program agama khususnya mewujudkan program forum perdana di setiap daerah.

Katanya, forum pertama yang akan dianjurkan ialah di Stadium Melawati, Shah Alam pada 27 April ini dengan menampilkan ahli panel terkenal, antaranya, Dato' Haron Din dan Dato' Ismail Kamus.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan pendidikan agama kepada seluruh masyarakat.

Usaha tersebut katanya, akan dilakukan sehingga kepada mereka yang berurusan di pasar-pasar malam.

Ini katanya, bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat sebagai seorang Muslim.

Bagaimanapun katanya, tanggungjawab menyuburkan syariat Islam bukan saja terletak ke atas Jais tetapi ia menjadi tanggungjawab semua orang Islam.

"Jais hanya ada 70 anggota penguatkuasa untuk mentadbir urusan syariah dan undang-undang jenayah syariah.

"Jadi mustahil untuk kita mengawal dan melaksananya tanpa kerjasama daripada masyarakat," katanya.

Tambahnya, selaras dengan pentadbiran kerajaan baru yang dilihat lebih mudah untuk perkasakan syariat Islam, Jais akan mengadakan program seperti usrah di jabatan-jabatan kerajaan setiap hari.

Sementara itu dalam majlis konvokesyen tersebut seramai 221 pelajar menerima sijil masing.

Penerima-penerima sijil berkenaan terbahagi kepada tujuh bidang iaitu Talaqi al-Quran Tinggi, Taranum al-Quran Lanjutan, Bahasa Arab Asas, Taranum al-Quran Asas, Talaqi al-Quran Pertengahan dan Talaqi al-Quran Rendah.

Dalam majlis tersebut turut diisytiharkan Md Amin Abdul Rahman alJarumi, 61, sebagai Tokoh Keilmuan.

Dato' Mohamed Khusrin turut menyampaikan sijil-sijil kepada pelajar yang disaksikan bersama Imam besar Masjid negeri, Shah Alam. - mks.

harakahdaily

Monday, April 21, 2008

Keluh-kesah ahli UMNO

Email ini diterima : minta ahli UMNO menunjukkan kematangan dan mahu Ketua-ketua Cawangan dipanggil untuk memberi penjelasan yang jelas

enalija@yahoo.com.my
Zainal Abidin Bin Abdul Rani

Pesanan: Saya pemimpin nombor satu dalam cawangan, yang mana terpaksa dan bukan dipaksa menerajui cawangan dalam keadaan yang meruncing ketika ini.

Darah yang mengalir ditubuh ini dan selagi nyawa dikandung badan akan terus memperjuangkan UMNO parti keramat ini walaupun ada segelintir ahli yang mula berpaling tadah dengan melihat sikap pemimpin di atas yang tiada kesudahan untuk menyelesaikan kemelut politik UMNO waktu kini.

Diharap lupakan sengketa sesama sendiri, fikirkan kami di bawah ini yang terpaksa berdepan dengan ahli-ahli yang mula goyah pendiriannya. Jemputlah kami ketua-ketua di cawangan untuk memberi penjelasan yang jelas atau rendahkan diri untuk turun ke cawangan-cawangan.

Jangan pula ahli-ahli kita mengiakan apa yang dikata pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO penuh dengan keangkuhan. Saya percaya rakyat masih sayangkan UMNO Parti Melayu yang membela bangsa Melayu, ini dapat didengar perbualan dikedai-kedai kopi. Saya percaya mereka akan kembali kepada UMNO jika kita terus menunjukkan kematangan politik seperti mana kehendak masa kini.

JANGAN DIRINTIH KEKECEWAAN, ATUR LANGKAH UNTUK MARA, BULAN PASTI GERHANA. KERIS KERAMAT UMNO TERUS DIPERASAP AGAR SEMANGAT KEKAL MEMBARA. SANG SAKA BANGSA MEGAH DIANGKASA. SAYA PASTI BERSAMA.Hidup UMNO Hidup MELAYU dinusantara. Wassalam

Semakin mantap Pakatan Rakyat, semakin tersisih UMNO

UMNO perlu lihat apa yang mereka sorok sebelum ini. Ini adalah perhimpunan di Ipoh, Perak pada 14April 2008. Ini adalah himpunan melebihi 70,000 orang anjuran Pakatan Rakyat. Namun sehingga kini UMNO dan Barisan Nasional semakin terpaku melihat kehadiran rakyat yang terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sehingga hari ini apa yang jelas nampak ialah UMNO semakin tersisih.

Keadaan ini sekiranya berterusan PASTI akan meletakkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pembangkang setelah hampir 50 tahun berkuasa. Ini adalah akibat kepimpinan UMNO yang hanya mendengar laporan sekeliling mereka yang palsu. Sehingga sekarang mereka masih mendengar laporan palsu dari orang kanan mereka yang hanya tahu melagukan melodi untuk membuat kepimpinan khayal. Kita sering dengar kejahilan kepimpinan sebelum ini seperti Zainuddin Maidin - mengatakan orang tidak mendengar dan memperdulikan laporan Internat. Akhirnya dia sendiri tersungkur. Hari ini kita lihat pula kealpaan Ketua Penerangan UMNO dan kepimpinan lain yang masih bergantung pada sumber yang sama untuk mengetahui keadaan sebenar. Mungkin UMNO akan terus ditipu oleh lagu sama rentak baru yang akan membawa impak yang sama atau lebih buruk. Barisan Nasional hampir PASTI sekiranya ini berterusan untuk menjadi Ketua Pembangkang

http://www.umno-reform.com/

Ahmad Shabery Chik,Hentikan saja le...

Pertama, tahniah kepada YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, kerana dilantik sebagai Menteri Penerangan.

Kedua, tahniah juga kerana ‘berani’, walaupun nampak takut-takut sikit untuk membuat perubahan seperti yang dituntut oleh rakyat terbanyak. Perubahan dan reformasi dalam semua sudut di Kementerian Penerangan, seperti kaedah penyampaian berita dan maklumat.

Alhamdulillah, salah satu yang dijanjikan YB Dato’ ialah untuk mengadakan Rancangan BLOG, seperti mana yang disiarkan malam tadi di TV1, jam 8.45malam.

Saya menyokong penuh rancangan ini, walaupun ada seruan dan cadangan supaya diboikot semua saluran media cetak dan elketronik., tetapi saya mengambil pendekatan dan kaedah berbaik sangka, mungkin kerajaan akan lebih perihatin dan sanggup melayan permintaan rakyat terbanyak, walaupuan selama ini kerajaan hanya mesra dengan pembesar -pembesar di kalangan parti pemerintah sahaja. Kesediaan kerajaan untuk lebih mesra dengan rakyat terbanyak amat lah dialu – alukan.

Sayang sekali, walaupun rancangannya bagus, tetapi tempoh siarannya sangat pendek, kalau tak silap rancangan terpendek yang pernah disiarkan oleh RTM, khususnya TV1

Saya ingin mencadangkan supaya YB Dato mewujudkan satu anugerah baru dalam pertandingan – pertandingan yang dianjurkan oleh RTM, pada masa – masa akan datang, di dalam kategori RANCANGAN TERPENDIK POPULAR. Sekiranya dipersetujui, saya amat yakin, Rancangan BLOG ini akan terus menggondol anugerah bagi tempoh masa yang lama, mungkin selepas YB Dato tidak lagi menjadi menteri ianya masih diadakan dan diudarakan.

Bukan apa, nampak sangat tahap kewarasan dan keintelektualan serta jangkauan otak YB Dato masih lai berada di peringkat kampong di Kemaman, jauh sekali untuk mencapai tahap nasional, apatah lagi ke peringkat glokal dan antarabangsa.

Kesian saya melihat tetamu yang diundang Yang Berbahagia Dato’ A Kadir Jasin, tidak sempat untuk menarik nafas, dengan soalan bertalu – talu dan bertali arus dari pengacara Sdr Hashim Abu Hanifah.

Walau bagaimanapun, saya sangat berbesar hati, kerana menerusinya, iaitu dengan kaedah yang berlebih kurang ini, tidak bersungguh–sungguh, tangkap muat yang diamalkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini, ia dapat mengekalkan malah meningkatkan lagi tahap kebencian, kemarahan, kemeluatan, dan tekad rakyat terbanyak untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU-13 nanti, seperti tidak sabar – sabar rakyat terbanyak menunggu PRU-13, tahun 2012 atau 2013 nanti.

Sehubungan dengan itu, untuk tidak menambahramaikan lagi musuh UMNO/BN, kini dan masa akan datang, adalah dengan ini saya syorkan supaya YB Dato memberhentikan sahaja rancangan ini.

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

21.04.2008

Satu Lagi Filem Melayu Hina Islam Dikesan- L

M@RHAEN


Sebelum ini Cucu ada mendedahkan perihal filem "Dunia Baru The Movie" yang dilihat secara jelas telah menghina Islam pabila terdaapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid "Sepohon Kayu". Lagu yang telah sekian lama dikenali sebagai lagu yang berunsur dakwah yang menyuruh umat Islam dan manusia didunia ini menunaikan solat (sembahyang) serta siksaan yang bakal diterima diakhirat kelak bila mereka engkar suruhan Allah ini. Lagu tersebut, selama ini tidak pernah dinyanyikan dalam keadaan maksiat. Filem berkenaan jelas telah menghina Islam berlandaskan kepada adengan yang memapar secara jelas unsur maksiat dalam persembahannya. Sudahlah penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan muzik yang mengiringi lagu tersebu, jelas bertentangan dengan unsur dakwah yang terkandung didalamnya. Punah ranah dibuatnya pabila lagu "Sepohon Kayu" diiringi oleh muzik rock dan kemudian metal. Memang cukup kecewa bila kita melihatnya.

Sila klik Untuk lihat Sepohon Kayu Dunia Baru The Movie

Sangkaan kita kisah penghinaan Islam dalam filem ini berakhir disitu sahaja. Rupanya tidak, sebelum filem berkenaan telah ada beberapa buah filem Melayu yang mempunyai agenda yang sama, bahkan lebih teruk dari itu. Antara yang paling teruk dan biadap ialah, filem arahan Yasmin Ahmad yang bertajuk "Gubra". Filem ini jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa Islam itu telah dihina secukup-cukupnya. Namun, dek kerana pemimpin Islam Hadhari mungkin bersetuju dengan perkara ini, maka pengarah filem berkenaan langsung tidak diambil tindakan. Apatah lagi, tidak ramai ulamak dan cendiakawan Islam di malaysia yang menyedari perkara ini. Maklumlah mereka tidak pergi ke panggung dan sememangnya tidak tertarik untuk menyaksikan filem-filem melayu atau pun sebagainya. Mungkin filem ini juga telah disiarkan dikaca TV, namun tidak ramai yang perasan akan perkara ini. Atau mungkin juga terlepas pandang agaknya. Dan, mungkinjuga perkara ini tidak disedari memandangkan mereka-mereka yang gemar menonton filem-filem di pawagam, jiwa dan hatinya sudah tidak lagi sensitif kepada isu-siu seperti ini. Apa yang peliknya filem "Gubra" telah menang banyak anugerah dalam festival filem Malaysia ketika itu. Bahkan anak kepada pengarah berkenaan, Sharifah Amani juga telah dipilih sebagai pelakon popular, yang menggemparkan seluruh negara bila beliau menghina pula Bahasa Melayu ketika membuat ucapan selepas menerima anugerah berkenaan. Inilah dasar dan pemikiran sekular yang telah ditanam dalam jiwa anak-anak muda generasi baru Islam Hadhari ini.

Soalnya disini ialah, mengapakah bila pengarah filem Belanda menerbitkan filem pendek "Fitna", bukan main kerajaan Hadhari dan UMNO melenting. Walhal, filem itu hanya dapat disaksikan di Youtube semata-mata, dan tidak pun ditayangkan di negara ini. Tambahan pula, filem berkenaan hanyalah selama 15 minit sahaja adengannya jika nak dibandingkan dengan "Gubra" dan "Dunia Baru The Movie" yang memakan masa selama hampir dua jam lamanya. Soalnya, apakah di Malaysia ia tidak dinamakan menghina, bila berlaku di dunia bukan main lagi melentingnya kita. Yang menjadi juara ialah Pemuda UMNO yang diketuai oleh Bekas Imam Besar Masjid Hadhari, Pirdas Ismail yang tewas di tangan Wan Azizah di Permatang Pauh dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Kita harap dengan tersiarnya berita ini maka Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Zahid Hamidi dan pasangannya Mashitah Ibrahim dalam melakukan sesuatu untuk memantau perkara ini. Biarpun kes ini sudah terlepas, namun filem tersebut masih lagi disiarkan di kaca TV terutamanya di saloran Astro Prima. Kita tidak mahu, minda dan pemikiran generasi muda kita terus "dilacurkan" dengan unsur-unsur sekularisme yang dibawa oleh insan yang sememangnya telah terdidik dengan acuan barat ini. Cuba lihat sendiri adengan yang dipaparkan ini.

Sila klik Untuk lihat Filem Gubra Hina Islam

Cuba lihat gelagat para pelajar sekolah ini. Mereka sedikitpun tidak rasa segan silu bermain dengan anjing tanpa memikirkan apakah hukumnya dari sudut pandangan Islam. Lebih menyedihkan para pelajar ini semua bertudung litup. Mungkinkan ini kerana mereka terpengaruh dengan adengan yang terdapat dalam filem "Gubra" itu?. Ini sungguh bahaya, apakah ini generasi yang ingin dilahirkan oleh pemipin negara Islam Hadhari seperti malaysia ini? Fikrikanlah...

Sila klik untuk lihat Pelajar Sekolah Pegang Anjing

Ulasan lanjut mengenai perkara ini sila baca artikel Blogger Faisal Tehrani atas tajuk Gubra Yang Sesat lagi Menyesatkan. Sebarkan meklumat ini dan sama-samalah kita mengambil ikhtibar akan kejadian ini. Ini bermakna Malaysia sebagai sebuah negara Islam lebih teruk dari negara barat sebenarnya. Sebelum ini juga ada seorang artis wanita yang menghina isteri Nabi Muhammad SAW, perihal umurnya. Sikap biadap ini telah menyebabkan beliau digam dan rancangan TV yang memaparkan adengan tersebut telah ditamatkan serta merta. Tapi bagaimana pula dengan pengarah filem Yasmin Ahmad dan M.Hitler Zami ini? Apakah beliau dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan Islam Hadhari sama seperti Rosnah?

Maka itu, marilah kita bebaskan negara kita dari terus dicengkam dengan dasar-dasar penjajah yang akan merosakkan akhlak dan akidah generasi kita akan datang. Buatlah perubahan demi masa depan Islam yang lebih gemilang.

[Sama-samalah kita mengambil iktibar akan kejadian ini, selama ini "kuman di seberang laut kerajaan kita nampak, gajah di tempat sendiri tak nampak". Inilah padahnya, akibat dasar yang mementingkan sekular menyebabkan umat Islam terus diberlenggu dengan kealpaan dan akan terus hilang punca jika tidak diperbetulkan mulai sekarang. Klik www.cucumatkilau.blogdrive.com untuk banyak lagi berita panas dan sensasi]

[Sila Ke Blog Cucumatkilau]

- Cucu Mat Kilau

21.04.2008

Saturday, April 19, 2008

Dr Badrul Amin disebut-sebut calon Speaker Selangor

Dr Badrul Amin disebut-sebut calon Speaker Selangor Cetak E-mail
Oleh Roslan Bian

Sabtu, 19 April 2008

TEKA-TEKI siapa bakal dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang akan bersidang bagi penggal baru 22 April ini, masih belum terjawab.

Walaupun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim disebut-sebut akan dilantik Speaker tetapi Parti KeADILan Rakyat (PKR) dikatakan turut mencadangkan Dr Badrul Amin Bahron ke jawatan sama.

Beliau adalah Ahli Majlis Perwakilan Tertinggi (MPT) PKR dan turut bertanding pada pilihan raya lalu di Parlimen Sabak Bernam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Kuang tetapi tewas kedua-duanya.

Dr Badrul Amin, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga adalah Ketua Bahagian PKR Sabak Bernam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Speaker berkata, pengumuman hanya akan dibuat pada 20 April ini, dua hari sebelum semua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Selangor mengangkat sumpah bagi memulakan persidangan dewan.

Mengenai nama Dr Badrul Amin, Abdul Khalid yang di temui di Universiti Industri Selangor (Unisel) di sini berkata, “ Saya tak tahu. Sebab hanya 20 haribulan (April) saya akan beritahu,”.

Ditanya mengenai kemungkinan, wakil rakyat DAP, Teng yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini, ada kaitan dengan pelantikan Speaker, Abdul Khalid berkata, “ Boleh (jadi ya) atau tidak,”.

“Biasanya, ramai juga orang mengdap Tuanku. Pada 22 April, ada sidang dewan dan semua Adun akan mengangkat sumpah, Kita akan buat pemilihan Speaker. Dua hari sebelum itu, saya akan umumkan siapakah Speakar dan timbalannya,” katanya.

Speaker DUN Selangor sebelum ini adalah Tan Sri Onn Ismail manakala timbalannya, Datuk Mohd Satim Diman.

Perlantikan Speaker tidak semestinya daripada kalangan wakil rakyat tetapi mesti mendapat persetujuan majoriti ahli DUN.

Agendaselangor.com sebelum ini melaporkan Teng akan dilantik Timbalan Speaker selepas tidak terpilih sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco dalam kerajaan baru Pakatan Rakyat di Selangor.

klpos


Friday, April 18, 2008

Tindakan tiga pemimpin tertinggi PAS tepat

Tindakan tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan Bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno untuk mewujudkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sebelum ini adalah satu tindakan yang tepat.

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa bahawa PAS lebih rela bekerjasama dengan parti orang ’kafir’ daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim.

PAS merupakan sebuah parti yang kini semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno kian tersepit hingga sanggup mengadakan rundingan belakang tabir selepas pilihan raya ke-12 untuk memujuk pemimpin PAS membantu mereka menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Walau bagaimanapun pemimpin PAS menolak permintaan tersebut dan mendedahkan segala isi perbincangan itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagai menghormati semangat setiakawan yang kini semakin erat. Pemimpin PAS ditawarkan jawatan tinggi dalam rundingan itu, tetapi sedikit pun mereka tidak berminat.

Lantaran itu rakyat dapat melihat bahawa politik pemimpin PAS lebih matang kerana berjaya menunjukkan komitmen mereka dalam menjalankan hubungan baik dengan semua anggota Pakatan Rakyat, DAP dan KeADILan.

PAS tidak pernah membelakangkan orang Melayu, dan rakyat sedar akan perkara ini. Nadi perjuangan PAS adalah Islam dan Islam sendiri mengajar pemimpin PAS untuk berbuat baik pada semua rakyat tanpa mengira kaum atau pun agama.

Kenyataan bahawa pemimpin PAS tidak wajar bekerjasama dengan parti orang ‘kafir’ adalah satu kenyataan yang biadap dan dengan sendirinya menunjukan Umno selama ini bersikap talam dua muka dengan pemimpin komponen BN lain yang terdiri dari kaum bukan-Islam seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Hanya kerana inginkan kuasa mereka sanggup meninggalkan rakan-rakan mereka dalam BN dan memujuk pemimpin PAS bergabung bersama mereka secara senyap-senyap.

Ini adalah sikap orang tamak dan tidak setiakawan. Oleh itu, parti komponen BN yang lain diingatkan untuk berhati-hati dengan pemimpin Umno kerana selama ini merekalah yang mempergunakan undi kaum cina dan India untuk survival politik mereka.

Kegagalan komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihanraya yang lalu adalah berpunca dari sikap pemimpin Umno. Pemimpin Umno melalui Abdullah Badawi, Hishamuddin dan ramai lagi sering mengeluarkan isu-isu yang menindas dan menghina kaum cina dan India.

Kes tuntutan NGOs cina dan juga kebangkitan Hindraf yang gagal ditangani dengan baik memadamkan kepercayaan rakyat pada Umno dan semua komponen BN. Pemimpin-pemimpin BN lainnya dilihat sebagai alat atau pun kuda tungangan dan tidak berani bersuara dihadapan pemimpin Umno dalam mempertahan hak kaum mereka.

Kini bila mereka gagal mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen, Abdullah menyalahkan mereka dan menuduh mereka sebagai gagal untuk membantu BN.

PAS juga pernah menyertai pakatan BN dalam Kerajaan Campuran selepas Pilihanraya 1974, walaubagaimana pun disebabkan sikap Umno yang tidak ikhlas pemimpin PAS bertindak keluar dari pakatan itu. Walaupun menerima kekalahan teruk pada pilihanraya 1978 kerana keluar dari BN, namun PAS tetap konsisten dalam menentang kezaliman Umno hinggalah berjaya menubuhkan lima Kerajaan Negeri bersama komponen Pakatan Rakyat selepas pilihanraya baru-baru ini.

Kesabaran dan juga keihklasan pemimpin PAS sering teruji. Pengalaman lampau telah cukup untuk memberikan pengajaran kepada generasi muda PAS bahawa parti ini tidak memerlukan Umno untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam membentuk Kerajaan. Dan untuk kepentingan rakyat dan Islam PAS akan terus dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan Umno selagi mana mereka tidak meninggalkan budaya rasuah, judi, arak, zina dan pembaziran dalam politik mereka.

PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tetapi mereka juga perlulah belajar menghormati pemimpin PAS dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

http://dppwp.wordpress.com/2008/04/18/tindakan-pemimpin-pas-tolak-kerajaan-campuran-tawaran-umno-adalah-tepat/

*Herman Samsudeen adalah Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan.

18.04.2008 marhaen

Thursday, April 17, 2008

Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah

Dr. Lo’lo’ ‘tawan’ isu-isu di kawasan Menteri Wilayah Cetak E-mail
Oleh Herman Samsudeen
Khamis, 17 April 2008

KL: Menteri Wilayah Persekutuan yang juga ahli parlimen wilayah persekutuan, Zulhasnan Rafique hari ini menerima satu kejutan bila mana isu-isu rakyat didalam kawasan parlimen beliau telah ‘ditawan’ oleh ahli parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali. Isu-isu berkenaan turut diutarakan sempena Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini.

Walaubagaimana pun Dr. Lo’lo’ tidak sempat menghadirkan diri kerana masih berada di Indonesia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB. Wee Choo Keong.

Antara isu yang dibangkitkan adalah projek-projek Kerajaan Barisan Nasional yang terbengkalai seperti projek naik taraf Dewan Serbaguna Datuk Keramat, projek Taman Tasik Datuk Keramat, projek Kompleks Pasar Datuk Keramat, projek Jejantas Pejalan Kaki (Berhadapan Stesen LRT Putra Damai) dan projek Menaiktaraf Pasar Chow Kit.

Ada antara projek ini terbengkalai sejak 10 tahun yang lalu dan anggaran kos pembinaan keseluruhan projek ini adalah melebihi 100 juta ringgit.

Selain itu, Dr. Lo’lo’ turut menyentuh tentang nasib setinggan di Kampung Indian Settlement dan Kampung Kerayong yang masih tidak terbela.

Beliau meminta agar DBKL membuat satu pertemuan dengan penduduk untuk berbincang tentang rancangan pemindahan mereka memandangkan kawasan kediaman mereka kini akan dibangunkan Kerajaan.

Isu Sindiket Pelacuran, gejala Pondan dan juga Penagihan Dadah di Jalan Hj. Taib turut dibangkitkan kerana hingga kini pihak kerajaan tidak serius membersihkan kawasan ini dari aktiviti maksiat.

Menteri Wilayah harus berasa malu bila mana Kuala Lumpur yang pesat membangun dan sedang berusaha menjadi bandaraya kelas pertama masih lagi dibelenggu dengan aktiviti bermoral rendah seperti itu.

Isu-isu dari PPR Desa Rejang yang berada dalam kawasan Zulhasnan turut menarik perhatian dan membuka mata semua pihak yang selama ini menganggap kawasan berkenaan tidak bermasalah kerana Ahli Parlimennya adalah menteri Wilayah Persekutuan.

Zulhasnan tertunduk bila lapan tuntutan masyarakat PPR Desa Rejang dibacakan oleh Wee. Antaranya adalah kenaikan kos penyelenggaraan bangunan dari RM 35 kepada RM 66 selepas sahaja pilihanraya berlalu.

Para penduduk melihat tindakan ini sebagai tidak ‘gentlement’ dan ianya adalah usaha membalas dendam kepada pengundi yang menyokong Pakatan rakyat. Bagi mereka, ianya tidak sepatutnya berlaku jika benar DBKL ingin membela rakyat.

Penduduk juga mengadu bahawa DBKL tidak mengotakan janji untuk membayar kos perpindahan dari Flat Pekeliling ke Desa Rejang sebanyak RM1,000, pemasangan pintu besi (Grill) sebanyak RM500 dan pemasangan tikar getah RM500.

Isu ketiadaan perkhidmatan bas awam, peti pos, tempat ibadat kaum cina dan india turut dibangkitkan.

Wee mencabar Zulhasnan agar mengambil tindakan segera terhadap permintaan penduduk di Kawasan Parlimennya jika ingin kekal sebagai ahli Parlimen di masa akan datang dan kata-kata beliau ini disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang mendengar.

Begitulah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bekerja, walaupun isu berkenaan bukan dari kawasan parlimen mereka, tetapi ianya tetap diperjuangkan secara bersama untuk kepentingan rakyat.

Diharapkan agar pihak Kementerian dapat memberikan khidmat yang adil kepada semua rakyat walaupun mereka tidak lagi menyokong Barisan Nasional.

Kekalahan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu harus di ambil iktibar dan Kementerian yang beroperasi mengunakan duit cukai rakyat haruslah berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk kepentingan Barisan Nasional.

Penulis merupakan Ketua Penerangan DPP Wilayah Persekutuan dan Juga Setiausaha Politik YB. Dr. Lo'Lo' serta Koordinator bagi Semua MP Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan. - Pengarang


Wednesday, April 16, 2008

SAR dan sekolah bantuan di Pulau Pinang dikecuali cukai tanah

SAR dan sekolah bantuan di Pulau Pinang dikecuali cukai tanah PDF Print E-mail
Oleh : Mohd Sabri Said
Thursday, 17 April 2008
GEORGETOWN, 17 April (Hrkh) - Semua cukai tanah melibatkan sekolah bantuan modal dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dikecualikan kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mesyuarat exco petang semalam di pejabatnya di aras 28 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar).

Segala pengwartaannya sedang diuruskan secepat mungkin mulai sekarang.

"Kerajaan Negeri yang bermesyuarat pagi ini memutuskan memberi kelonggaran pada bidang pendidikan iaitu pengecualian cukai tanah bagi semua sekolah bantuan modal dan SAR, " jelasnya.

Beliau menyifatkan, langkah tersebut merupakan satu lagi 'hadiah' untuk rakyat yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berfikir.

Malahan kerajaan terdahulu menekan rakyat dengan berbagai cara termasuk menaikan cukai tanah berkali ganda. Sikap sebegitu menyaksikan kemarahan di kalangan rakyat diperingkat akar umbi.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mahu rakyat sendiri menilai perbezaan pengtadbiran dengan BN sebab selama ini mereka asyik dibelengu penindasan yang tidak kesudahan walaupun slogan BN 'Tradisi Membela Rakyat'.

"Kerajaan Pakatan Rakyat tidak bijak mencipta slogan sebaliknya bekerja untuk kepuasan rakyat jelata. Kita tidak mahu rakyat terpaksa merana sedangkan kepimpinan kaya dengan harta," tambahnya.

Kerajaan juga tegasnya, sedang menimbang tungakan cukai berkenaan untuk memudahkan proses ubah syarat atau untuk memastikan tanah tersebut digunakan untuk pendidikan.

Dua syarat pengecualian itu sambung Lim Guan Eng, ialah tanah itu mesti bermatlamat kegunaan pelajaran yang diperakui oleh kerajaan manakala ke dua status tanah itu mestilah tidak berasaskan keuntungan.
harakahdaily.

AKHIRNYA TAK TAHAN......

AKHIRNYA TAK TAHAN......
Written by admin on Apr 16th, 2008 | Filed under: Minda

16 Apr | 8.10pm
SELEPAS bermegah dengan kewujudan blognya konon untuk menangkis apa yang disifatkan sebagai ‘fitnah’ oleh penulis blog dan penyokong pembangkang, hari ini Dato’ Seri Utama Mohd Ali Rustam umpama ‘cacing kepanasan’ apabila bukan saja memadam malah menutup terus ruang untuk pengunjung memberi komen di blog beliau.

Selepas kerajaan BN menutup ruang demokrasi di alam nyata, nampaknya amalan buruk pemimpin parti itu mula menjalar di alam siber.

Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka itu beria-ia membuka blog untuk menjawab segala tuduhan oleh Pakatan Rakyat di media alternatif atau blog - selepas media perdana mula ditolak rakyat - nampaknya Naib Presiden Umno itu mula menampilkan sifat pengecutnya.

Jika beliau takut untuk menerima teguran dan komen daripada pengunjung buat apa membuka blog. Jika hanya tujuannya untuk memaparkan pendapat sebelah pihak itu bukan sifat ‘anak jantan’.

Kalau hendak mengemukakan pendapat sendiri rasanya buang masa saja beliau membina blog. Tidak cukupkah lagi paparan di media arus perdana yang saban hari hanya menyiarkan momokan daripada parti pemerintah.

Kononnya beliau ingin memantau 240 blog pihak pembangkang di alam siber. Lepas itu mengarahkan semua Adun BN di Melaka supaya mengadakan blog masing-masing.

Kalau ditutup ruang komen, macam mana rakyat hendak mengajukan segala masalah dan persoalan secara terus. Bukankah komen itu boleh ditapis, kalau rasa yang tidak enak didengar boleh sahaja dipadam terus, bukannya dengan menutup terus ruangan tersebut.

Barangkali tidak tahan setelah dihentam kuat oleh beberapa pihak di blognya, maka beliau mengambil keputusan memadam semua komen berkenaan.

Beberapa blogger mengandaikan tindakan Ali Rustam itu sebagai:

  • Penulisan Ali Rustam yang sesuai untuk orang kampung.
  • Terdapat pemberi komen yang tidak menjaga adab (Sindiran keterlaluan).
  • Langkah membuat ulasan menjadi unmoderated.

Apa malunya mempunyai blog yang “moderated comment“, di blog Anwar Ibrahim pun “moderated comment“. Apa yang hendak dibanggakan sangat ulasan tidak ditapis kalau akhirnya semua ulasan tidak kelihatan.

Mungkin Ali Rustam dicabar oleh pihak tertentu, kalau berani, buka ruangan ulasan seluas-luasnya. Kenapa perlu merasa takut kepada pandangan yang tidak disetujui.

Bukankah selama ini rakyat telah ‘dipaksa’ menerima mentah-mentah semua maklumat dipaparkan di media arus perdana. Kali ini giliran anda pula menerima pandangan rakyat, takkan dah pedih cuping telinga.

Alahai Ali Rustam!

kelantankini

Akhbar Pro-Pembangkang Diharamkan

Akhbar pro-pembangkang diharamkan Apr 16, 08 4:48pm Kementerian Dalam Negeri mengharamkan akhbar popular Makkal Osai selepas memberikan liputan muka depan perhimpunan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Hari ini (foto bawah), akhbar berbahasa Tamil tersebut turut memuatkan liputan siasatan polis terhadap presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi pemimpin kanannya susulan perhimpunan itu.

Sebelum ini ia memuatkan artikel-artikel panjang tentang parti itu, termasuk bekas timbalan perdana menteri itu, dan gerakan pembangkang.

Akhbar harian berpengaruh itu menghadapi masalah memperbaharui permit sejak Oktober tahun lepas.

Ia bagaimanapun terus beroperasi dengan harapan permit penerbitan tahunannya akan diperbaharui selepas pilihanraya umum 8 Mac, seperti nasib sebuah harian berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pengurus besar Makkal Osai S M Periasamy mengesahkan kementerian telah mengeluarkan
surat hari ini yang menyebut permohonannya "tidak akan dipertimbangkan."

Surat itu tidak menyatakan sebarang sebab pengharaman tersebut.

Pemilik akhbar itu - yang dikaitkan dengan bekas pemimpin kanan MIC Datuk
S Subramaniam - telah memohon permit baru sejak Julai, kira-kira tiga bulan sebelum tarikhnya tamat.

Sementara itu Oriental Daily masih tidak diperbaharui sejak permitnya tamat Disember lalu. Ia beroperasi sepanjang pilihanraya umum lalu dengan garis panduan khas dengan harapan lesen itu diperbaharui.
Difahamkan akhbar Cina itu tidak mempunyai halangan untuk mendapat sambungan permit walaupun setakat ini tiada
surat rasmi dikeluarkan.

Akhbar Tamil itu memberikan liputan meluas pada Makkal Sakthi (kuasa rakyat) selepas demonstrasi besar 25 November yang digerakkan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).

Sumber-sumber dalam syarikat media itu memberitahu, Kementerian Dalam Negeri juga tidak senang dengan penyiaran muka depan foto tokoh Hindraf dan peguam P Uthayakumar - kini ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di kem Kamunting, Taiping - di hospital daerah itu minggu lepas.

Harian terbaru itu, diterbitkan mulai 2005, menyertai dua lagi akhbar untuk etnik
India, Tamil Nesan dan Malaysia Nanban.

"Kami akan memohon rayuan esok," kata Periasamy.

Makkal Osai
, yang berpejabat di Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur, menggajikan kira-kira 100 kakitangan.

Nasib mereka belum jelas akibat pengharaman ini.

Makkal Osai atau "suara rakyat" - diterbitkan sebagai tabloid mingguan sejak 1990 selepas Tamil Osai tidak lagi beroperasi - diedarkan sebanyak 52,000 naskhah sehari.

SPR minta petisyen dibuat sebelum 29 April

SPR minta petisyen dibuat sebelum 29 April
Oleh Azrina Ahzan
BH 12042008 SABTU
Bantahan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwarta Selasa lalu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu mengemukakan petisyen di mahkamah tinggi selewat-lewatnya 29 April ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor, berkata petisyen pilihan raya perlu dikemukakan sebelum atau pada tarikh itu kerana keputusan pilihan raya lalu diwartakan Selasa lalu.

"Mereka yang ingin memfailkan petisyen diminta segera berbuat demikian kerana ia perlu dikemukakan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan iaitu pada 8 April lalu.

Assalaimualaikum wbt………….salam sejahtera

Merujuk kepada kenyataan akhbar oleh SPR seperti di atas bertarikh 12 April 2008 Sabtu, boleh atau tidak diutuskan satu surat menerusi siri - siri DOA, MUNAJAT, SEMBAHYANG HAJAT DAN QIAMULAILAL dan ADUAN RASMI KEPADA ALLAH, di seluruh Negara, secara berkala dan berterusan, sehingga regim UMNO/BN dan SPR tunduk dengan semua tuntutan – tuntutan yang telah dan akan dibuat oleh Pakatan Rakyat?

Saya percaya dan yakin, hanya dengan mengadu kepada ALLAH, [ disamping usaha – usaha dan ikhtiar yang dibenarkan oleh undang – undang diteruskan iaitu mengemukakan petisyen kepada SPR seperti tajuk di atas ], dengan dipimpin oleh ulamak – ulamak PAS, orang – orang kena zalim dan seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan kebenaran, usaha ini akan berjaya, sekiranya dilakukan secara bersungguh – sungguh dan istiqamah . Insyaallah .

Mohon kerjasama webmaster untuk menghantar mesej jelas kepada semua pimpinan PR, khususnya PAS. Mohon kerjasama pimpinan untuk mengeluarkan satu SIARAN AKHBAR, notis dan amaran jelas kepada UMNO/BN dan SPR.

SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT PERDANA PRU -12

PRU 12 ini, telah diperkatakan oleh kesemua orang yang boleh bercakap dan telah ditulis oleh hampir kesemua orang yang boleh menulis, akan kebejatan perjalanan PRU 12 ini, yang telah dipamerkan oleh UMNO/BN & SPR dan telah didedahkan sedemikian rupa oleh PR.

Rasanya telah hampir habis ulasan dan kupasan berserta dengan seribu satu cadangan dikemukakan oleh semua lapisan rakyat di Malaysia ini, dengan idea – idea yang terlalu hebat dan amat memuaskan

Maka dengan itu, sebagai penutup kalam adalah baiknya, seluruh penyokong, pendokong dan pemimpin PR menyerahkan kembali semua urusan PETISYEN PRU 12 ini kepadaNYA, mengadulah kepadaNYA. Kita persembahkan kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, sepertimana sejarah menunjukkan kepada kita semua persembahan manusia bernama HABIL dan QABIL dalam mencari keredhaan dan petunjuk dariNYA. Kenapa tidak kita yang berjuang ke arah itu TIDAK menggunakannya secara terancang, tersusun, sistematik dan istiqamah, TIDAK memaksimakan penggunaannya? bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN?

Kita semua harus mempunyai keyakinan, berkat doa, munajat dan sembahyang hajat yang dipimpin oleh TGNA di Stadium Sultan Mohamad ke –IV, seperti yang dilaporkan oleh media alternatif, sehari sebelum PRU-12, ada lah kemuncak kepada kemenangan PR

Berserah dan bertawakkal lah kita sekaliannya. Insyaallah dengan izinNYA, berkat usaha yang telah dibuat selama ini, kejayaan PASti milik kita semua. Amin ! Amin ! Amin !

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA INGIN MERAYU DAN MENCADANGKAN SUPAYA DIADAKAN SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT PERDANA SECARA ISTIQAMAH, BERJEMAAH SELEPAS SEMBAHYANG ISYAK DI SELURUH NEGARA DI SEMUA MARKAS,MASJID, SURAU, TANAH LAPANG DAN JUGA RUMAH MASING – MASING SEPERTI DI BEBERAPA LOKASI TERPILIH, MASJID RUSLIA, MARANG ; DEWAN PUTIK KELANTAN ; TAMAN MELAWATI ; DARUL ULUM KEDAH ; MASJID AL FATAH KUANTAN, DENGAN DIPIMPIN OLEH TOK – TOK GURU ATAU PESURUH JAYA NEGERI – NEGERI. JUGA DI STADIUM – STADIUM BATU KAWAN, PULAU PINANG ; STADIUM DARUL AMAN, KEDAH ; STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK ; STADIUM SHAH ALAM, SELANGOR DAN STADIUM SULTAN MOHAMAD KE – IV, KELANTAN.

Berserta gengan doa dari alim ulamak yang telah terbukti dimakbulkan oleh Allah swt, insyaallah mungkin juga bersama – sama dengan doa dari orang – orang yang pernah dizalimi UMNO/BN,[ dan dalam hal ini SPR ], termasuklah penyokong – penyokong yang pernah terkena semburan air dan kimia water canon atau pernah dipukul dengan belatan oleh FRU atau yang pernah ditembak dengan peluru hidup oleh SB

Memohon perkenan dan mengharapkan pertolongan daripada Allah swt, yang telah memberi kemenangan kepada PR di enam buah negeri dan 82 kerusi parlimen, supaya diberi petunjuk kepada semua pimpinan UMNO/BN dan SPR atau, menghapuskan terus UMNO/BN & SPR, dengan bala, bencana dan azab serta siksa yang pedih ke atas mereka di dunia ini atau pun ditangguhkan hingga ke akhirat nannti, khususnya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR, sekiranya diizinkan oleh Allah swt.

Sejarah telah membuktikan, sejak PRU -1 hingga PRU-11, hampir keseluruhan petisyen yang dikemukakan oleh pembangkang DITOLAK oleh Mahkamah, yang telah dikawal sepenuhnya oleh UMNO/BN.

Sudah 12 kali pilihanraya umum diadakan, nampaknya UMNO/BN terus menerus menggunakan SPR, bagi memenangi pilihanraya, bermaksud memperalatkannya bagi menggagalkan Pakatan Rakyat.

Maaf, pada pengamatan ini, semacam PR tidak pernah serik ditipu atau barangkali pemimpin PR suka dan seronok berterus - terusan ditipu, walhal rakyat terbanyak dan penyokong tidak menghalalkan penipuan ini, termasuk lah penipuan yang akan dan bakal dilakukan dalam petisyen ini. Pemimpin – pemimpin PR terlalu tunduk dan mengalah dengan segala bentuk penipuan oleh jentera UMNO/BA, dalam hal ini SPR. Sehingga kini,nampaknya pemimpin – pemimpin PR terlalu berlembut dengan segala jenis penipuan, semenjak tahun PRU-1 lagi.

Apa pilihan yang kita ada? Menunggu pemimpin – pemimpin UMNO/BN insaf dan diberikan hidayah oleh Tuhan? Adakah pemimpin – pemimpin UMNO/BN ini percaya dengan sebenar - benarnya adanya Tuhan? Adakah pemimpin – pemimpin UMNO/BN ini takut dengan balasan azab Tuhan sekiranya terus - menerus melakukan penipuan – penipuan dalam pilihanraya dulu, kini dan selamanya?

Jawabnya,UMNO/BN yang terasnya nasionalis, dengan semangat kebangsaan, anak haram penjajah yang ditinggalkan, sekali – kali tidak percaya dengan semua hukum – hukum Tuhan. Sesungguhnya, UMNO/BN tidak akan mempercayai semua itu.

Apakah alternatif yang ada kepada pendokong dan penyokong PR, khususnya PAS dan semua yang beragama islam, bagi menghadapi satu lagi penipuan dan penyalahgunaan jentera kerajaan, iaitu Mahkamah dan SPR, jawabnya ialah DOA.

Sekali lagi ditekankan di sini, seharusnya doa diinstitusikan secara optimum oleh PAKATAN RAKYAT, samada memohon diberikan petunjuk kepada SPR atau, kita punya pilihan untuk mengadu kepadaNYA supaya pendokong – pendokong utama SPR dibinasakan, ditimpa azab dan siksa yang pedih di dunia dan juga di akhirat, seperti mana kisah Habil dan Qabil. Kita hantar dan persembahkan PETISYEN ini terus kepada Allah swt, sepertimana UMNO/BN akan persembahkan dan sangat bergantung harap kepada mahkamah dan SPR.

Sekali lagi dirayu, disamping kita PR menggunakan semua saluran yang ada, ada baiknya senjata DOA yang disediakan untuk orang – orang mukmin ini, kita aplikasikan secara menyeluruh……kita adu terus kepada ALLAH yang maha pencipta.

Doakan semoga SPR dan pendokong – pendokong utama, dalam hal ini mahkamah dan hakim – hakim yang telah dan akan dibeli, dimusnah, dibinasa dan ditimpa musibah. Amin

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

16.04.2008

UMNO DULU KINI DAN SELAMA-LAMA BEGITU.....

Tidak ada suatu tanda yang jelas UMNO akan mengambilkira pandangan rakyat selepas sahaja PRU12 baru-baru ini. Selepas perlantikan menteri kabinet nampaknya UMNO mula dengan perangai dan sikap buruk yang lama.

Walaupun pengkritik-pengkritik politik dengan jelas menyatakan pandangan secara terbuka terhadap sikap dan amalan buruk UMNO selama ini yang menyebabkan parti itu semakin ditolak oleh rakyat tetapi nambaknya 'tahi ayam' memang tidak lama panasnya.

Semangat awal selepas PRU12 untuk memperbaiki UMNO secara telus nampak tidak akan kemana dan sememangnya sesuai sekali dengan slogan "UMNO dulu kini dan selama-lamanya"...tak akan berubah.

Kata orang alim kalau seseorang itu hendak bertaubat maka perlulah ia kembali ke pangkal jalan sebelum menjangkau umur 40 tahun tetapi UMNO masih belum bertaubat selepas umurnya 50 tahun.

UMNO masih tidak pernah merasa bersalah memenjarakan orang tanpa dibicara .
UMNO masih mampu mendengar kebenaran .
UMNO masih terus ingin menutup mulut rakyat dari berkata benar.
UMNO masih menggunakan polis untuk menghalang rakyat bersuara.
UMNO masih menyekat kepentingan keperluan rakyat terutama di negeri parti lawan.
UMNO masih tidak profesional dalam berpolitik.
UMNO masih menganggap rakyat Malaysia berfikiran 50 tahun dulu walaupun telah ada rakyatnya ke bulan.

Apakah memang UMNO ini degil atau telah nyanyuk?

loxman7 16.04.08

Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?

Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?
Johari Jaafar
Wed | Apr 16, 08 | 10:26:44 am MYT

IPOH, 16 Apr (Hrkh)- Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.

Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.

ImageMenurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..

Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.

Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas.

"Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat."

"Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya. - mr

Tuesday, April 15, 2008

Keadilan Bantah Tindakan Polis

15 April 2008

Parti Keadilan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan polis ke atas Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Yahya Shari. Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini. Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat.

Pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman. Adalah dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008. Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut.

Kami menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin Keadilan ini merupakan satu bentuk ugutan dan provokasi. Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan. Kami harap secara adil pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain dari pihak kami atau pihak-pihak lain.

Kami juga menganggap tindakan ini sebagai mala fide (berniat jahat). Satu pertemuan telah di adakan di antara pihak polis (termasuk Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan lain-lain), wakil penganjur (Yahya Shari) yang juga pembantu khas Menteri Besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman (Dato’ Rahman dan Dato’ Mokhtar)

Penjelasan telah diberi tentang program perhimpunan. Penjelasan ini diikuti secara bertulis oleh pihak penganjur dan juga oleh Menteri Besar Selangor sendiri. Status perhimpinan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian (private).

Seperti yang diketahui pihak polis, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal. Ia diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman. Perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pihak pegawai polis meminta Saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan. Tidak ada bantahan dari perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis ini. Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

15.04.2008