Wednesday, July 16, 2008

Seperti Dijangka : Anwar Akhirnya Ditahan

Posted on Wednesday, July 16, 2008 @ 22:45:17 MYT by mumayu
Nasional

Oleh: Zulfadli Haji Ibrahim
Bekas pelajar UPM

Seperti dijangka, episod tuduhan liwat II ke atas DSAI akhirnya disusuli dengan penahanan beliau petang tadi selepas pulang dari memberi keterangan di pejabat BPR berkaitan dengan laporan beliau terhadap Ghani Patail dan Musa Hassan. Plot penahanan DSAI dicemari dengan aksi dan lakonan yang melampau apabila bukan sekadar polis biasa yang menangkap beliau tetapi polis unit pencegahan jenayah berat yang memakai topeng dan baju kali peluru.



Arahan siapakah ini? Musa Hassan atau Syed Hamid Albar? Ataupun arahan Bodollah Badawi? Apapun, pihak polis sekali lagi menunjukkan hero mereka di depan rakyat bahawa mereka punya kuasa. Mereka tidak sedar atau mungkin alpa bahawa kuasa yang lebih besar adalah Allah Ta'ala. Soal DSAI bersalah atau tidak, itu soal kedua. Yang rakyat mahukan ialah perbicaraan secara adil dan saksama. Selebihnya, diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya dengan perkiraan bahawa keadilan akan terlaksana.

Wahai saudara saudaraku yang beragama Islam, marilah sama-sama kita bermunajat kepada Allah Ta'ala semoga kezaliman pemerintah diruntuhkan sebagaimana Allah meruntuhkan empayar Fira'un dan Qarun. Semoga keangkuhan pemerintah dilemaskan sebagaimana Allah melemaskan Fira'un dan pengikutnya di dalam Laut Merah. Semoga Malaysia selamat dan makmur dari pemerintah yang zalim. Peliharalah Islam, insyaAllah Allah akan memelihara kita. Wallahua'lam.


Sok-sek : Semoga keluarga DSAI tabah dengan dugaan yang kesekian kalinya ini. InsyaAllah kebenaran pasti akan terbela akhirnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Insyaallah, jika semuanya disandarkan kepada Allah Ta'ala, nescaya ketenangan akan diberikanNya disebalik musibah ini.
Sumber: http://ibnuqalil.blogspot.com

No comments: