Wednesday, April 16, 2008

AKHIRNYA TAK TAHAN......

AKHIRNYA TAK TAHAN......
Written by admin on Apr 16th, 2008 | Filed under: Minda

16 Apr | 8.10pm
SELEPAS bermegah dengan kewujudan blognya konon untuk menangkis apa yang disifatkan sebagai ‘fitnah’ oleh penulis blog dan penyokong pembangkang, hari ini Dato’ Seri Utama Mohd Ali Rustam umpama ‘cacing kepanasan’ apabila bukan saja memadam malah menutup terus ruang untuk pengunjung memberi komen di blog beliau.

Selepas kerajaan BN menutup ruang demokrasi di alam nyata, nampaknya amalan buruk pemimpin parti itu mula menjalar di alam siber.

Jika sebelum ini Ketua Menteri Melaka itu beria-ia membuka blog untuk menjawab segala tuduhan oleh Pakatan Rakyat di media alternatif atau blog - selepas media perdana mula ditolak rakyat - nampaknya Naib Presiden Umno itu mula menampilkan sifat pengecutnya.

Jika beliau takut untuk menerima teguran dan komen daripada pengunjung buat apa membuka blog. Jika hanya tujuannya untuk memaparkan pendapat sebelah pihak itu bukan sifat ‘anak jantan’.

Kalau hendak mengemukakan pendapat sendiri rasanya buang masa saja beliau membina blog. Tidak cukupkah lagi paparan di media arus perdana yang saban hari hanya menyiarkan momokan daripada parti pemerintah.

Kononnya beliau ingin memantau 240 blog pihak pembangkang di alam siber. Lepas itu mengarahkan semua Adun BN di Melaka supaya mengadakan blog masing-masing.

Kalau ditutup ruang komen, macam mana rakyat hendak mengajukan segala masalah dan persoalan secara terus. Bukankah komen itu boleh ditapis, kalau rasa yang tidak enak didengar boleh sahaja dipadam terus, bukannya dengan menutup terus ruangan tersebut.

Barangkali tidak tahan setelah dihentam kuat oleh beberapa pihak di blognya, maka beliau mengambil keputusan memadam semua komen berkenaan.

Beberapa blogger mengandaikan tindakan Ali Rustam itu sebagai:

  • Penulisan Ali Rustam yang sesuai untuk orang kampung.
  • Terdapat pemberi komen yang tidak menjaga adab (Sindiran keterlaluan).
  • Langkah membuat ulasan menjadi unmoderated.

Apa malunya mempunyai blog yang “moderated comment“, di blog Anwar Ibrahim pun “moderated comment“. Apa yang hendak dibanggakan sangat ulasan tidak ditapis kalau akhirnya semua ulasan tidak kelihatan.

Mungkin Ali Rustam dicabar oleh pihak tertentu, kalau berani, buka ruangan ulasan seluas-luasnya. Kenapa perlu merasa takut kepada pandangan yang tidak disetujui.

Bukankah selama ini rakyat telah ‘dipaksa’ menerima mentah-mentah semua maklumat dipaparkan di media arus perdana. Kali ini giliran anda pula menerima pandangan rakyat, takkan dah pedih cuping telinga.

Alahai Ali Rustam!

kelantankini

No comments: