Sebelum ini Cucu ada mendedahkan perihal filem "Dunia Baru The Movie" yang dilihat secara jelas telah menghina Islam pabila terdaapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid "Sepohon Kayu". Lagu yang telah sekian lama dikenali sebagai lagu yang berunsur dakwah yang menyuruh umat Islam dan manusia didunia ini menunaikan solat (sembahyang) serta siksaan yang bakal diterima diakhirat kelak bila mereka engkar suruhan Allah ini. Lagu tersebut, selama ini tidak pernah dinyanyikan dalam keadaan maksiat. Filem berkenaan jelas telah menghina Islam berlandaskan kepada adengan yang memapar secara jelas unsur maksiat dalam persembahannya. Sudahlah penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan muzik yang mengiringi lagu tersebu, jelas bertentangan dengan unsur dakwah yang terkandung didalamnya. Punah ranah dibuatnya pabila lagu "Sepohon Kayu" diiringi oleh muzik rock dan kemudian metal. Memang cukup kecewa bila kita melihatnya.
Sila klik Untuk lihat Sepohon Kayu Dunia Baru The Movie
Sangkaan kita kisah penghinaan Islam dalam filem ini berakhir disitu sahaja. Rupanya tidak, sebelum filem berkenaan telah ada beberapa buah filem Melayu yang mempunyai agenda yang sama, bahkan lebih teruk dari itu. Antara yang paling teruk dan biadap ialah, filem arahan Yasmin Ahmad yang bertajuk "Gubra". Filem ini jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa Islam itu telah dihina secukup-cukupnya. Namun, dek kerana pemimpin Islam Hadhari mungkin bersetuju dengan perkara ini, maka pengarah filem berkenaan langsung tidak diambil tindakan. Apatah lagi, tidak ramai ulamak dan cendiakawan Islam di malaysia yang menyedari perkara ini. Maklumlah mereka tidak pergi ke panggung dan sememangnya tidak tertarik untuk menyaksikan filem-filem melayu atau pun sebagainya. Mungkin filem ini juga telah disiarkan dikaca TV, namun tidak ramai yang perasan akan perkara ini. Atau mungkin juga terlepas pandang agaknya. Dan, mungkinjuga perkara ini tidak disedari memandangkan mereka-mereka yang gemar menonton filem-filem di pawagam, jiwa dan hatinya sudah tidak lagi sensitif kepada isu-siu seperti ini. Apa yang peliknya filem "Gubra" telah menang banyak anugerah dalam festival filem Malaysia ketika itu. Bahkan anak kepada pengarah berkenaan, Sharifah Amani juga telah dipilih sebagai pelakon popular, yang menggemparkan seluruh negara bila beliau menghina pula Bahasa Melayu ketika membuat ucapan selepas menerima anugerah berkenaan. Inilah dasar dan pemikiran sekular yang telah ditanam dalam jiwa anak-anak muda generasi baru Islam Hadhari ini.
Soalnya disini ialah, mengapakah bila pengarah filem Belanda menerbitkan filem pendek "Fitna", bukan main kerajaan Hadhari dan UMNO melenting. Walhal, filem itu hanya dapat disaksikan di Youtube semata-mata, dan tidak pun ditayangkan di negara ini. Tambahan pula, filem berkenaan hanyalah selama 15 minit sahaja adengannya jika nak dibandingkan dengan "Gubra" dan "Dunia Baru The Movie" yang memakan masa selama hampir dua jam lamanya. Soalnya, apakah di Malaysia ia tidak dinamakan menghina, bila berlaku di dunia bukan main lagi melentingnya kita. Yang menjadi juara ialah Pemuda UMNO yang diketuai oleh Bekas Imam Besar Masjid Hadhari, Pirdas Ismail yang tewas di tangan Wan Azizah di Permatang Pauh dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Kita harap dengan tersiarnya berita ini maka Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Zahid Hamidi dan pasangannya Mashitah Ibrahim dalam melakukan sesuatu untuk memantau perkara ini. Biarpun kes ini sudah terlepas, namun filem tersebut masih lagi disiarkan di kaca TV terutamanya di saloran Astro Prima. Kita tidak mahu, minda dan pemikiran generasi muda kita terus "dilacurkan" dengan unsur-unsur sekularisme yang dibawa oleh insan yang sememangnya telah terdidik dengan acuan barat ini. Cuba lihat sendiri adengan yang dipaparkan ini.
Sila klik Untuk lihat Filem Gubra Hina Islam
Cuba lihat gelagat para pelajar sekolah ini. Mereka sedikitpun tidak rasa segan silu bermain dengan anjing tanpa memikirkan apakah hukumnya dari sudut pandangan Islam. Lebih menyedihkan para pelajar ini semua bertudung litup. Mungkinkan ini kerana mereka terpengaruh dengan adengan yang terdapat dalam filem "Gubra" itu?. Ini sungguh bahaya, apakah ini generasi yang ingin dilahirkan oleh pemipin negara Islam Hadhari seperti malaysia ini? Fikrikanlah...
Sila klik untuk lihat Pelajar Sekolah Pegang Anjing
Ulasan lanjut mengenai perkara ini sila baca artikel Blogger Faisal Tehrani atas tajuk Gubra Yang Sesat lagi Menyesatkan. Sebarkan meklumat ini dan sama-samalah kita mengambil ikhtibar akan kejadian ini. Ini bermakna Malaysia sebagai sebuah negara Islam lebih teruk dari negara barat sebenarnya. Sebelum ini juga ada seorang artis wanita yang menghina isteri Nabi Muhammad SAW, perihal umurnya. Sikap biadap ini telah menyebabkan beliau digam dan rancangan TV yang memaparkan adengan tersebut telah ditamatkan serta merta. Tapi bagaimana pula dengan pengarah filem Yasmin Ahmad dan M.Hitler Zami ini? Apakah beliau dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan Islam Hadhari sama seperti Rosnah?
Maka itu, marilah kita bebaskan negara kita dari terus dicengkam dengan dasar-dasar penjajah yang akan merosakkan akhlak dan akidah generasi kita akan datang. Buatlah perubahan demi masa depan Islam yang lebih gemilang.
[Sama-samalah kita mengambil iktibar akan kejadian ini, selama ini "kuman di seberang laut kerajaan kita nampak, gajah di tempat sendiri tak nampak". Inilah padahnya, akibat dasar yang mementingkan sekular menyebabkan umat Islam terus diberlenggu dengan kealpaan dan akan terus hilang punca jika tidak diperbetulkan mulai sekarang. Klik www.cucumatkilau.blogdrive.com untuk banyak lagi berita panas dan sensasi]
[Sila Ke Blog Cucumatkilau]
- Cucu Mat Kilau
21.04.2008
No comments:
Post a Comment