Kecewa betul bila peti tv saya buat hal hari ini. Tiba-tiba pula tiada gambar sedangkan dari siang tadi dah siap sedia nak tengok Dato' Shahrir Samad berhujah dengan YB Salahuddin Ayub di tv1.Nasib baik internet tak buat hal maka bergegas saya ke depan komputer cari cannel tv1.
Lega saya tengok Salahuddin berhujah walaupun tak berapi-api tetapi sikap 'cool' dia tak gopoh menjawab dan memberi pendapat, memang saya tabik. Salahhudin tak banyak menekan Shahrir akan tetapi jelas sangat macam Shahrir lebih menyindir daripada Salahuddin sendiri.
Satu hal yang ketara Salahuddin tidak berhujah dengan idea kepalanya sendiri dan nampak jelas dia lebih bersandar dengan kenyataan pihak lain dan merujuk petikan buku dan majalah.Walaupun dia diminta mengemukan idea sendiri tetapi saya bersetuju sangat dengan ketegasan Salahuddin yang menyatakan kita perlu mengenepikan politik tetapi semua pertubuhan politik dan NGO perlu diajak bersama bagi membincangkan masalah kenaikan petrol dan membincangkan secara terbuka akan plan jangka pendek dan panjang yang boleh dilaksanakan bagi menghadapi masalah minyak negara ini.
Memang itulah masalah kerajaan kita yang mana keputusan sesuatu perkara cuma dibuat berdasar pandangan ahli kabinet sahaja . Adalah sangat baik digabungkan seluruh kepala bijak pandai kita berbincang biarpun selama enam bulan sekalipun dalam mencari pendekatan yang terbaik untuk kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan tidak boleh mengenepikan begitu sahaja peranan pembangkang dan NGO dalam menyalurkan idea yang boleh dikongsi bersama oleh kerajaan. Salahuddin ada menyebutkan bahawa pembangkang pun ada tanggungjawab dalam soal yang dibangkitkan kerana mereka juga ada lima negeri yang perlu dijaga amanahnya . Bermakna pembangkang juga adalah kerajaan dan apalah salahnya dua kerajaan ini duduk di satu meja untuk mencari idea terbaik untuk kebaikan bersama dan rakyat. Tetapi saya lihat Dato' Shahrir seperti merasa YB salahuddin seperti nak berbanggakan dengan lima negeri yang dipegang oleh pembangkang.
Adalah sangat malang sekali bila satu-satu kerajaan bertindak dengan kepala sendiri dan bila terjadi sesuatu rakyat dijadikan galas-ganti dengan masalah yang mereka wujudkan. Akhirnya rakyat diminta berkorban.
Salahuddin meminta Petronas terus menjalankan dan mengekalkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kerana katanya Malaysia sendiri perlu memainkan peranan sebagai negara berkebajikan. Saya sangat-sangat bersetuju dangan ini kerana kebajikan tidak ada dalam kamus kerajaan Malaysia ini. Ini adalah soal keberkatan dari langit.Minyak itu sendiri adalah rahmat Allah dari bumi ini untuk dinikmati hasilnya oleh rakyat. Selagi mana hasil kekayaan sesebuah negara itu dapat dinikmati oleh rakyat jelata selagi itulah Allah akan menambah dan mencurahkan rahmatnya kepada sesebuah negara.
Apabila seseorang itu takut miskin kerana memberi kepada orang lain memang akan miskin dan susahlah nanti dia suatu hari nanti. Tetapi kalau kita memberi kepada orang lain dalam keadaan kita miskin nescaya Allah akan menambahkan lagi kelebihannya kepada kita.
Begitu juga dengan kerajaan kita, jika mereka merasakan dengan memberikan keselesaan kepada rakyat akan menyebabkan negara akan lebih miskin memang akan miskinlah negara kita nanti, kerana keberkatan dari langit ditutup oleh Allah. Kita perlu percaya hasil bumi ini bukan untuk dihintung-hintung keuntungannya tetapi untuk disalurkan dengan sebaik-baiknya
kepada seluruh manusia,binatang mahupun tumbuhan maka dari situ Allah akan menyalurkan lebih lagi kepada kita kerana apa yang Allah turun sampai kepada sasarannya.
Kerana itu saya yakin Negara Kebajikan yang diimpikan oleh PAS memang ada kebenarannya dan itulah yang dituntut oleh Islam tetapi ditolak oleh UMNO kerana takut negara akan bertambah miskin.
Saya percaya kalaulah kerajaan terlalu berkira-kira dengan hasil minyak negara ini untuk dinikmati oleh rakyat, mungkin minyak negara akan kehabisan lebih cepat dari yang dijangka.
Oleh M.Lokman Yasin 10.6.08
Kearah masyarakat Malaysia baru yang punya hargadiri yang tinggi,bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan perkembangan dunia sekeliling di samping punya nilai pegangan agama yang teguh dan tegas.
Tuesday, June 10, 2008
ISU minyak :Kerajaan Berkebajikan ,Negara Akan Miskin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment