Monday, May 11, 2009

UMNO Masih Belum Insaf Dan Tak Akan Insaf!!

Terlalu kerap benar kekalutan yang terjadi di dalam Negara akibat daripada sikap kegopohan dan ditambah dengan perangai ego serta angkuhnya pemimpin BN terutama UMNO di dalam melaksanakan peraturan mahupun perancangan dalam Negara.

Kalau dulu harga petrol dan diesel dinaikan walaupun dibantah oleh rakyat dan pemimpin pembangkang mahupun NGO . Namun apakan daya ketaksupan pemimpin kanan dan bawahan BN boleh dikatakan semua menyokong tindakan ketua mereka sambil memperlekehkan tentangan dan teguran yang dibuat oleh PAKATAN RAKYAT.

Diulangi secara langsung oleh DSAI di dalam debat perdana beliau yang diadakan secara langsung oleh RTM tidak lama dulu di mana DSAI menolak rancangan kerajaan BN untuk menaikan harga minyak tersebut. Berbagai hujah dikemukakan namun keangkuhan pihak kerajaan BN tidak mampu dipulihkan lagi.

DSAI jugak telah mengambarkan bahawa kemungkinan penurunan harga minyak dunia akan berlaku dan minta kerajaan bersabar dan tidak gopoh dalam melaksanakan harga baru.

DSAI juga telah berhujah dengan kemungkinan kenaikan harga diesel dan petrol akan menyebabkan kenaikan sama harga barangan keperluan lain dan itu bakal membebankan rakyat. Itu juga tidak dilayan oleh pemimpin Kerajaan BN.

Hakikatnya memang terbukti kenaikan mendadak barangan keperluan harian yang lain berikutan peningkatan harga petrol dan diesel walaupun pada peringkat awalnya pihak kerajaan mengatakan dengan sombongnya kemampuan mereka untuk membendung kenaikan sama harga barangan keperluan harian yang lain.

Akhir hingga kini walaupun harga diesel dan petrol telah diturunkan namun mekanisme kerajaan lumpuh untuk mengawal harga keperluan yang dimaksudkan. Ini keangkuhan kerajaan BN telah di pertontonkan oleh ALLAH SWT kepada rakyat jelata namun begitu dengan muka tak malu rakyat pula dipersalahkan dengan kenaikan harga barangan keperluan kerana tidak memboikot membeli agar barangan tersebut diturunkan harganya. Ini sikap buruk mentaliti kepala pemimpin BN yang tidak pernah rasa bertanggungjawab.

Dun Perak

Terbaru bukti keangkuhan BN terutama pemimpin UMNO ialah di dalam kerja kotor mereka merampas Perak dari tangan PAKATAN dengan cara yang sangat jijik dan lagi bernajis memerangkap adun PKR dengan kesalahan rasuah dan kemudian menculik serta peras ugut.

Tanpa segan silu dan bertanggungjawab mencemar kedaulatan Tuanku Sultan dengan melibatkan baginda dalam percaturan kemelut Dun Perak.

Sekali lagi dengan gopoh-gapah BN melantik Menteri Besar yang baru sungguhpun ia bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan sekali lagi kerajaan UMNO membuat tindakan yang memalukan malah mendedahkan kelemahan pemikiran dalam otak pemimpin mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan betapa payah dan susahnya para penguam UMNO untuk menyokong tindakan bodoh mereka sehingga keputusan memihak kepada Datuk Seri Nizar terpaksa dibuat.

Kalaulah UMNO bertanggungjawab dan berfikir panjang dan jujur dalam tindakan mereka sudah tentunya mereka tidak akan menerima tentangan yang begini hebat dari rakyat malah memalukan mereka sendiri.

Kita percaya tiada siapapun akan menentang perpindahan kuasa kerajaan negeri Perak ke tangan BN jika ianya benar dibuat dengan cara yang bersih penuh keredhaan dan teratur mengikut undang-undang yang sedia ada malah yang paling penting MARUAH Baginda Sultan yang kita kasihi tidak dicemari begitu rupa sehingga satu dunia.

Kalau BN terutamanya UMNO masih belum sedar dengan kesalahan dan kedurjanaan yang telah mereka lakukan maka selayaknya lah kita rakyat menyinkirkan terus mereka ini dari menerajui Negara Malaysia ini pada PRU13 nanti Insyaallah…

Orang melayu perlu sedar dan buka mata seluas-luasnya bahawa selama ini mereka hanya diperbodoh dan diperkudakan oleh UMNO demi kepentingan perut-perut mereka. Rakyat juga harus sedar ,bangun basuh muka dan celik mata besar-besar bagaimana demi perut pemimpin UMNO tergamak pula memperjudikan dan mencemar daulat sultan asalkan mereka terus berkuasa.

Sunday, May 10, 2009

KESUCIAN POLITIK TERCEMAR DAN BERNAJIS DI TANGAN BN

Kuasa Politik Sebenarnya Menguasai Undang-Undang. Kotornya Politik Adalah Kerana Kotornya Tangan Yg. Memegang Pemerintahan.

Sekarang sepatutnya semua orang Islam patut dah sedar kenapa Nabi kita berpolitik dan dalam Islam ada politik. Hakikatnya dengan dengan ada kuasa politik di tangan lah maka barulah kita dapat memerintah.

Dengan kuasa memerintah kita boleh menentukan apa sahaja peraturan dan undang-undang yang nak kita laksanakan.

Tinggal lagi kalau yang berkuasa itu taat kepada Allah dan agama maka peraturan dan undang-undang tu sejajarlah dengan kehendak Allah dalam Al Quran jika sebaliknya maka jadi le macam apa yang di buat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Undang-undang yang dibuat pun ikut suka hati dia. Dia nak patuh atau tidak pada peraturan itu pun ikut suka dia orang .

Dun Perak adalah suatu contoh yang sangat besar kepada kita mengapa kuasa memerintah perlu diberikan kepada orang yang amanah dan jujur. Kalau tak undang-undang dan peraturan hanya akan jadi alat untuk kepentingan sendiri semata-mata dan tak bernilai dari segi keadilan mahupun kemanusiaan.

BN dengan kuasa yang ada macam dah tak ada ‘air muka’ dan maruah langsung, mencemarkan undang-undang dan perlembagaan yang ada tanpa punya rasa malu, muka tebal. Janji kuasa ada kat tangan. Peduli apa orang atau dunia nak kata.

Macam Isu pondok panas di musim pilihanraya jugalah. SPR mula cuba menguatkuasakan agar pondok panas ini dihapuskan. Mengapa?

Tak lain tak bukan ialah kerana kerajaan BN yang berkuasa telah mula sedar bahawa peranan pondok panas dalam pilihanraya telah tidak memberikan keuntungan apa-apa kepada mereka malah ianya lebih besar memberi faedah kepada Pakatan Rakyat.

Kalau sebelum penguasaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya, populariti pondok panas dimonopoli sepenuhnya oleh Barisan Nasional maka kerana itu walaupun konon ianya menyalahi peraturan pilihanraya tetapi waktu itu ia sangat menguntungkan Barisan Nasional maka pondok panas tidaklah diharamkan malah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional.

Namun setelah beberapa pilihanraya kecil telah menunjukkan pondok panas mula dikuasai sepenuh oleh Pakatan Rakyat maka kerajaan BN mengunakan peraturan untuk menutup peranan pondok panas. Sedangkan Barisan Nasional sebelum ini mengambil sepenuh kesempatan di pondok panas membahagi-bahagikan air mineral secara percuma yang berlambang logo Barisan Nasional dan tanpa disedari dibawa ke tempat mengundi sedangkan ia terang-terang menyalahi peraturan.

Kotornya Politik dan peraturan apabila ianya kekal di tangan Barisan Nasional. Barisan Nasional akan terus menodai dan mencabul peraturan selagi mana kita rakyat Malaysia ini terus tidur dan lena dibuai mimpi dek lagu sumbang yang didodoi oleh mereka.

Hakikat dan realitinya kuasa politik yang menguasai undang-undang maka kerana itu orang Islam jangan mudah terpedaya dan bodoh tertipu jika ada yang mengatakan Islam tiada politik dan politik itu kotor kerana sebenarnya kotornya politik itu adalah kerana kita yang membenarkan kuasa politik itu dipegang oleh tangan yang kotor lagi bernajis maka bernajis dan kotorlah seluruh politik itu.