Sunday, July 6, 2008

DISPLIN PERJUANG JANGAN TERCALAR!

Saya telah sampai sekitar jam 9:15 pagi lagi di stadium Kelana Jaya untuk turut sama protes kenaikan harga petrol. Walaupun agak tak puashati kerana bagi saya protes ni sepatutnya kita nak bagi orang kat luar sana tahu dan nampak. Bagi aku dah nama protes memang mana ada ia disukai oleh pemerintah. Selama ini pun sebagai rakyat biasa tak salah kita nak menyatakan ketidakpuasan hati kita dengan keadaan sekarang tapi selama ini kita tak pernah pun nak merusuh dan semua protes yang sebelum ini pun dijalankan dengan aman dan cuma bertukar kecoh bila air asid disembur kebadan.

Bila penganjur mula memindahkan lokasi protes ke stadium saya dah mula merasakan ia adalah sama saja dengan program ceramah politik kita yang lain. sudah tentunya jumlah kehadiran tetap
memberangsangkan tetapi dari segi matlamat ia tak sampai.

Mungkin keadaan gawat politik sekarang pihak Pakatan Rakyat mengambilkira daripada ugutan pihak berkuasa agar tidak meneruskan untuk berhimpun dan berarak dijalanan. Tetang ini saya berbaik sangka dengan pihak penganjur dan tak komen banyak.

Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila kita dalam perjuangan menuntut keadilan ini kita perlu berada di pihak benar dan perlu ada displin perjuang kerana ia menuntut keredaan dari Ilahi . Jesteru itu kesuciannya dan displin perjuangan perlu terpelihara. Jika tercemar maka takut nanti Allah tidak menyebelahi kita.

Dalam perjuangan setiap kejayaan mahupun kekalahan air mata dan keringat yang mengalir perlu diiringi penuh keinsafan dan terasa kecilnya kita disisi Allah bila kita memohon keredaan dariNYA.

Saya keluar dari stadium sebaik sahaja acara majlis dimulakan dengan nyayian kerana saya takut saya terlalai dengan niat perjuangan saya dari mulanya. Saya bukannya warakpun tetapi
selama saya bersama dalam perjuangan saya disajikan dengan rasa takut dan insafnya akan kekerdilan kita di sisi Allah. Saya tak kata kita tidak perlu berhibur tetapi dalam keadaan majlis dan suasana sekarang hiburan bukan tika dan saatnya.

PAS selama ini cukup berhati-hati dengan perkara ini, tetapi mungkin rakan-rakan di dalam Keadilan kita terlepas pandang dalam perkara begini dan kita berharap sangat ia tidak berrulang lagi selepas ini. Kita jangan terikut-ikut gaya perjuangan masa dalam UMNO dulu, yang sudah-sudah jangan diulangi lagi kerana matlamat perjuang kita dan UMNO terpisah jauh antara bumi dan langit.

Kini kita Pakatan Rakyat perlu perbetulkan saf-saf kita rapat-rapat seiring dan selari ,seiya dan sekata agar ruang kosong kita tidak dimasuki iblis yang keji yang berusaha menyesat dan meragu-ragu serta melalaikan kita dari perjuangan ini.

Bagaimanapun malam itu saya tiba semula bersama isteri dan tiga lagi anak lelaki saya bagi bersama-sama meneruskan PROTES KITA DANGAN KENAIKAN HARGA PETROL. Walaupun tidak sampai sejuta orang yang berhimpun tetapi malam itu cukup ramai dan bersemangat. TURUN-TURUN-TURUN ,TURUN UMNO!!!!!!!!!!!!!!!

M.Lokman Yasin

No comments: