Wednesday, April 16, 2008

SPR minta petisyen dibuat sebelum 29 April

SPR minta petisyen dibuat sebelum 29 April
Oleh Azrina Ahzan
BH 12042008 SABTU
Bantahan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan diwarta Selasa lalu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu mengemukakan petisyen di mahkamah tinggi selewat-lewatnya 29 April ini.

Setiausaha SPR, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor, berkata petisyen pilihan raya perlu dikemukakan sebelum atau pada tarikh itu kerana keputusan pilihan raya lalu diwartakan Selasa lalu.

"Mereka yang ingin memfailkan petisyen diminta segera berbuat demikian kerana ia perlu dikemukakan ke mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan iaitu pada 8 April lalu.

Assalaimualaikum wbt………….salam sejahtera

Merujuk kepada kenyataan akhbar oleh SPR seperti di atas bertarikh 12 April 2008 Sabtu, boleh atau tidak diutuskan satu surat menerusi siri - siri DOA, MUNAJAT, SEMBAHYANG HAJAT DAN QIAMULAILAL dan ADUAN RASMI KEPADA ALLAH, di seluruh Negara, secara berkala dan berterusan, sehingga regim UMNO/BN dan SPR tunduk dengan semua tuntutan – tuntutan yang telah dan akan dibuat oleh Pakatan Rakyat?

Saya percaya dan yakin, hanya dengan mengadu kepada ALLAH, [ disamping usaha – usaha dan ikhtiar yang dibenarkan oleh undang – undang diteruskan iaitu mengemukakan petisyen kepada SPR seperti tajuk di atas ], dengan dipimpin oleh ulamak – ulamak PAS, orang – orang kena zalim dan seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan kebenaran, usaha ini akan berjaya, sekiranya dilakukan secara bersungguh – sungguh dan istiqamah . Insyaallah .

Mohon kerjasama webmaster untuk menghantar mesej jelas kepada semua pimpinan PR, khususnya PAS. Mohon kerjasama pimpinan untuk mengeluarkan satu SIARAN AKHBAR, notis dan amaran jelas kepada UMNO/BN dan SPR.

SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT PERDANA PRU -12

PRU 12 ini, telah diperkatakan oleh kesemua orang yang boleh bercakap dan telah ditulis oleh hampir kesemua orang yang boleh menulis, akan kebejatan perjalanan PRU 12 ini, yang telah dipamerkan oleh UMNO/BN & SPR dan telah didedahkan sedemikian rupa oleh PR.

Rasanya telah hampir habis ulasan dan kupasan berserta dengan seribu satu cadangan dikemukakan oleh semua lapisan rakyat di Malaysia ini, dengan idea – idea yang terlalu hebat dan amat memuaskan

Maka dengan itu, sebagai penutup kalam adalah baiknya, seluruh penyokong, pendokong dan pemimpin PR menyerahkan kembali semua urusan PETISYEN PRU 12 ini kepadaNYA, mengadulah kepadaNYA. Kita persembahkan kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat, sepertimana sejarah menunjukkan kepada kita semua persembahan manusia bernama HABIL dan QABIL dalam mencari keredhaan dan petunjuk dariNYA. Kenapa tidak kita yang berjuang ke arah itu TIDAK menggunakannya secara terancang, tersusun, sistematik dan istiqamah, TIDAK memaksimakan penggunaannya? bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN?

Kita semua harus mempunyai keyakinan, berkat doa, munajat dan sembahyang hajat yang dipimpin oleh TGNA di Stadium Sultan Mohamad ke –IV, seperti yang dilaporkan oleh media alternatif, sehari sebelum PRU-12, ada lah kemuncak kepada kemenangan PR

Berserah dan bertawakkal lah kita sekaliannya. Insyaallah dengan izinNYA, berkat usaha yang telah dibuat selama ini, kejayaan PASti milik kita semua. Amin ! Amin ! Amin !

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAYA INGIN MERAYU DAN MENCADANGKAN SUPAYA DIADAKAN SEMBAHYANG HAJAT, DOA DAN MUNAJAT PERDANA SECARA ISTIQAMAH, BERJEMAAH SELEPAS SEMBAHYANG ISYAK DI SELURUH NEGARA DI SEMUA MARKAS,MASJID, SURAU, TANAH LAPANG DAN JUGA RUMAH MASING – MASING SEPERTI DI BEBERAPA LOKASI TERPILIH, MASJID RUSLIA, MARANG ; DEWAN PUTIK KELANTAN ; TAMAN MELAWATI ; DARUL ULUM KEDAH ; MASJID AL FATAH KUANTAN, DENGAN DIPIMPIN OLEH TOK – TOK GURU ATAU PESURUH JAYA NEGERI – NEGERI. JUGA DI STADIUM – STADIUM BATU KAWAN, PULAU PINANG ; STADIUM DARUL AMAN, KEDAH ; STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK ; STADIUM SHAH ALAM, SELANGOR DAN STADIUM SULTAN MOHAMAD KE – IV, KELANTAN.

Berserta gengan doa dari alim ulamak yang telah terbukti dimakbulkan oleh Allah swt, insyaallah mungkin juga bersama – sama dengan doa dari orang – orang yang pernah dizalimi UMNO/BN,[ dan dalam hal ini SPR ], termasuklah penyokong – penyokong yang pernah terkena semburan air dan kimia water canon atau pernah dipukul dengan belatan oleh FRU atau yang pernah ditembak dengan peluru hidup oleh SB

Memohon perkenan dan mengharapkan pertolongan daripada Allah swt, yang telah memberi kemenangan kepada PR di enam buah negeri dan 82 kerusi parlimen, supaya diberi petunjuk kepada semua pimpinan UMNO/BN dan SPR atau, menghapuskan terus UMNO/BN & SPR, dengan bala, bencana dan azab serta siksa yang pedih ke atas mereka di dunia ini atau pun ditangguhkan hingga ke akhirat nannti, khususnya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR, sekiranya diizinkan oleh Allah swt.

Sejarah telah membuktikan, sejak PRU -1 hingga PRU-11, hampir keseluruhan petisyen yang dikemukakan oleh pembangkang DITOLAK oleh Mahkamah, yang telah dikawal sepenuhnya oleh UMNO/BN.

Sudah 12 kali pilihanraya umum diadakan, nampaknya UMNO/BN terus menerus menggunakan SPR, bagi memenangi pilihanraya, bermaksud memperalatkannya bagi menggagalkan Pakatan Rakyat.

Maaf, pada pengamatan ini, semacam PR tidak pernah serik ditipu atau barangkali pemimpin PR suka dan seronok berterus - terusan ditipu, walhal rakyat terbanyak dan penyokong tidak menghalalkan penipuan ini, termasuk lah penipuan yang akan dan bakal dilakukan dalam petisyen ini. Pemimpin – pemimpin PR terlalu tunduk dan mengalah dengan segala bentuk penipuan oleh jentera UMNO/BA, dalam hal ini SPR. Sehingga kini,nampaknya pemimpin – pemimpin PR terlalu berlembut dengan segala jenis penipuan, semenjak tahun PRU-1 lagi.

Apa pilihan yang kita ada? Menunggu pemimpin – pemimpin UMNO/BN insaf dan diberikan hidayah oleh Tuhan? Adakah pemimpin – pemimpin UMNO/BN ini percaya dengan sebenar - benarnya adanya Tuhan? Adakah pemimpin – pemimpin UMNO/BN ini takut dengan balasan azab Tuhan sekiranya terus - menerus melakukan penipuan – penipuan dalam pilihanraya dulu, kini dan selamanya?

Jawabnya,UMNO/BN yang terasnya nasionalis, dengan semangat kebangsaan, anak haram penjajah yang ditinggalkan, sekali – kali tidak percaya dengan semua hukum – hukum Tuhan. Sesungguhnya, UMNO/BN tidak akan mempercayai semua itu.

Apakah alternatif yang ada kepada pendokong dan penyokong PR, khususnya PAS dan semua yang beragama islam, bagi menghadapi satu lagi penipuan dan penyalahgunaan jentera kerajaan, iaitu Mahkamah dan SPR, jawabnya ialah DOA.

Sekali lagi ditekankan di sini, seharusnya doa diinstitusikan secara optimum oleh PAKATAN RAKYAT, samada memohon diberikan petunjuk kepada SPR atau, kita punya pilihan untuk mengadu kepadaNYA supaya pendokong – pendokong utama SPR dibinasakan, ditimpa azab dan siksa yang pedih di dunia dan juga di akhirat, seperti mana kisah Habil dan Qabil. Kita hantar dan persembahkan PETISYEN ini terus kepada Allah swt, sepertimana UMNO/BN akan persembahkan dan sangat bergantung harap kepada mahkamah dan SPR.

Sekali lagi dirayu, disamping kita PR menggunakan semua saluran yang ada, ada baiknya senjata DOA yang disediakan untuk orang – orang mukmin ini, kita aplikasikan secara menyeluruh……kita adu terus kepada ALLAH yang maha pencipta.

Doakan semoga SPR dan pendokong – pendokong utama, dalam hal ini mahkamah dan hakim – hakim yang telah dan akan dibeli, dimusnah, dibinasa dan ditimpa musibah. Amin

- Ulit Mayang (Ulit_mayang@yahoo.com)

16.04.2008

No comments: