Harakahdaily Fri | May 16, 08 | 4:31:01 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 16 Mei - Sekretariat Kebangsaan Memperingati Nakbah 60 Tahun Palestin menyatakan bantahan dan kekesalan mereka terhadap sikap Speaker Dewan Rakyat yang menolak usul mengenai perkara tersebut di Parlimen semalam. Bagi mereka usul yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan perkara yang harus disegerakan demi kepentingan keadilan sejagat. Dalam surat bantahan dihantar ke Parlimen dan salinannya diemailkan kepada Harakah, jawatankuasa turut mengesa Dewan Rakyat menerima kembali usul yang ditolak. Berikut disiarkan surat bantahan kepada Speaker:
JAWANTANKUASA KEBANGSAAN MEMPERINGATI NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN Sekretariat : Citizen International, 10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Penang, Malaysia .Tel 04-8284648 Fax 04 -8284648 email : cizs@streamyx.com
16 hb Mei 2008 KEPADA YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Amin YB Tan Sri, BANTAHAN DAN KESAL TERHADAP PENOLAKAN USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT UNTUK MEMPERINGATI NAKBAH 60 TAHUN PALESTIN Kami mengambil perhatian berat terhadap penolakan usul seperti tersebut di atas yang telah di bawa oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato�Seri Abdul Hadi Awang pada 15 hb Mei 2008 di sidang Parlimen. Kami dengan ini membantah dan menyatakan kekesalan yang sangat mendalam terhadap keputusan yang telah diambil oleh pihak YB apabila menolak usul tersebut dengan alasan ia tidak perlu disegerakan. Apakah penderitaan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang ini dimana keadaan khususnya di Gaza sangat parah akibat tindakan zalim Israel iaitu tenaga elektrik diputus, bekalan air bersih disekat, khidmat asas dihentikan, kemudahan asas dimusnahkan, rawatan kesihatan semuanya tersekat, rumah dimusnahkan, rakyat dikepung sehingga tidak boleh masuk atau keluar dari Gaza � boleh dianggap tidak perlu disegerakan! Kami sangat kesal dengan sikap tidak berperi kemanusiaan yang ditunjukkan oleh pihak YB sehingga membuat keputusan menolak usul ini dengan alasan yang samasekali tidak boleh diterima. Kami dengan ini menyatakan pendirian dan sikap kami yang tegas bahawa pihak YB perlu menjadikan Parlimen sebagai wadah wakil-wakil rakyat Malaysia berpeluang juga berperanan untuk menyuarakan perasaaan dan pendirian mengenai isu kemanusian dan keadilan di peringkat antarabangsa. Kami telah menghantar petisyen khas kepada semua 15 anggota Majlis Keselamatan PBB melalui pejabat PBB di Kuala Lumpur pada jam 11 pagi, 16 hb Mei 2008 bersama dengan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia, 30 NGO dan 82 Ahli Parlimen sebagai pernyataan kami menuntut agar hak rakyat Palestin perlu segera dikembalikan serta kezaliman Zionis Yahudi dihentikan. Kami terus mendesak supaya YB menimbangkan agar usul tersebut diterima dalam sidang Parlimen ini sebagai menunjukan keperihatinan Parlimen Malaysia terhadap nasib rakyat Palestin. Kami mengharapkan maklumbalas dari pihak YB. Keperihatianan YB kami dahului ribuan terima kaseh. Sekian, Wassalam Mohd Azmi Abdul Hamid
Disepakati bersama oleh : 1. Citizens International |
Kearah masyarakat Malaysia baru yang punya hargadiri yang tinggi,bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia sekeliling di samping punya nilai pegangan agama yang teguh dan tegas.
Friday, May 16, 2008
NGO kesal Speaker Dewan Rakyat tolak usul mengenai Palestin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment