Tuesday, December 2, 2008

Aku Jawab Pencacai-Pencacai Umno Dalam TKO

dulu_pas Wrote :
Saudara...salam persaudaraan Islam dari saya...Doa semoga kita semua akan sentiasa dirahmati Allah selalu.
Saudara...Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini, golongan2 yang Pro-PAS mula gentar dengan Thread-thread yang diposting oleh mereka2 yang Pro-UMNO..Ini terbukti apabila banyak Thread dari Pro-UMNO di'locked' atau 'dihilangkan' dari laman forum TKO..Mengapa ini terjadi?..Jawapan yang mudah adalah mereka gentar apabila ramai forumers2 mula beralih arah kepada UMNO..Terbukti pendekatan ilmiah yang dibawa oleh Pro-UMNO ini berjaya mengurangkan fahaman politik taksub PAS..Sudah tidak banyak kata2 kesat, hukum menghukum, caci maki dan sebagainya..Ini adalah berkat kesungguhan pihak Pro-UMNO di TKO ini untuk mencegah apa yang dilarang oleh Allah dan Al-Quran.
Saudara..Saya harap pihak Pro-UMNO akan terus bersuara bagi menunjukkan jalan kepada golongan Pro-PAS ini supaya mereka tidak hanya mengaku sebagai 'pejuang atau orang Islam' sedangkan akidah, tingkah laku dan pemikiran mereka amat lari dari ajaran Islam sebenar..Anggaplah kita di sini seperti berjidah iaitu membawa segolongan saudara kita di dalam PAS menuju ke arah Islam yang sebenar..Kepada rakan2 saya, salam perjuangan dari saya...Yakinlah Allah bersama2 kita..InsyaAllah.
Fikir2kan!!



INI AKU JAWAB:-
Aku dah lama mengikut hujah-hujah mamat Si dulu_ pas yang aku yakin tak pernah masuk PAS pun dan tak pernah sokong PAS pun pada hakikatnya. Dia tuduh hujah orang PAS tak Ilmiah. Sebenarnya dia yang tidak pernah mengenali PAS apatah lagi dia tak pernah mengenali orang Islam pun.Tak apalah, mungkin orang PAS di TKO ni bukan orang cerdik pandai macam pencacai UMNO tetapi pencacai UMNO jangan lupa, masa Islam diseru oleh Nabi kita dulu memang golongan yang daif dan tertindas dan kurang cerdik inilah yang mula-mula hendakkan Islam dan menerima Islam, yang cerdik2 pulak paling ramai menentang Islam. Jadi apa yang kita nak heran. Macam sekarang ni lah, cuma dulu golongan cerdik pandai ramai yang menjadi pencacai Abu lahab dan Abu Jahal berlawan hujah masing2 nak kondemkan Nabi kita.

Aku pernah di dalam komen thread yang lain menjawab kedangkalan si mamat dulu_tak pernah masuk PAS ini berkenaan pendirian dan mentaliti penyokong PAS yang dia maksudkan. Mungkin tak ramai yang terbaca. Kali ini aku nak sebutkan lagi, harap tak jemu nak baca, maklumlah kita bukannya seorang yang Ilmiah lah katakan.
Kepada pencacai dan forumer UMNO yang Anti PAS Kena faham ini betul-betul...

PAS ini adalah sebahagian daripada kumpulan atau puak di dalam Islam yang disebut Parti. Sama macam UMNO.
Bezanya PAS punya cita-cita dan niat untuk melaksanakan Islam dan meletak Islam sebagai dasar di dalam Perlembagaan Parti. Manakala UMNO meletak bangsa sebagai arah perjuangan dan tak meletak Islam sebagai dasar parti pun. Soal kejayaan dalam PAS, bila, berapa lama, boleh atau tidak itu ketentuan Allah yang penting setiap ahli PAS perlu ada usaha, insyaallah ada pahala.Dalam Islam ada niat pun Allah bagi pahala apatah lagi jika dah mula berusaha. Hatta orang yang bercita-cita nak pergi menunaikan haji tetapi meninggal dunia sebelum sempat nak menunaikannya pun Allah berikannya pahala inikan pula hendak menegakkan Islam.

Maka apabila PAS meletak Islam sebagai dasar dalam Perlembagaan Parti maka arah tuju perjuangan PAS wajib kearah Islam dan UMNO tidak kerana perlembagaan partinya tidak mengarahkan parti menuju kepada Islam.

Seandainya PAS beralih atau terpesong dari perlembagaan dan arah tuju dalam Perlembagaan Parti iaitu Islam maka setiap ahli PAS WAJIB dan berkelayakan untuk memperbetulkan keadaan. Oleh kerana dasar dan arah tuju PAS ialah Islam maka ahli PAS wajib memastikan setiap pimpinan PAS berpegang teguh dengan Islam yang menjadi dasar Parti, begitu sebaliknya pemimpin kepada ahli2 PAS. Suatu yang UMNO tak akan sama dengan PAS ialah PAS mempunyai Majlis Syura di Dewan Ulamak yang memantau hala tuju organisasi.UMNO ade ke?

Berlainan dengan UMNO, oleh kerana Islam tidak menjadi dasar parti maka kerana itu tiada sesiapapun di dalam UMNO yang berhak untuk memaksa parti UMNO melaksanakan apa-apa jua tuntutan didalam kehendak Islam apatah lagi untuk melaksanakan Islam.

Kerana itu aurat contohnya, di kalangan wanita UMNO tidak menjadikan kewajipan untuk mereka menutupnya. Contohnya; Ketua Wanita UMNO sendiri dan isteri pemimpin2 dan ahli2 UMNO keseluruhannya. Dan tiada siapa pun ahli UMNO yang berani menekan soal aurat ini walaupun ia adalah tuntutan yang besar dalam Islam. Begitu juga dengan amalan solat. Solat dalam UMNO adalah soal individu dan tiada amalan dalam UMNO menekan tentang solat hatta wakil rakyat UMNO ramai yang tidak mengambil berat dalam solat.

Faham takat tu????. Islam adalah agama, bukan sekadar idealogi atau fahaman semata-mata. kerana ia melibatkan soal dosa pahala dan syurga neraka dan Islam ada penganutnya iaitu orang2 Islam.

Persoalan Pertama, apakah setiap penganut islam benar2 Islam dan mengamalkan tuntutan Islam. Persoalan kedua, apakah yang diamalkan oleh orang Islam itu memenuhi kehendak Islam? Persoalan Ketiga, apakah orang Islam sendiri dalam dunia ini semuanya dapat mempamirkan yang diri mereka adalah penganut Islam?Tak payah jauh-jauh lah, di Malaysia sendiri yang mengaku negara orang Islam, pakaian orang Islam sendiri tidak ada bezanya dengan orang bukan Islam malah kini makanan dan minuman orang bukan Islam pun dimakan oleh orang yang mengaku Islam. Amalan hidup orang Islam sendiri lebih dahsyat dari bukan Islam. Tetapi mengapa mereka mengaku Islam apakah mereka benar2 Islam itu kita tak tahu.Tetapi amalan harian mereka jelas bercanggah dengan Islam. . Habis Macamana???.Hanya Allah saja yang tahu.

Kerana itu orang yang bukan Islam kalau nak memeluk wajib memahami Islam itu sendiri. Mereka perlu mempelajari sejarah Islam keseluruhannya sampailah bagaimana dan kenapa turunnya agama Islam itu sendiri,memahami Al quran dan sebab2 turunnya satu2 ayat Al quran dan hadis yang dibawa oleh Nabi, juga sejarah dan sirah perjalanan nabi-nabi terutama Nabi kita Nabi Muhammad kerana sirahnya sangat perlu untuk dijadikan panduan berdakwah ,berekonomi mahu pun politik. Kalu ikut perangai orang Islam semata-mata sekarang ni....hancur!!!

Katakanlah sekiranya ada seorang yang bukan Islam ingin memahami dan masuk Islam apakah yang nak mereka pandukan dan sandarkan keyakinan mereka pada Islam??? Jika pandukan dan berdasarkan pada orang Islam, apa bezanya orang Islam dengan bukan Islam. Malah ramai lagi orang bukan Islam yang lebih baik budi pekerti mereka dari orang Islam sendiri. Malah ada amalan orang bukan Islam lebih mulia dari orang Islam. Makna kalau nak berpandukan orang Islam sampai kiamatnya tiada orang bukan Islam yang akan memeluk Islam. Nak berdasarkan negara, kalau kat Malaysia ni? Dengan apa??, dengan masjid, bank Islam ? Amerika pun banyak masjid dan dah berlambak bank berteraskan Islam. Dengan undang2 yang ada?, yang mana? mahkamah syariah? atau ISA??? Pening kepala orang bukan Islam, sampai orang Islam sendiri pun pening sampai ada yang kelabu asap.Tidak begitu????? Makanya semua orang perlu melihat Islam pada Islam itu sendiri bukan penganutnya. Kerana itu ada orang Islam yang dengkel pengetahuan tentang Islam keluar dari Islam(murtat) kerana menganggap ugama lain sama sahaja atau mungkin lebih baik dari Islam kerana berdasarkan penganut bukan Islam itu sendiri.

Berbalik kepada PAS, sepertimana yang mula2 aku kata tadi, PAS adalah sebahagian daripada kumpulan atau puak di dalam orang Islam yang disebut parti. Macam kelompok Islam yang lain di kalangan orang Islam, PAS juga ada segala macam orang di dalamnya. Ada segala macam perangai dan peel. Malah segala macam2 kepala dan fahaman, dari secerdik-cerdik manusia sampailah sedunggu-dunggu manusia tak kurang yang sebenggap-benggapnya. Sama sahaja macam keseluruhan orang Islam yang ada kat dunia ni lah. Orang gila ada, perompak,penyamun, perogol, pembunuh,kaki kelentong, penipu,munafik,fasik, perasuah, pendekkata macam2 ada.(macam Astro) .Kalau begitu hakikatnya apakah golongan pencacai UMNO akan berkempen untuk memperlekehkan Islam kerana kekurangan yang ada pada penganutnya lantas menganggap Islam itu salah sebagaimana yang kamu lakukan kepada PAS tanpa kamu mengenali PAS itu sendiri dan siapa yang ada didalamnya. Kerana itu juga lah Allah Jadikan Syurga dan Neraka untuk orang Islam dan sebab itu dalam Islam ada undang-undang.

Tinggal lagi yang duduk dalam PAS macam aku kata tadi samada mereka mengaku atau benar2 PAS? Hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau lah sokongan mereka pada PAS kerana kedaifan, samalah dengan apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi dulu, yang mahukan Islam kebanyakkan kerana tak tahan ditindas oleh golongan hartawan dan pemerintah yang zalim seperti Firaun dan pembesar Mekah kalau di zaman Nabi kita dulu.

Kalau kerana benda, benda apa yang PAS boleh bagi? Kalu takat ikut2 orang, sape yang diikut? Kalau takat sokong, apa yang dia sokong?. Sokong PAS kerana UMNO tak bagi apa yang dia nak. Atau sokong kerana dalam UMNO tak dapat jadi ketua cawangan, ketua bahagian, JKK kampung, JKK pasar malam atau paling tidak JKK surau????Atau sekadar sokong PAS kerana UMNO Tak bagi lampu jalan, Kampung tak ade longkang, parit air tersumbat ,jalan raya tak turap dan segala macam kebendaan dunia dan kalau nak berpandu dan ini menjadi dasar sokongan pada masuk dan sokong PAS semata-mata .... Payah lah...

Tetapi inilah hakikatnya dan mentaliti orang melayu dan manusia umumnya. Tetapi dalam sistem demokrasi negara ini golongan seperti ini adalah menjadi laba kepada bilangan undi kepada PAS . Itupun Alhamdulillah lebih baik dari mereka mencacai dan pengampu UMNO yang cuma mengharapkan projek dan komisyen sana sini. Akan tetapi bagi PAS yang lebih penting ia adalah soal kebajikan yang juga ditekankan oleh Islam dan ia tidak seharusnya dipinggirkan malah menjadi ajenda perjuangan PAS untuk kepentingan dan keselesaan Ummah.

Namun dalam PAS sendiri ia ada program pentarbiyahan untuk ahli2, yang dah dilaksaknakan semenjak lama dulu lagi bagi memperbetulkan niat dan arah tuju pegangan ahli kepada parti. Itupun mengikut tahap kefahaman dan taraf usia dan ilmu seseorang dalam ahli. Maka di sini yang menyokong PAS di atas dasar kebendaan akan difahamkan kepada kearah matlamat, dasar dan kewajipan sebenar yang hendak dibawa, diperjuangkan dan dilakukan oleh mereka di dalam PAS. Mana2 ahli yang sering dan rajin mengikuti program dan majlis ilmu PAS sedikit demi sedikit fahaman mereka akan meningkat dan berkembang walaupun ia bukan mudah dan memerlukan masa yang panjang namun usaha ini di dalam PAS adalah berterusan. Ingat para nabi pun tak mampu mengubah Iman dan pengangan seseorang yang didakwah hatta kepada puluhan tahun pun kalau diri sendiri tak ada niat untuk berubah maka Allah akan kunci hatinya dan tiada apapun yang mampu membukanya kembali.

Oleh kerana PAS meletakkan Islam sebagai pegangan dan dasar maka dengan rahmat Allah PAS mengalami proses kematangan dari hari ke sehari, bulan kebulan dan tahun ketahun. Aku tidak mengatakan PAS adalah sebuah Parti Islam yang terbaik dan paling betul dan paling Islamik. Akan tetapi dengan pegangan dan dasar Islam yang menjadi teras yang kukuh kepada PAS insyaalah PAS akan terus mengalami PROSES KEMATANGAN dan menjadi baik, lebih baik dan terbaik kerana ia satu-satunya alternatif yang kita ada sebagai sebuah Parti Islam seperti mana yang dikehendaki oleh Islam. Tuan Guru Nik Aziz sendiri tak lama dulu pernah menyatakan kesediaan bekerjasama dengan membubarkan PAS dan UMNO lalu membentuk sebuah parti baru yang meletakkan Islam sebagai Dasar pegangan dan perjuangan parti tetapi mengapa UMNO berdiam diri. Ini bermakna pemimpin PAS sendiri tidak menepuk dada mengatakan PAS adalah Parti Islam yang terbaik malah bersedia membubarkan PAS kalau ada alternatif yang lebih baik demi mendaulatkan Islam.


Berbeza dengan Ajaran dan fahaman UMNO yang mendabik dada dengan menanamkan fahaman kepada rakyat bahawa UMNO dan BN sahajalah yang mampu membawa kesejahteraan kepada rakyat di negara ini dan tanpa UMNO negara ini akan huru -hara. Apakah golongan pencacai UMNO tidak sedar bahawa kenyataan seperti ini pun telah membuatkan UMNO mengugat akidah pengikut mereka.
Kerana itu segala macam cabaran, tekanan, penindasan, tomahan, tuduhan, penghinaan , cacian, kutukan, fitnah , penyiksaan dan segala macam keburukan yang dicampakkan kepada hatta kesilapan2 PAS selama ini rupanya telah menjadikan PAS semakin matang dan berwibawa dan berdaya tahan untuk mengukuhkan pendirian mereka yang ikhlas untuk terus memperjuangkan Dasar Islam yang dibawa samada dalam keadaan menang ataupun kalah.

Golongan musuh Islam dan Pencacai2 dalam UMNO juga adalah sebahagian dari mereka yang membuatkan PAS semakin matang dan terus matang. Kerana itu Nabi bersabda: Tuntutlah ilmu hingga sampai ke negeri Cina sungguhpun bukan berbangsa Arab . Begitu juga Saidina Omar yang mempelajari sesuatu dari Iblis apabila baitulmal kerap mengalami kecurian di zamannya. Begitu juga Nabi kita yang diperintah oleh Allah kepada Iblis agar memahamkan kepada Nabi apa jua yang ditanya oleh baginda kepada Iblis sebagaimana yang diceritakan didalam satu kesah yang panjang.

Kerana itu kalau golongan pencacai UMNO mengatakan ada perobahan dalam minda orang PAS dengan komen-komen yang mereka buat, aku tidak akan terkejut. Orang PAS yang sejati dan yang memahami dasar perjuangan tidak akan menyombong diri dan akan tunduk kepada kebenaran tak kira ia datang dari siapa sekali pun. UMNO itu lain cerita, Kalau hujahlah macam mana sekalipun, bawaklah segala macam dalil, kalu itu dari PAKATAN, maka UMNO akan tolak mentah-mentah.

Contoh dalam Parlimen , berapa banyak cadangan Pakatan yang di tolak UMNO. Kita tengok pulak bagaimana MP Pakatan yang menyokong Usul Palestine yang dibawak oleh MP batu Pahat walaupun beliau BN dalam parlimen baru-baru ni. Ini ciri-ciri orang yang mencari kebenaran.

Jadi kepada orang PAS kita biarkanlah pencacai UMNO buat kerja dia. Walaupun mereka perasan yang mereka berhujah secara Ilmiah sebenarnya hujah mereka lebih banyak kepada mendunggukan kepala mereka sendiri namun mana yang baik kita terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas kerana Allah, Insyaallah ini akan membuat kita semakin matang dan terus matang .... Alhamdulillah .


Hakikatnya golongan pencacai ini tahu kita benar2 inginkan Islam dan mungkin dia nak kita PAS buat Islam betul-betul. Namun sebagaimana manusia, kekurangan pasti ada di sana sini samada pada dia atau pada kita dan kita PAS wajib memperbetulkannya dan PAS seperti yang aku kata sebelum ni memang akan terus berusaha memaju dan mematang ahli dan parti. Kerana ahli PAS yang matang tahu dosa dan pahala dan mereka pencacai ni tahu sangat yang UMNO memang tak sudi dan tak ada hati nak kan Islam. UMNO tidak suka ditegur maklumlah mereka golongan yang terlebih ilmiah dari orang lain. Oleh kerana itu golongan pencacai UMNO lebih suka mengegur PAS dan PAKATAN kerana mereka yakin dengan keikhlasan kita. Moga nanti pencacai2 ni akan bersama kita satu hari nanti. AMIN.......

Kerana itu aku akan terus di dalam PAS, Insyaalah, kerana dasarnya jelas kepada Islam walau dan kalau pun ramai yang PAS tak berapa PAS. Apakah kita nak tinggalkan agama Islam hanya kerana orang Islam sendiri dah tak berapa Islam malah kebanyakannya huru-hara dalam agamanya? Tapi apakah pencacai UMNO agaknya akan tinggalkan agama Islam sebab tak tahan tengok gelagat orang Islam yang tak berapa ilmiah. Lepas ni dulu_pas akan jadi dulu_islam pulak agaknya???


Wallahualam....

1 comment:

Azeezi @ Sunan Hayat said...

hang fikir dulu_pas ni rajin ke baca tulisan hang tu..
dia tu malas baca..
sebab tu bodoh dulu,kini,selamanya..