Wednesday, June 18, 2008

Fw: Mesti Baca : Rumusan Penuh Hal Minyak - Fakta Petronas

Kickdefella : Rumusan Penuh Hal Minyak !
Dilulus terbit pada Monday, June 16 @ 16:02:04 MYT oleh reformis
Artikel Oleh edyesdotcom

"
 Salin dan tampal dari Blog Sheih Kickdefella. Demi untuk menyampaikan maklumat dan fakta supaya rakyat lebih celik !!!

Kickdefella Bares All16 06 2008

While waiting for Petronas to bare all next week, Kickdefella reveals all the Government and Petronas data pertaining to the petroleum revenues. These are public data and readers can find it in the net and it is either belong to Bank Negara Malaysia, The Treasury or Petronas itself.





Hassan Merican, the Acting Chairman, President and CEO of Petronas claimed that Malaysia will be net importer of crude oil by 2011. He however was forced to clarify that Malaysia will become net importer because the domestic demand of fuel is more than our supply by 2011 and not that our crude oil has dry up like what being claim by those Pariah in the Government.


Please take note that in Petronas Yearly Report is clearly mention that in 2006 the 'replacement ratio' of our crude oil is 1:1.8. Which in layman terms, it means for every litre of petrol we use, Petronas has found 1.8 litres of new source. Which means when the country used 400,000 barrels of crude oil a day, Petronas found 720,000 barrels of crude oil reserve. That is 720,000 x 365 days.


Dear readers, to help us understand how the government can actually reduce the price of petrol and diesel, I have prepared the below essay.


Siapakah Yang Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Global


Jawapannya tentu sekali negara-negara pengeluar minyak, termasuklah Malaysia.


• Malaysia sebagai negara 'net exporter' minyak mentah menerima habuan besar daripada kenaikan harga minyak dunia. Data-data yang dikeluarkan oleh Kerajaan menerusi Bank negara Malaysia dan Pembendaharaan Negara serta data-data dari Petronas sendiri menunjukkan semenjak dunia di landa krisis harga minyak mentah yang melambung, Malaysia menikmati pulangan yang semakin tinggi.


• Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 ribu tong minyak mentah sehari (Bergantung kepada keluaran semasa).


• Malaysia menggunakan lebih kurang 400 ribu tong minyak mentah sehari.


• Ini bermakna Malaysia mengeksport bersih lebih 250 ribu tong sehari.


• Bagaimanapun minyak mentah keluaran Malaysia diklasifikasikan sebagai "Tapis Blend", yang didefinisikan oleh Exxonmobil sebagai "Tapis Blend is a high quality, extra light, low sulfur crude. It has high quality clean products and conversion feed." Iaitu minyak mentah berkualiti tinggi dan disebut oleh Hassan Merican sebagai Sweet and Light.


• Tapis Blend tidak digunakan dipasaran tempatan sebaliknya di eksport untuk pasaran luar negara pada harga yang mencecah 30% lebih tinggi dari harga minyak mentah yang digunakan didalam negara.


Mekanisme Penjualan Minyak Mentah Malaysia


Sebelum 2004, minyak mentah Malaysia di jual pada kadar USD30.00 satu tong. Hari ini harga pasaran bagi minyak mentah global berkisar di paras lebih USD130.00 satu tong. Ini beerti pendapatan negara menerusi segala bentuk cukai juga meningkat.


Telaga minyak di Malaysia dikendalikan oleh Petronas dan beberapa syarikat pengeluar minyak antarabangsa. Syarikat pengeluar ini mendapat keuntungan amat besar pada harga pasaran hari ini.


Tun Dr. Mahathir Mohamed, selaku Penasihat Petronas menulis di blognya, "Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran (Oleh Petronas semenjak 3 tahun lalu) oleh itu lebihan USD100.00 satu tong boleh di anggap untung bersih."


Oleh yang demikian, memandangkan Malaysia memiliki lebihan sekurang-kurangnya 250 ribu tong sehari setelah ditolak penggunaan tempatan maka bagi setiap 1 tong itu pengeluar mendapat untuk bersih tidak kurang USD100.00.

250 tong x USD100 x 365 hari = Untung Bersih


Ini bererti pengeluar mendapat keuntungan berlipat ganda dan mereka terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kesannya, kerajaan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi menerusi cukai langsung, cukai tidak langsung, dividen dan royalti dari hasil petroleum dan gas, berbanding 3 tahun yang lalu.

Data Perbedaharaan menunjukkan kenaikan pendapatan hasil kerajaan melonjak semenjak Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara dan lonjakan ini adalah disebabkan kenaikan hasil yang diperolehi kerajaan menerusi

• Cukai Langsung dari Cukai Pendapatan Syarikat Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 20.7 B dalam tahun 2006.

• Cukai Tak Langsung dari Duti Eksport Petroleum yang meningkat dari RM 11.5 B pada tahun 2004 kepada RM 2.3 B pada tahun 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Dividen Petronas daripada RM9.1 B dalam tahun kewangan 2004 yang melonjak 100% kepada RM18.0 B pada tahun berakhir 2006.
• Hasil Bukan Cukai – Royalti Petroleum dan Gas yang meningkat dari RM2.5 B pada tahun 2004 kepada RM4.2 B pada tahun 2006.



Benarkah Subsidi Petroleum Membebankan Negara

Kerajaan mendakwa bahawa kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang tinggi.


Sebaliknya, data-data dari sumber rasmi kerajaan membuktikan sebaliknya. Data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan pada tahun 2004, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM5.8 B untuk segala subsidi iaitu termasuk subsidi bahan bakar (Petrol, Diesel dan lain-lain), subsidi bahan makanan dan lain-lain.


Pada tahun 2005, perbelanjaan kerajaan bagi tujuan subsidi bagaimanapun meningkat hampir 3 kali ganda kepada RM13.4 B tetapi perbelanjaan untuk subsidi bagaimanapun menurun semula pada tahun 2006 kepada hanya RM10.1 B.



Walaupun kenaikan pendapatan hasil kerajaan dari sumber Petroleum meningkat dengan mendadak yang membuktikan hasil kerajaan turut meningkat setiap kali harga minyak mentah dunia meningkat, tetapi subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak meningkat pada peratusan yang sama.


Ini membuktikan bahawa kerajaan masih mengalami perolehan lebihan jika ia mengekalkan harga Petrol dan Diesel pada harga yang lama.

Pada tahun 2004, kerajaan membelanjakan sebanyak 6.3% dari Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan untuk subsidi (termasuk segala bentuk subsidi) dan mencatat peningkatan kepada 13.7% pada tahun 2005 tetapi menurun semula kepada 9.4% pada tahun 2006. Subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan hanya mencatat peningkatan pada 0.4% dalam tahun 2007 walaupun kerajaan tidak menaikan harga bahan bakar sepanjang tahun itu.


Oleh yang demikian sebenarnya jelas bahawa subsidi bahan bakar petrol dan diesel sebenarnya tidak membebankan negara.



Mengapa Subsidi Petrol dan Diesel tidak membebankan Negara


Seperti yang dijelaskan, Malaysia mengeluarkan 650 ke 700 tibu tong minyak mentah sehari. Kegunaan dalam negara pula hanyalah 400 ribu tong sehari. Negara mengalami lebihan 250 ke 300 ribu tong sehari untuk dieksport ke luar negara.

Memandangkan kegunaan minyak mentah dalam negara tidak memerlukan minyak mentah berkualiti tinggi, maka 400 ribu tong minyak mentah yang dikhaskan untuk kegunaan dalam negara di tukar di pasaran dengan 400 ribu tong minyak minyak berkualiti rendah.

Pertukaran ini juga menguntungkan negara kerana minyak mentah negara dari kelas Tapis Blend yang harga lebih tinggi dari minyak mentah yang diperlukan oleh negara. Ini bermakna negara samada mendapat lebih minyak atau mendapat pulangan kewangan bersama minyak yang ditukar itu.


Ini bererti, sebarang kenaikan harga minyak mentah dalam pasaran global langsung tidak menjejaskan negara.


Oleh yang demikian tiada sebab mengapa kerajaan perlu menaikan harga petrol dan diesel dengan memberi alasan mengurangkan subsidi terhadap bahan bakar tersebut!

"

Wednesday, June 11, 2008

DBKL naikkan caj tempat letak kereta di pusat bandar


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Rabu, 11 Jun 2008

KL: Warga kota berhadapan dengan kenaikan caj tempat letak kereta sehingga hampir 35 peratus berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Sistem Letak Kereta Eletronik (SLKE) berkuatkuasa Isnin ini, umum Datuk Bandar Datuk Ab Hakim Borhan hari ini.

Menurutnya melalui sistem itu pemilik kenderaan dikehendaki membayar caj 80 sen sejam bagi setiap petak letak kereta di pusat bandar berbanding hanya 60 sen sekarang.

Bagaimanapun kadar letak kereta di luar pusat bandar (pinggir bandar) dikurangkan 10 sen kepada 50 sen sejam, katanya kepada pemberita semasa Program Datuk Bandar Bersama Media di DBKL di sini.

Caj sekarang adalah satu kadar sahaja iaitu 60 sen sejam bagi pusat bandar dan luar pusat bandar.

Ab Hakim berkata selain itu DBKL juga mengumumkan lanjutan tempoh masa bayaran letak kereta bermula 7.30 pagi hingga ke 10 malam sepanjang tujuh hari seminggu, berbanding sekarang 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum.

Katanya melalui sistem baru itu tiada pengecualian diberikan apabila pemilik kenderaan juga dikehendaki membayar caj letak kereta pada setiap cuti umum.

Ab Hakim berkata buat permulaan kadar dan langkah-langkah baru itu hanya dilaksanakan di kawasan yang dilengkapi dengan SLKE bagi fasa pertama iaitu di kawasan Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Sultan Ismail, Kampung Baru, Chow Kit, Pudu, Kompleks Damai dan Jalan Loke Yew.

Menurutnya kerja-kerja penggantian meter letak kereta di kawasan itu telah dan sedang dibuat bagi membolehkan penguatkuasaan bermula Isnin ini di kawasan berkenaan.

Katanya kerja-kerja penggantian meter lama ke SLKE di kawasan lain akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang Ogos ini. “DBKL menjangkakan sistem baru ini berkonsepkan `cepat dan mesra pengguna’ ini tidak akan memberi kejutan yang besar kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata SLKE terdiri sistem elektronik berkonsepkan “bayar dan peraga"

adalah baik kerana membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada mahu membayar secara tunai dengan menggunakan syiling atau pembayaran secara kredit dengan menggunakan ’Mykad’atau kad bank yang mempunyai aplikasi MEPS.

“Dengan penggunaan aplikasi ini, pembayaran akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Katanya meter baru itu dapat mengelakkan berlakunya vandalisme terhadap mesin malah menggunakan tenaga solar untuk berfungsi pada waktu siang dan mengggunakan bateri pada waktu malam.

Katanya masa maksimum bagi setiap tempat letak kereta adalah tiga jam dan pengguna perlu membuat bayaran semula selepas itu.

Ab Hakim berkata sebanyak 50 kakitangan penguatkuasaan ditugaskan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem baru itu.

Nampaknya bukan sahaja pengusaha bas dan pengangkutan awam sahaja yang mengambil kesempatan dengan dengan mengenakan cas tinggi berikutan kenaikkan harga minyak ye... DBKL pun nak ambil kesempatan sama, Apa pula agaknya tindakan kerajaan dalam perkara ini ? Kalau begitu rakyat ditekan dan terus ditindas le nampaknya ye....



Tuesday, June 10, 2008

ISU minyak :Kerajaan Berkebajikan ,Negara Akan Miskin?




Kecewa betul bila peti tv saya buat hal hari ini. Tiba-tiba pula tiada gambar sedangkan dari siang tadi dah siap sedia nak tengok Dato' Shahrir Samad berhujah dengan YB Salahuddin Ayub di tv1.
Nasib baik internet tak buat hal maka bergegas saya ke depan komputer cari cannel tv1.

Lega saya tengok Salahuddin berhujah walaupun tak berapi-api tetapi sikap 'cool' dia tak gopoh menjawab dan memberi pendapat, memang saya tabik. Salahhudin tak banyak menekan Shahrir akan tetapi jelas sangat macam Shahrir lebih menyindir daripada Salahuddin sendiri.

Satu hal yang ketara Salahuddin tidak berhujah dengan idea kepalanya sendiri dan nampak jelas dia lebih bersandar dengan kenyataan pihak lain dan merujuk petikan buku dan majalah.Walaupun dia diminta mengemukan idea sendiri tetapi saya bersetuju sangat dengan ketegasan Salahuddin yang menyatakan kita perlu mengenepikan politik tetapi semua pertubuhan politik dan NGO perlu diajak bersama bagi membincangkan masalah kenaikan petrol dan membincangkan secara terbuka akan plan jangka pendek dan panjang yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi masalah minyak negara ini.

Memang itulah masalah kerajaan kita yang mana keputusan sesuatu perkara cuma dibuat berdasar pandangan ahli kabinet sahaja . Adalah sangat baik digabungkan seluruh kepala bijak pandai kita berbincang biarpun selama enam bulan sekalipun dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan tidak boleh mengenepikan begitu sahaja peranan pembangkang dan NGO dalam menyalurkan idea yang boleh dikongsi bersama oleh kerajaan. Salahuddin ada menyebutkan bahawa pembangkang pun ada tanggungjawab dalam soal yang dibangkitkan kerana mereka juga ada lima negeri yang perlu dijaga amanahnya . Bermakna pembangkang juga adalah kerajaan dan apalah salahnya dua kerajaan ini duduk di satu meja untuk mencari idea terbaik untuk kebaikan bersama dan rakyat. Tetapi saya lihat Dato' Shahrir seperti merasa YB salahuddin seperti nak berbanggakan dengan lima negeri yang dipegang oleh pembangkang.

Adalah sangat malang sekali bila satu-satu kerajaan bertindak dengan kepala sendiri dan bila terjadi sesuatu rakyat dijadikan galas-ganti dengan masalah yang mereka wujudkan. Akhirnya rakyat diminta berkorban.

Salahuddin meminta Petronas terus menjalankan dan mengekalkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kerana katanya Malaysia sendiri perlu memainkan peranan sebagai negara berkebajikan. Saya sangat-sangat bersetuju dangan ini kerana kebajikan tidak ada dalam kamus kerajaan Malaysia ini. Ini adalah soal keberkatan dari langit.Minyak itu sendiri adalah rahmat Allah dari bumi ini untuk dinikmati hasilnya oleh rakyat. Selagi mana hasil kekayaan sesebuah negara itu dapat dinikmati oleh rakyat jelata selagi itulah Allah akan menambah dan mencurahkan rahmatnya kepada sesebuah negara.

Apabila seseorang itu takut miskin kerana memberi kepada orang lain memang akan miskin dan susahlah nanti dia suatu hari nanti. Tetapi kalau kita memberi kepada orang lain dalam keadaan kita miskin nescaya Allah akan menambahkan lagi kelebihannya kepada kita.

Begitu juga dengan kerajaan kita, jika mereka merasakan dengan memberikan keselesaan kepada rakyat akan menyebabkan negara akan lebih miskin memang akan miskinlah negara kita nanti, kerana keberkatan dari langit ditutup oleh Allah. Kita perlu percaya hasil bumi ini bukan untuk dihintung-hintung keuntungannya tetapi untuk disalurkan dengan sebaik-baiknya
kepada seluruh manusia,binatang mahupun tumbuhan maka dari situ Allah akan menyalurkan lebih lagi kepada kita kerana apa yang Allah turun sampai kepada sasarannya.

Kerana itu saya yakin Negara Kebajikan yang diimpikan oleh PAS memang ada kebenarannya dan itulah yang dituntut oleh Islam tetapi ditolak oleh UMNO kerana takut negara akan bertambah miskin.

Saya percaya kalaulah kerajaan terlalu berkira-kira dengan hasil minyak negara ini untuk dinikmati oleh rakyat, mungkin minyak negara akan kehabisan lebih cepat dari yang dijangka.

Oleh M.Lokman Yasin 10.6.08