Kepentingan kelayakkan Dalam Jawatan
Memang benar kata Tuan Guru, dalam Islam sendiri, soal kekeluargaan tidak timbul dalam pemilihan apa-apa pangkat atau jawatan dan Islam sendiri tidak mempertikaikannya kerana seperti kata Tuan Guru sejarah Islam sendiri telah menunjukkan bertapa adanya perkara seperti ini dan telah diterima Islam pada zaman Rasulullah lagi.
Soalnya apa yang penting, apakah seseorang itu berkelayakkan dan berkebolehan? Walau bagaimanapun Islam telah menegaskan dengan sejelas-jelas nya akan keadilan dan kesamaan dalam menjalankan hukum.
Anak,menantu,mertua,atau sesiapa sahaja didalam ikatan kekeluargaan, soal perlaksanaan hukum adalah sama adil dan tidak boleh memilih bulu atau kroni. kerana itu Rasulullah pernah bersabda, “sekiranya anakku Fatimah mencuri akan ku potong tangannya” , maknanya dalam menjalankan hukum dan peraturan perlu tegas dan tak ada kroni-moni.
Berlainan dengan kerajaan UMNO pembahagian jawatan,projek, dan apajua bentuk, kepentiingan,hanya pada kroni malah tidak diperdulikan soal kelayakan dan kebolehan yang penting bolot selagi boleh. Soal kelayakkan,kebolehan dan kemampuan itu tarak peduli yang penting ada mashukkkkk.!!!!
Itu yang pertama, yang keduanya pula dalam soal perlaksanaan hukum dan peraturan. Kita semua tahu bilamana kalau kroni-moni, semua boleh ‘By Pass’. Langkau sana langkau sini, prosuder dah tak penting ,perturan dah tiada erti.Itu bezanya.
Tapi apa yang terjadi di Kelantan itu bagi saya adalah secara kebetulan dan suatu yang tidak perlu dipolitikan. Kalau begitu semua anak-beranak pemimpin dalam sesebuah negara kalau salah seorang itu telah menjadi pemimpin negara maka ahli keluarga lain dah tidak boleh lagi nak pegang apa-apa jawatan dalam organisasi kerajaan atau syarikatlah maknanya? tak boleh memiliki apa-apa harta dan berniaga dan tak perlu lagi belajar sampai ke universiti kerana kalayakan tak boleh dimanfaatkan lagi , ada sijil pun tak boleh diambil kira.
PAS sendiri selama ini tidak pernah mempersoalkan tentang jawatan yang dipegang oleh mana-mana ahli politik yang keluarga mereka terlibat secara langsung dalam pentadbiran negara tetapi yang kita PAS persoalkan ialah mengagih-agihkan kakayaan dan projek-projek negara kepada kroni.
Soal projek ialah dalam ertikata nak memenuhkan tengkolok sendiri-sendiri dengan mengenepikan kepentingan masyarakat dan rakyat. Sedang Jawatan pula perlukan pengorbanan dan tuntutan yang wajib dipenuhi untuk kepentingan organisasi,masyarakat atau untuk KEPENTINGAN UMMAH yang lebih besar.
Kerana itu kita kena faham, jangan tembak dan menyondol membabi buta tanpa usul periksa. Kalau kita bercakap sekadar melepas dendam itu yang jadi keliru dan huru-hara. Cuba tanya Pak Lah patut ke Khairi Jamaluddin lepas jawatan sebab KJ menantunya?
No comments:
Post a Comment