| Azamin Amin Sun | May 25, 08 | 11:23:34 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menggesa agar Kementerian Pelajaran merujuk kepada para mufti atau ulama untuk mendapatkan nasihat berhubung isu pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang dilihat sebagai salah satu penyumbang peningkatan kes gangguan dan jenayah seksual di kalangan pelajar. Isu pakaian seragam sekolah: Menteri Pelajaran digesa rujuk Mufti, ulama Ia bukan sahaja melibatkan soal pakaian tetapi sebaliknya menggesa agar satu langkah berkesan diambil secara menyeluruh disamping menyediakan persekitaran yang selamat dan aman dari anasir maksiat dan mungkar di kalangan pelajar sekolah . "Cadangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) agar menukar baju putih yang menjadi uniform pelajar sekolah sebelum ini kepada pakaian berwarna adalah suatu yang sangat baik dan wajar. "Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan mungkar ," katanya yang dipetik dalam satu kenyataannya semalam. Katanya peningkatan jenayah dan gangguan seksual di kalangan pelajar sekolah semakin parah dan pihak Kementerian tidak sewajarnya memandang sebelah mata dan hanya mengeluh setiap kali kes baru membabitkan jenayah seksual pelajar sekolah dilaporkan. "Islam telah menggariskan etika berpakaian dan imej penampilan bagi mengurang dan mengelakkan jenayah seksual ini berlaku secara berleluasa. "Menutup aurat dan berpakaian sopan serta sesuai agar tidak menampakkan bentuk tubuh dan bayang pakaian dalam , adalah suatu yang asas dalam Islam bagi menjamin ketenangan dan keselamatan kaum wanita itu sendiri," kata Nasrudin. Pemuda PAS katanya sangat yakin bahawa apa yang telah dicadangkan oleh PKPIM itu bukan sahaja telah didahului oleh kajian dan penelitian terhadap kes yang berlaku tetapi juga mewakili keresahan dan kegelisahan ibubapa berkait dengan peningkatan kes cabul, zina ,salah laku dan rogol yang melibatkan pelajar sekolah . Perkara seperti tidak boleh dianggap remeh dan dipandang kecil kerana ia boleh mengundang musibah malah pihak Kementerian Pelajaran digesa membuat kajian semula terhadap uniform pelajar sekolah dengan mengambil kira cadangan dan pandangan dari pelbagai pihak, katanya. |
Kearah masyarakat Malaysia baru yang punya hargadiri yang tinggi,bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia sekeliling di samping punya nilai pegangan agama yang teguh dan tegas.
Saturday, May 24, 2008
Isu pakaian seragam sekolah: Menteri Pelajaran digesa rujuk Mufti, ulama
Friday, May 23, 2008
Isu baju kurung seksi: PKPIM diserang, mana pemimpin-pemimpin Islam?
Friday, May 16, 2008
NGO kesal Speaker Dewan Rakyat tolak usul mengenai Palestin
| Harakahdaily Fri | May 16, 08 | 4:31:01 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 16 Mei - Sekretariat Kebangsaan Memperingati Nakbah 60 Tahun Palestin menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap sikap Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul mengenai perkara tersebut di Parlimen semalam. Bagi mereka usul yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan perkara yang harus disegerakan demi kepentingan keadilan sejagat. Dalam surat bantahan dihantar ke Parlimen dan salinannya diemailkan kepada Harakah, jawatankuasa turut mengesa Dewan Rakyat menerima kembali usul yang ditolak. Berikut disiarkan surat bantahan kepada Speaker:
JAWANTANKUASA KEBANGSAAN MEMPERINGATI NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN Sekretariat : Citizen International, 10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Penang, Malaysia .Tel 04-8284648 Fax 04 -8284648 email : cizs@streamyx.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
16 hb Mei 2008 KEPADA YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Amin YB Tan Sri, BANTAHAN DAN KESAL TERHADAP PENOLAKAN USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT UNTUK MEMPERINGATI NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN Kami mengambil perhatian berat terhadap penolakan usul seperti tersebut di atas yang telah di bawa oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato�Seri Abdul Hadi Awang pada 15 hb Mei 2008 di sidang Parlimen. Kami dengan ini membantah dan menyatakan kekesalan yang sangat mendalam terhadap keputusan yang telah diambil oleh pihak YB apabila menolak usul tersebut dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. Apakah penderitaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang ini dimana keadaan khususnya di Gaza sangat parah akibat tindakan zalim Israel iaitu tenaga elektrik diputus, bekalan air bersih disekat, khidmat asas dihentikan, kemudahan asas dimusnahkan, rawatan kesihatan semuanya tersekat, rumah dimusnahkan, rakyat dikepung sehingga tidak boleh masuk atau keluar dari Gaza � boleh dianggap tidak perlu disegerakan! Kami sangat kesal dengan sikap tidak berperi kemanusiaan yang ditunjukkan oleh pihak YB sehingga membuat keputusan menolak usul ini dengan alasan yang samasekali tidak boleh diterima. Kami dengan ini menyatakan pendirian dan sikap kami yang tegas bahawa pihak YB perlu menjadikan Parlimen sebagai wadah wakil-wakil rakyat Malaysia berpeluang juga berperanan untuk menyuarakan perasaaan dan pendirian mengenai isu kemanusian dan keadilan di peringkat antarabangsa. Kami telah menghantar petisyen khas kepada semua 15 anggota Majlis Keselamatan PBB melalui pejabat PBB di Kuala Lumpur pada jam 11 pagi, 16 hb Mei 2008 bersama dengan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia, 30 NGO dan 82 Ahli Parlimen sebagai pernyataan kami menuntut agar hak rakyat Palestin perlu segera dikembalikan serta kezaliman Zionis Yahudi dihentikan. Kami terus mendesak supaya YB menimbangkan agar usul tersebut diterima dalam sidang Parlimen ini sebagai menunjukan keperihatinan Parlimen Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin. Kami mengharapkan maklumbalas dari pihak YB. Keperihatianan YB kami dahului ribuan terima kaseh. Sekian, Wassalam Mohd Azmi Abdul Hamid
Disepakati bersama oleh : 1. Citizens International |
Monday, May 12, 2008
Pengakuan 2 Chef Hotel 5 Bintang yang menggerunkan!
| Pengakuan 2 Chef Hotel 5 Bintang yang menggerunkan! Posted on Thursday, May 08 @ 19:23:23 MYT by reformis |
Petikan e-grupPada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 petang, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.
Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang dihidangkan di hotel 5 bintang.
Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang.
Maklumlah, setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang haram?
Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?
Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam restoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua).
Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef.
Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.
Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintanglah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan arak ketika memasak di dapur sini.
Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup.
Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.
Selain daripada arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK".
Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas.
Yang memakan masakan itu pula ialah kita.
Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci.
Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh . Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak.
Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....
Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...".
Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.
JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.
Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan.
Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.
Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.
Monday, May 5, 2008
Bangsa Melayu lemah kerana tidak yakin pada diri dan agama
| | | |
| Oleh Mohd Sayuti Omar | |
| Isnin, 05 Mei 2008 | |
| MEREKA yang bimbang dengan nasib dan masa depan Melayu tidak pernah merasa letih mengajak dan menyeru agar orang Melayu bersatu. Berbagai persidangan, perjumpaan, perbincangan, seminar dan kongres ke arah itu juga telah, sedang dan akan dilangsungkan. Kalau hendak dikira telah berjela-jela resolusi dan keputusan diambil mengenai perpaduan Melayu. Alasan dan hujah menekankan perlunya Melayu bersatu serta kebimbangan nasibnya di masa depan yang diberikan sudah cukup dan jelas kenapa Melayu perlu bersatu. Namun itu tidak membuahkan hasil lumaya dan seolah-olah bangsa Melayu ketika ini sedang berada di era sebelum terwujudnya Malay Union - berpecah dan bodoh untuk bersatu! Kenapa desakan ke arah perpaudan Melayu bergema ialah kerana kedudukan dan kepentingan Melayu kian terancam. Dari masa ke semasa kekuasaan Melayu terhakis dan jaminan dalam perlembagaan juga longgar. Siapa yang merenggangkannya? Orang Melayu juga. Maka oleh mereka yang prihatin dan bimbang kepada nasib Melayu menghimpun berbagai data dan fakta menunjukkan kelemahan Melayu untuk disedari. Dari data ekonomi kepada sosial dan berakhir kepada data politik. Data-data dan fakta itu semua menunjukkan mengenai keruncingan masa depan dan nasib bangsa Melayu. Serentak dengan itu juga segala sendi dan baji yang boleh mengukuhkan kedudukan dan kuasa Melayu diketuk dan dibelek semula. Dalam pada itu tidak kurang juga berberapa kesalan dilepaskan dengan helaan nafas yang tidak puas dan semput. Seolah-olah kedudukan Melayu kini amat sukar untuk dipulihkan. Kita tidak menolak dan menafikan akan kelemahan dan ketidaktentuan nasib Melayu 10 atau 30 tahun akan datang. Saya sendiri cukup yakin status quo yang ada kini akan berubah! Melayu pasti akan menghadapi perang besar di negaranya sendiri. Melayu akan jadi dagang di tanah airnya sendiri. Fitrah atau gejala semula jadi ini tidak terelak. Apa yang termampu dilakukan (kalau boleh) hanya melambatkan putaran atau ketibaan tarikh dan saat itu saja. Jika orang Melayu tidak bingkas dan berusah nescaya tarikh itu akan menjadi lebih cepat daripada tempoh sepatutnya. Persoalannya kini dan jarang orang Melayu cuba memahaminya, kenapa berlaku masalah itu semua? Kenapa Melayu berpecah dan lemah? Sepatutnya lagi matang kemerdekaan negara itu lagi kukuh persaudaraan dan silaturahim bangsa tonggaknya. Kalau persoalan ini terjawab saya kira Melayu tidak payah susah dan gaduh. Dari dulu lagi saya telah mengutarakan kelemahan orng Melayu sehingga memungkinkan akan kehilangan segala hak dan kepentingannya suatu hari nanti kerana orang Melayu tidak yakin kepada diri sendiri. Mereka tidak percaya kepada sesama sendiri. Mereka lebih bersedia mendengar janji dan mudah terpesona dengan sandiwara orang lain berbanding saudara sendiri. Orang Melayu juga bersikap tidak apa... dan terlalu tolenrasi; tidak mempercayai bahawa musuh Melayu ialah kaum lain dan menerima hasutan lain bahawa musuh satu pihak Melayu itu ialah Melayu juga. Kita lebih banyak membela tetamu daripada memberi makan dan peduli kepdaa anggota keluarga sendiri! Dalam konteks ini ialah Melayu berbangsa Umno sangat percaya kepada rakan kongsi mereka dan apa yang dirangkakan oleh penjajah menjadi pegangan yang tidak boleh dilepas dan dirombak. Walhal dalam masa sama orang lain sudah berkali-kali mahu merombak kerangka itu untuk kepentingan mereka. Manakala kerangka bikinan penjajah itu adalah bom jangka yang dikira akan meletus bila tiba masanya. Bangsa Melayu Umno tidak percaya kepada bangsanya sendiri. Lantas mereka lebih mempercayai dan senang berfikir dan berbincang dengan bangsa lain. Bangsa Melayu Umno melihat bangsa Melayu lain seperti Pas dan PKR sebagai musuhnya yang akan merampas kuasa politik mereka tanpa mereka mencongak bahawa rakannya itu juga berfikiran sama seperti Pas dan PKR. Tanpa disedari oleh bangsa Melayu Umno hubungan dan kepercayaan yang mereka berikan itu perlahan-lahan diambil kesempatan oleh rakan mereka untuk mengukuhkan kedudukannya. Mereka tidak sedar dan tidak mahu belajar untuk sedar. Perpaduan nasional, tragedi 13 Mei terus dijadikan pesaka dan azimat untuk terus mempercayai dan melindungi rakan-rakannya itu. Sedangkan si rakan itu menggunakan kebaikan Umno ini untuk meletakakan mereka sama taraf dengan Melayu. Perlahan-lahan desakan dibuat agar segala yang menghalang dan mengikat mereka daripada duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum Melayu dibuang dan dihapuskan. Malangnya lagi, bangsa Melayu Pas yang kecewa dengan tindakan bangsa Umno itu mula mencari formula sendiri. Bahayanya mereka juga terikut dengan cara Umno mendekati bangsa lain dan menjadi rakan kongsi dalam perdagangan politik. Pas bersedia mengadaikan maruah dan prinsip perjuangannya. Apabila Pas juga sudah mengikut rentak politik Umno maka orang Melayu sudah tidak ada pilihan dan alternatif lain lagi. Keadaan ini menjadikan bangsa Melayu semakin cemas dan Selain itu ketidakyakinan bangsa Melayu kepada agamanya sendiri juga menjadi faktor melemahkan Melayu. Mereka tidak yakin agama memberi mereka kekuatan - hasanah. Perpaudan dan ukhwah menerusi agama menjamin keselamaatan di dunia dan akhirat tidak diyakini dan beranggapan itu sebagai ritual agama (omongan kosong kaum spritual) saja dan menjadi penghalaang besar kepada kerja mendapat kuasa politik duniawi. Kepada Pas mungkin mereka perlu meralat tindakan atau polisi politik mereka ke belakangan ini yang agak terpesong. Kononnya ia dilakukan atas nama pembaharuan dan berpijak di bumi nyata, sedangkan bumi yang bakal dipijak adalah atas tanah lembut dan tanah jerlus! Apakah yang mereka kejarkan dalam perjuangan, apakah pangkat ataupun kelangsungan perjuangan menegakkan agama? Nampaknya Pas juga terkeliru dan berada dalam debu kekaburan mengenai hal ini. Kesimpulannya apa yang menjadi penyebabkan kepada kelemahan dan kehancuran Melayu ialah pertama kerana sikap tidak yakin Melayu kepada diri sendiri - sesama Melayu iaini Umno kepada Pas, dan kedua ketidakyakinan mereka kepada kesejahteraan yang dijamin oleh agama. Kalau mereka dapat memulihkan situasi ini kedudukan Melayu dan kuasanya pasti akan terjamin dan tidak perlu dibimbangi seperti hari ini. Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang |
Kebebasan akhbar: Malaysia ditangga 141 dari 195 negara di dunia
Oleh Webmaster KLpos
Isnin, 05 Mei 2008
KL: Kajian antarabangsa baru-baru ini meletakkan Malaysia pada tangga ke 141 daripada 195 negara yang dikaji dalam senarai kedudukan kebebasan akhbar, kata Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurutnya, kajian yang diusahakan oleh Freedom House itu bermakna Malaysia tergolong dalam kategori "negara yang
tidak bebas" bersama dengan negara-negara di Benua Afrika seperti Cameron dan Libya.
"Media merupakan sumber utama penyibaran maklumat dalam usaha membentuk sebuah negara bertamadun. Justeru kebebasan media adalah antara intipati penting bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.
Kepentingan peranan media yang bebas ini diakui sejagat apabila 3hb Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.
Jelas beliau, sikap kerajaan BN yang mengongkong media perdana maka wujud ribuan pejuang-pejuang siber pada pilihanraya ke 12 yang lalu. Para pejuang siber telah mencorak iklim politik negara dengan membentuk Tsunami Politik
lalu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Barisan Nasional.
"Perdana Menteri sendiri telah mengakui kehebatan pejuang siber ini malangnya beliau tidak pula mengambil iktibar daripadanya. Tindakan pihak berkuasa menyoal siasat salah seorang penulis blogger terkenal dan seorang kolumnis akhbar The Sun di ambang Hari Kebebasan Media Sedunia menunjukkan kerajaan masih gagal memahami tuntutan massa," katanya.
Menurutnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional seharusnya maklum dengan arus globalisasi dan maklumat tanpa sempadan.
Apatah lagi negara ini telah merdeka lebih setengah abad. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka untuk turut serta membangunkan negara dan menikmati arus pembangunan tersebut.
"Justeru Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menggesa kerajaan jangan lagi menongkah arus. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan harus dikaji semula agar sesuai dengan kehendak zaman. Akta Kebebasan Maklumat hendaklah digubal segera sebagai langkah awal mewujudkan pentadbiran yang telus dan penuh pertanggungjawaban.
"Akhirnya, saya mewakili seluruh Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mengucapkan terima kasih kepada semua wartawan, aktivis dan para pejuang siber yang tidak jemu-jemu berjuang menuntut kebebasan media. Saya harap usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ruang demokrasi terus berkembang," kata beliau.
[ Kembali ]
Saturday, May 3, 2008
Betapa Mahal Harga Minyak Petrol Negara Kita
Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45
Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.
Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.".
http://anakbapa.blogspot.com/2008/05/betapa-mahal-harga-minyak-petrol-negara.html
04.05.2008
Thursday, May 1, 2008
Ketua Pembangkang desak kerajaan bebaskan tahanan ISA tanpa syarat
SESI soalan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini tergendala hampir setengah sejam apabila beberapa wakil rakyat sering mempersoalkan peraturan mesyuarat.
Gangguan ini menyebabkan soalan pertama dapat dikemukakan selepas 20 minit sesi itu bermula untuk dijawab perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beberapa anggota parlimen termasuk Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) terus membangkitkan lagi soal peraturan mesyuarat sehingga mendorong yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berulang kali meminta mereka duduk untuk meneruskan sesi soal jawab.
Setelah hampir sejam kemudian, barulah soalan kedua dapat diteruskan.
Keseluruhannya hanya tiga soalan dapat dijawab setelah tempoh sesi soal-jawab selama satu setengah jam berakhir pada pukul 11.30 pagi.
Persidangan bermula dengan pengumuman pelantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) sebagai ketua pembangkang.
Sesi pertama sidang pertama penggal ke-12 disiarkan secara langsung di RTM 1, satu langkah baru selepas pembangkang meraih jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya umum.
Ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Dr Wan Azizah mendesak kerajaan membebaskan tanpa syarat tahanan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau membicarakan mereka dalam mahkamah terbuka.
Beliau berkata sejak digubal pada 1960, ISA telah menjadi alat paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa dibicarakan di mahkamah.
“Akta ini telah menyekat kebebasan individu, meningkatkan kuasa eksekutif, melemahkan kuasa mahkamah daripada menyemak sebarang ketidakadilan dan menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia.
“Sejak ISA diperkenalkan, sejumlah 10,711 orang menjadi tahanan di bawah akta itu,” katanya.
Terdapat 70 tahanan lagi yang masih meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata Malaysia tidak perlu lagi mempunyai akta seperti itu sekiranya kerajaan benar-benar mengamalkan sistem demokrasi.
“ISA diwujudkan semasa negara menghadapi ancaman darurat tetapi sehingga kini selepas negara merdeka, akta itu masih diteruskan… ini tidak perlu,” katanya.
Sementara Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sebaliknya berkata ISA perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan negara tidak tergugat, terutamanya memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk.
Sidang dewan ditangguh sehingga Isnin. - Malaysiakini



